Himpunan 10 komik tempatan yang bertemakan, ‘komik itu bagus untuk semua pelajar sekolah’.
Aku, Kau dan Komik #2
MYR
17.00
Pengarang Artis-artis Komik-M
Penerbit PTS Millennia Sdn Bhd
2009, Edisi Pertama, 112 muka surat
Harga RM 17.00
Kandungan
Himpunan 10 komik tempatan yang bertemakan,‘komik itu bagus untuk semua pelajar sekolah’.
Aviasi Fantasi
MYR
17.00
Pengarang Afiq & Nazry
Penerbit Tak berkenaan
2010, Edisi Pertama, 128 muka surat
Harga RM 17.00
Kandungan
Hadi dan Aidil memasang impian mahu mengembara ke langit tinggi. Baginya, mengembara ke langit adalah pengalaman yang indah. Namun, ia bukan seperti yang dijangkakan. Ketika mereka sedangterbang di awan biru, mereka terserempak dengan sebuah kapal laut yang besar. Bermula dari kejadian aneh itu, pengembaraan yang indah itu bakal berubah kepada suatu pengembaraan yang penuh misteri.
Mengapa kapal laut itu muncul di tempat yang tidak sepatutnya? Apakah disebalik kejadian fenomena aneh ini?
Baju Raya Dari Syurga
MYR
17.00
ISBN 978-967-5564-52-9
Penerbit PTS Millennia Sdn Bhd
2010, 112 muka surat
Harga RM 17.00
Kandungan
Baju Raya Dari Syurga menghimpunkan kisah-kisah pembangun jiwa dalam bentuk komik. Menampilkan penulis-penulis hebat seperti Bahruddin Bekri, Nazri M. Annuar, Farihah Iskandar dan ramai lagi. Setiap bait ayat yang indah digabungkan dengan lakaran berus pelukis-pelukis komik hebat seperti Bop, 39, Mafia, Odows, Koma, Froggypapa dan ramai lagi.
Dear Yayah The Comics
MYR
17.00
Pengarang Ard One & Farihah Iskandar
ISBN 978-967-5564-16-1
Penerbit PTS Millennia Sdn Bhd
2010, Edisi Pertama, 112 muka surat
Harga RM 17.00
Kandungan
Komik ni adalah prekuel kepada novel popular Dear Yayah.
Yayah menerima tawaran melanjutkan pelajaran tingakatan satu di sekolah berasrama. Pada mulanya Yayah tidak bersemangat kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Namun, perasaan itu berubah sebaik sahaja Yayah berkenalan dengan rakan-rakan baru. Di sinilah permulaan Yayah dan rakan-rakan menempuhi pengalaman menarik sebagai pelajar sekolah berasrama.
Dear Yayah The Comics 2
MYR
17.00
Pengarang Ard One & Farihah Iskandar
Penerbit PTS Millennia Sdn Bhd
2010, Edisi Pertama, 128 muka surat
Harga RM 17.00
Kandungan
Ketika semua pelajar sedang seronok bercuti, Jihan dan rakan-rakan terpaksa tinggal di asrama bagi menjalani minggu aktiviti. Jihan dipaksa menyertai musabaqah Al Quran, tetapi dia tidak bersedia. Mampukah dia melakukannya?
Ada 'Mat Saleh Celup' muncul dalam kelas seni Suria. Siapakah dia?
Ah! Banyaknya persoalan! Saya mesti tahu jawapannya! Jadi saya mesti beli buku ini!
-Anda (bakal pembaca komik ini)
Misi 8A
MYR
17.00
Pengarang Afiq & Nazry
ISBN 978-967-5564-23-9
Penerbit PTS Millennia Sdn Bhd
2010, Edisi Pertama, 112 muka surat
Harga RM 17.00
Kandungan
Tidak perlu sinopsis, testimoni-testimoni ini sudah cukup menggambarkan kehebatan komik ini.
"Komik ini dapat merangsang otak kanan dan otak kiri secara serentak dan mampu menjadi bahan motivasi yang mapan, unggul dan berimpak." Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal.
“Belajar ialah salah satu proses menuju kejayaan, tetapi tidak semua orang seronok melakukannya. Komik ini mampu menjadikan pembacanya berasa seronok belajar dan tidak sabar menggenggam kejayaan.” Fadzli Yusof, Penulis Buku Bestseller ‘55 Petua Orang Berjaya’
“Komik Misi 8A menjadikan cabaran peperiksaan satu kembara adrenalin yang mendewasakan, daripada sekadar kaki komik kepada otak komik gred 8A!” Hasrizal Abdul Jamil, www.saifulislam.com
"Setiap halaman komik ini membuat saya teruja mahu tahu mengapa dan bagaimana menjadi superhero dalam peperiksaan! Komik Misi 8A wajib ada di tangan pelajar yang mahukan semangat dan berubah menjadi seorang yang hebat! Zamri Mohamad, Jurulatih Kanan Akademi Penulis www.zamrimohamad.com
“Inilah komik yang kita cari. Membaca komik ini umpama membaca buku motivasi dalam bentuk komik. Mesti dibaca oleh kaki-kaki komik serta pemuzik-pemuzik yang mahukan kelainan dalam pembacaan." Po-G, Pemuzik Indie Kumpulan Go! Go! Go!
“Komik ini membuktikan bahawa komik mampu menjadi bahan motivasi yang mapan dan unggul sekiranya kena dengan cara dan gaya yang betul.” Wan Zuhairi, Pengasas Komuniti Komik Alwancomics www.alwancomics.com
“Komik motivasi paling efektif dan kreatif!" Hariri Daud, Tokoh Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia 2008 www.hariridaud.com
“Kini, komik bukan lagi musuh pendidikan.” Mat Jan, Guru Bahasa Inggeris