Pengarang Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
ISBN 978-967-5249-08-02
Penerbit Anbakri Publika
2009, Edisi Pertama, 107 muka surat
Harga RM 24.00
Kandungan
Novelet cinta yang cukup berahsia dan berselimut dalam indahnya yang tersembunyi. Kisah hubungan peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan isterinya, dibentangkan dalam bentuk cerita yang santun memimpin.
Malaysia Cintaku Yang Pertama
MYR
34.00
Pengarang Victor A. Pogadaev
ISBN 978-983-46-0622-0
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2010, Edisi Cetakan Pertama, 263 muka surat
Harga RM 34.00
Kandungan
Buku ini merakamkan sejumlah pengalaman Dr. Victor A. Pogadaev, daripada pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 1970 untuk menuntut di Universiti Malaya (dalam program pertukaran mahasiswa), hinggalah ke masa kini sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Tanggapan penulis yang berbangsa Rusia ini terhadap isu-isu sejarah, politik, Islam, sastera, bahasa, dan budaya Malaysia sama sekali tiada kecenderungan akademik, sebaliknya penulis menggunakan pendekatan popular untuk mendekati khalayaknya.
Maklumat dalam buku ini boleh menambah pengetahuan pembaca (rakyat Malaysia) tentang tanggapan orang asing terhadap beberapa dimensi kehidupan di Malaysia.
Suara "orang luar" yang barangkali lebih peka terhadap beberapa isu di negara kita, akan membuatkan kita "sedar" pada sesuatu yang selama ini terlepas daripada perhatian.
SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan
Memoir Abdullah C.D.
MYR
45.00
Pengarang Abdullah C. D.
ISBN 9789832535713
Penerbit SIRD
2005, Edisi Pertama, 283 muka surat
Harga RM 45.00
Kandungan
Terlalu banyak peristiwa dan kenangan yang melintas di benak saya apabila mengenang kembali sejarah perjuangan silam sejak 1920-an sehinggalah sekarang. Perjuangan memang amat berliku-liku dan say jatuh sakit disebabkan sakit itu amat hebat dan menggangu keupayaan saya untuk menulis dengan lancar. Akan tetapi, berkat izin Allah dan berkat sokongan kawan-kawan pimpinan Jawatankuasa Pusat dan Kawan Chen Ping; berkat bantuan Suriani dan pimpinan Rejimen Ke-10 lainnya serta berkat bantuan kawan-kawan dan rawatan para doktor, saya teguh berjuang melawan penyakit. Alhamdulillah, saya sihat semula sehingga ke hari ini sungguhpun agak uzur kerana sudah lanjut usia.
Memoir Abdullah CD: Zaman Pergerakan Sehingga 1948 ini saya harap akan dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada usaha penulisan kembali sejarah tanah air kita. Saya berharap ia akan melengkapkan ruang-ruang sejarah yang belum lengkap. Sekurang-kurangnya ia akan membantu para pelajar dan pengkaji sejarah untuk berfikir daripada perspektif yang berlainan. Dengan itu saya harap mereka dapat membuat tafsiran yang lebih saksama terhadap para pejuang antipenjajah yang berada dalam wadah kiri dan dalam Parti Komunis Malaya.
Memoir Ibrahim Chik
MYR
40.00
Pengarang Ibrahim Chik
ISBN 9789833782918
Penerbit SIRD
2010, 215 muka surat
Harga RM 40.00
Kandungan
Edisi Baru!
Ibrahim Chik adalah salah seorang daripada sekian banyak pemuda Lubuk Kawah di Temerloh yang masuk ke hutan mengangkat senjata melawan penjajah dalam gerakan kebangsaan berhaluan kiri. Kebanyakan pemuda Melayu pada ketika itu begitu tebal dengan semangat.