Buku ini memaparkan hasil kajian penggunaan bahasa dalam perniagaan di kalangan penjual dan pembeli di Kelantan. Dalam kajian ini penulis telah menggunakan teori Full System Semantics untuk menganalisis data yang diperoleh.
Selain membicarakan ilmu semantik dan pragmatik serta membincangkan perkembangan kedua-dua ilmu ini di Malaysia dalam Bab 2 dan Bab 3, penulis juga telah menghuraikan implikatur dengan panjang lebar dalam Bab 4 dan Bab 5. Penganalisisan implikatur ini juga berteraskan teori semantik dan pragmatik. Di samping itu, dibincangkan juga penggunaan ganti nama dalam perbualan spontan semasa proses berjual beli.
Buku ini sesuai untuk bacaan pengkaji bahasa, peminat bahasa, dan penuntut pengajian tinggi.
Bahasa Iklan Perniagaan
MYR
12.00
Pengarang Asmah binti Haji Omar
ISBN 983-62-0532-2
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
1988, Edisi Cetakan Kedua, 59 muka surat
Harga RM 12.00
Kandungan
Dalam buku Bahasa Iklan Perniagaan, Satu kajian Bahasa Retorik ini dijelaskan tentang matlamat, kaedah-kaedah bahasa yang digunakan dalam iklan perniagaan, bentuk-bentuk iklan dan lain-lain lagi. Contoh-contoh yang dipaparkan dalam buku ini dipetik daripada sekian banyak iklan yang disiarkan melalui media am yang telah diteliti dengan cermat oleh pengarang buku ini.
SIRI PENGAJIAN DAN PENDIDIKAN UTUSANmerupakan cetusan pemikiran ke arah memperkayakan konsep keilmuan dalam pelbagai bidang seperti perkembangan pembelajaran, strategi pengajaran dan pendidikan kaunseling. Semua huraian dalam buku ini merangkumi konsep, kaedah, teori dan teknik pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk daya pemikiran yang kreatif dan sistematis.
Apabila menganalisis fenomena yang berkaitan dengan bahasa manusia, kita tidak boleh melupakan hakikat bahawa hayat dan kelangsungan bahasa berkait secara langsung dengan manusia yang menggunakannya. Sebaliknya pula bahasa merupakan wahana penting yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain, sama ada secara lisan atau bertulis. Manusia sukar berkomunikasi tanpa bahasa.
Sifat saling mempengaruhi antara bahasa dan masyarakat, atau hubungan timbal balik antara kedua-duanya ini akan dihuraikan dalam buku ini. Hubungan timbal balik ini memperlihatkan bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi, misalnya faktor latar belakang masyarakat yang beragam akan menyebabkan kewujudan jenis dan corak penggunaan bahasa yang beragam juga. Untuk menerangkan hubungan ini, buku ini memaparkan jenis hubungan sosiolinguistik dan fenomena berkaitan, serta menerapkan kaedah am sosiolinguistik untuk menganalisis fenomena sosiolinguistik yang wujud dalam masyarakat, khususnya di Malaysia.
Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelajar yang mengambil kursus sosiolinguistik di pusat pengajian tinggi dan mereka yang berminat dalam bidang ini.
Buku Aktiviti Matematik Prasekolah 1: Pranombor
MYR
16.00
Pengarang Baharin Shamsudin
ISBN 9789836294814
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2007, Edisi Pertama
Harga RM 16.00
Buku Aktiviti Matematik Prasekolah 3
MYR
16.00
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga RM 16.00
Memahami Gaya Bahasa
MYR
14.00
Pengarang Rahman Shaari
ISBN 983-62-3532-9
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
1993, Edisi Cetakan pertama, 167 muka surat
Harga RM 14.00
Kandungan
SETIAP wacana memiliki gaya. Kajian tentang gaya bahasa sastera dan non-sastera telah lama menarik minat ahli-ahli sastera dan bahasa. Buku ini memuatkan perbincangan tentang gaya bahasa sastera dan gaya bahasa dalam wacana-wacana lain. Dengan sifatnya yang sedemikian buku ini ditujukan kepada setiap orang yang terlibat dalam pembacaan.
Dalam beberapa bab, terdapat perbincangan tentang gaya bahasa Bahasa Melayu dengan menggunakan istilah-istilah yang agak asing. Walaupun istilah-istilah itu dikatakan agak asing, Rahman Shaari mengemukakan secara jelas dan tidak menimbulkan masalah pemahaman. Istilah-istilah itu dijelaskan secara langsung sehingga kesemuanya dirasakan sesuai dengan bahasa dan sastera Melayu.
Sama ada anda penulis, pengkaji, atau peminat bidang kesusasteraan dan kebahasaan, buku ini akan dapat anda manfaatkan sewajarnya untuk meningkatkan kefahaman tentang gaya bahasa.
Rahman Shaari kini bertugas sebagai Pensyarah kaedah Kesusasteraan melayu, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Antara buku-buku beliau yang telah diterbitkan ialah Kritikan Sastera Melayu: Pendekatan dan Pemikiran (1988), Berkenalan dengan Kritikan Sastera (1989) dan Tanggapan, Bahan dan Kaedah Pengajaran Sastera (1990).