Cinta adalah satu lafaz yang difahami oleh seluruh manusia. Cintaadalah suatu rasa yang selalu diimpikan oleh setiap jiwa. Namun,cinta tidak semuanya indah dan mempesona. Dalam berjutawarna cinta, tetap ada cinta yang membinasakan. Dalam berjutakelopak cinta tetap ada yang berbahaya, harus diteliti dengan waspada. Kenali cinta... atau anda mungkin menjadi mangsa.
Cinta adalah sebuah rasa yang sering didambakan oleh remaja. Sedangkan remaja itu sendiri belum memahami erti cinta yang sebenar. Dalam keadaan remaja yang masih jahil untuk bercinta, mereka tetap meraung-raung mahu memilikinya. Ramai yang berkira-kira mahu menjadi Romeo dan Juliet. Ramai yang berkira-kira mahu menjadi hero dan heroin dalam fantasi cintamasing-masing. Malangnya, masih ramai yang belum kenal siapakah musuh dan cabaran sebenar dalam kehidupan. Adakah mereka akan mampu mengharungi halangan percintaan ini?Sebelum remaja memiliki cinta... milikilah dahulu buku ini.
Agar cinta yang bakal digapai itu lebih tulus dan kudus.
Insya-Allah.
Aku Mahu...
MYR
45.00
Pengarang Ain Maisarah
ISBN 978-967-5406-63-8
Penerbit PTS One Sdn. Bhd.
2010, Edisi Pertama, 608 muka surat
Harga RM 45.00
Kandungan
1. Aku Mahu Saiz s
2. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
3. Aku Mahu Popular
Kompilasi tiga cerita dari siri Aku Mahu yang dihimpunkan menjadi satu buku. Mengisahkan pelajar sekolah menengah yang mempunyai misi tersendiri. Setiap cerita mempunyai mahu yang tersendiri seperti berat badan yang ideal dan menarik, mahu teman yang mesra dan mahu popular di sekolah.
Dear Yayah The Series
MYR
49.00
Pengarang Farihah Iskandar
ISBN 978-967-5406-37-9
Penerbit PTS One Sdn. Bhd.
2010, 848 muka surat
Harga RM 49.00
Kompilasi siri Dear Yayah yang pertama hingga kelima!
Gadis Bubble Gum
MYR
27.00
Pengarang Hana Qistina
ISBN 978-983-3892-72-3
Penerbit PTS Litera Sdn. Bhd.
2010, Edisi Cetakan Pertama, 404 muka surat
Harga RM 27.00
Kandungan
Walau apa pun situasi, sedih, gembira atau marah, bubble gum tetap jadi peneman setianya. Sheera, gadis kaya yang hidup mewah tanpa bekerja. Segala yang diingini diberikan oleh ayahnya yang kaya raya. Tetapi... ada sesuatu yang tiba-tiba merubah gaya hidupnya, iaitu REUNION sekolahnya!
Sheera perlu mendaftar di lawan web yang dibina oleh alumni sekolahnya bagi membolehkan dia hadir ke reunion itu. Namun, ada sesuatu yang menyekatnya daripada mengisi borang maya yang terdapat di laman web itu.... Apakah perkara itu? Pekerjaan. Sheera tidak tahu apa yang patut diisi di bahagian pekerjaan pada borang itu. Dia yang selalu ambil mudah tentang masa depannya tiba-tiba beria-ia untuk mencari kerja.
Gerhana
MYR
23.00
Pengarang MF Kencana & Nissa' Yusof
ISBN 978-967-5136-63-4
Penerbit PTS Fortuna
2010, Edisi Pertama, 168 muka surat
Harga RM 23.00
Kandungan
IMAN 25, pelajar tahun akhir jurusan Astronomi di university (USM) diminta mengkaji fenomena gerhana matahari ‘Anulus’ oleh pensyarahnya iaitu PROF AZLIN (40).
Iman menjalinkan hubungan cintanya dengan RAISYA (23) seorang gadis baik, bertudung dan sangat menyangi Iman. Namun hubungan mereka agak renggang sehak kebelakangan ini gara-gara sikap Iman yang terlampau sibuk dengan pelajaran
Iman lebih mementingkan kerjaya dan pendidikan. Didikan agamanya cukup tinggi dalam bergaul. Setiap masa, Iman sibuk mengkaji pelbagai bahan astronomi dan membaca banyak buku hingga membuatkan Raisya terasa dirinya terabai.
Iman sudah mula menjalankan kajiannya terhadap gerhana matahari. Prof Azlin menjelaskan, akan berlaku gerhana matahari Annulus. Prof Azlin mahukan Iman membuat kajiaan proses kejadiaan itu berlaku bermula daripada peringkat awal hingga ke akhir iaitu ‘Dimond Ring’ atau lebih dikenali sebagai ‘Anulus’
Ketika sedang meneropong dalam makmal khas dalam biliknya, Ketika itu gerhana matahari menjadi Anulus (bentuk cincin) sedan berlaku. Tiba-tiba satu kuasa hebat memancar ke arahnya dan meletupkan kelengkapan makmalnya.
Dia pengsan menerima pancaran kuasa yang hebat menyebabkan dia terpelanting beberapa meter dan tidak sedarkan diri. Biliknay dipenuhi asap, kemudiaan muncul susuk tubuh manusia ganjil yang datang dari masa hadapan dalam biliknya. Mahhluk ganjil itu terkejut berada pada tahun sekarang sedangkan kehidupannya adalah pada masa hadapan.
Apabila sedar, Iman melihat makhluk itu iaitu seorang manusia yang serupa dengan wajahnya (ZIK). ZIK rupanya adalah manusia masa hadapan yang hidup pada tahun 2100. Iman mengalami kuasa positif yang ganjil kerana mempunyai kuasa haba kesan daripada gerhana.
Dia juga mengalami kesan negatif apabila tidak boleh tidur malam dan sering berasa panas dan meminum air yang terlampau banyak. Zik pula mempunyai kekuatan luar biasa yang kuat seperti gabungan 3 orang tenaga dewasa dan kuasa yang mampu menyejukkan sesuatu.
Masing-masing tidak mampu hidup dengan keadaan sedemikian. Zik mahu kembali ke tahun 2100. Iman mahu dirinya menjadi asal.
Iman bertindak mahu menjauhkan diri seketika dari Raisya. Iman manyuruh Zik menyamar menjadi dirinya untuk meneruskan cinta dengan Raisya. Raisya terkejut melihat perubahan diri Iman (yang sebenarnya Zik).
Raisya menyangka Iman telah berubah. Namun, itu semua hanyalah perwatakan Zik. Iman sebenarnya sedang sibuk memikirkan cara untuk pulihkan dirinya dan menghantar Zik kembali ke masa depan. Zik mula jatuh cinta secara serius terhadap Raisya.
Ini kerana, wajah Raisya seperti wajah teman wanitanya yang tela mati. Zik terus menjalinkan cinta yang pada mulanya secara olok-olok menyamar menjadi Iman, kini secara serius tanpa pengetahuaan Iman. Iman menyangka Zik jujur menggantikan tempatnya
Sau hari, Raisya dapat tahu rupanya ada dua orang kembar. Raisya seperti tidak percaya dan hilang akal. Zik dan Iman menjelaskan keadaannya. Raisya mula menerima tetapi tidak tahu mahu menerima Zik atau Iman. Ini kerana, Zik jauh lebih baik berbanding Iman.
Hubungan Zik dna Iman renggang. Zik dalam dilemma mencintai Raisya seperti halusinasinya kepada teman wanitanya yang telah mati. Namun, Raisya akhirnya sedar cintanya kepada Iman bukannya Zik. Mereka kembali berdamai. Namun, mereka masih memikirkan cara untuk menyelamatkan Zik dengan menghantar ke masa depan semula.
Akhirnya, mereka berjupa dengan Prof Azlin membincangkan masalah. Prof Azlin terkejut dengan berita itu. Baginya itu adalah keajaipan sains. Lantas, dia mencipta sebuah mesin dalam makmal agar Zik dan Iman boleh mengundur masa ke belakang ketika gerhana itu berlaku.
Mereka dipengsankan dan berada dalam koma. Tujuannya, dalam keadaan koma itu masing-masing harus meletakkan di fikiran masing-masing mahu kembali ke keadaan asal. Dengan menggunakan teori sains, Prof Azlin percaya kepada kuasa minda dibantu dengan alatan canggih sain.
Ketika ini, Zik dan Iman beraada di masa belakang ketika gerhana dan semakin terpisah. Berlaku letupan. Zik sudah ghaib dan kembali ke masa hadapan. Iman kembali pulih dan berpelukan sama sendiri dengan rakan-rakannya. Raisya terharu dengan Iman. Iman menjelaskan dia sangat sayangkan Raisya. Begitu juga Raisya. Info Penulis
Gugurnya Kuntum Sena
MYR
28.00
Penerbit Pelangi Novel
2011, Edisi Ke-1
Harga RM 28.00
Kandungan
Suhada merasa dirinya tersisih dan kurang mendapat kasih sayang keluarga. Disebabkan kemiskinan, dia sering dicemuh, malahan oleh saudara sendiri. Disebabkan kemiskinan juga, Suhada menjalani hidup sebagai pelajar yang sederhana, dan tidak bercita-cita tinggi. Namun berkat ketabahan dan sokongan teman-teman, Suhada akhirnya berjaya ke menara gading kerana kemiskinan bukan alasan untuk mengecapi kejayaan.
HEI KAWAN! JANGAN PATAH SEMANGAT
MYR
21.00
Pengarang A. Ubaidillah Alias
Penerbit KarnaDya Solutions
Harga RM 21.00
Kandungan
Pernahkah anda berasa jemu untuk bekerja dan berusaha? Pernahkah anda berasa letih dan penat untuk mencapai cita-cita? Lalu anda berhenti dari mengejarnya. Jika anda pernah berasa begitu, sila duduk seketika.Relaks sekejap. Luangkan masa membaca buku ini. Anda pasti tidak rugi!
Buku ini ditulis khas untuk muda-mudi yang sering dihurung permasalahan dan kedukaan. Ia memaparkan penceritaan dalam bentuk santai dan seloka. Sesekali tulisan di dalam buku ini berbentuk gertakan atau hukuman kecil. Bertujuan untuk mengusik jiwa muda-mudi agar bangun dari lamunan dan khayalan. Kesemua adunan penceritaan di dalam buku ini adalah ringan.
Ia mahu membuatkan anda bangun semula demi melawan perasaan lemah, putus asa dan dukacita. Ia bertujuan membantu anda memujuk jiwa sendiri agar berjuang menyempurnakan misi-misi dalam kehidupan.
Insya-Allah!
Hijrah Carl
MYR
27.00
PengarangNuroll Shazliza Hairul
PenerbitPelangi Novel
2011, Edisi Ke-1
Harga RM27.00
Kandungan
Selepas menjadi yatim piatu, Carl Haikal dihantar pulang ke Malaysia dari kota London untuk ditemukan dengan warisnya. Di Malaysia, Carl menempuh pelbagai cabaran yang tidak pernah terduga olehnya apabila terpaksa berdepan dengan kebencian berpanjangan neneknya terhadap ibu bapanya. Keadaan menjadi lebih sukar apabila dia dikatakan pembawa malang dan penyebab kematian sepupunya, Johari. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan Carl kehilangan arah dan terkapai-kapai mencari tujuan hidup. Ketika dia bergelut dengan segala cabaran, muncul Batrisya Nur menjadi sumber inspirasi untuknya berhijrah, mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik, yang rela berkorban demi insan-insan yang disayanginya.
Kasih Di Tiga Ufuk
MYR
27.00
PengarangRohaidah binti Daud
PenerbitPelangi Novel
2011, Edisi Ke-1
Harga RM27.00
Kandungan
Perceraian Papa dan Mamanya menyebabkan keluarga Yasmin bercerai-berai. Dia juga terpaksa menempuh kehidupan baru yang begitu asing baginya di kampung halaman Mamanya. Semua ini menimbulkan kemarahannya terhadap Papa dan Nenek Mary, ibu papanya, yang menjadi punca perceraian tersebut, lebih-lebih lagi apabila Mamanya meninggal dunia. Setelah dia dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya yang dikelilingi insan-insan yang menyayanginya, dia kembali menghadapi dilema apabila dirayu pulang ke pangkuan Papanya, sedangkan dia masih menyimpan perasaan marahnya. Dia terpaksa membuat pilihan, antara menetap di Kuala Lumpur demi Papanya, atau memenuhi wasiat Mamanya agar dia tinggal bersama-sama Tok Ma di kampung. Selain itu, tanpa disedarinya, dia juga merindui seseorang. Yasmin akhirnya dapat menyatukan semula keluarganya apabila dia membawa Tok Ma tinggal bersama-samanya di Kuala Lumpur
Kundai
MYR
29.00
PenerbitPelangi Novel
2011, Edisi Ke-1
Harga RM29.00
Kandungan
Kundai atau sanggul Mina terlalu berharga. Tidak ternilai. Pusaka yang menjadi kenangan terindah Mohamad Ahadan. Bagi Mohamad, tiada sesiapa yang layak menyentuh sanggul Mina itu. Keberanian seterunya, Mawar, telah mengubah segala- galanya. Yang indah di hati, bertukar rusuh. Yang aman dirasa bertukar resah. Namun kebijaksanaan Mawar akhirnya melentur sikap keras Mohamad selepas kehilangan keluarganya. Mohamad Ahadan akhirnya sedar bahawa cuma Mawar yang layak mewarisi pusaka Mina, ibunya.
Lembayung Cinta
MYR
29.00
Pengarang Enchelah
Penerbit Pelangi Novel
2011, Edisi Ke-1
Harga RM 29.00
Kandungan
Selepas kematian suaminya, Mariam terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga kepada dua orang anak remaja, Adam dan Marsya. Pada masa yang sama, Mariam terpaksa pula berdepan dengan perubahan peri laku Adam yang berubah liar sehingga menjerumuskan remaja itu dalam gejala sosial. Kekentalan semangat Mariam, disokong oleh kasih sayang Marsya dan nilai persahabatan Jaroh, menjadikan Mariam seorang yang cekal menempuh kegetiran hidup. Kehadiran Lembayung Cinta dalam keluarga itu juga memberikan suntikan misteri kepada ibu tunggal ini, dalam kisah yang penuh dengan resmi remaja masa kini dan nilai kemasyarakatan.
Puteri Tudung Bermanik
MYR
30.00
Pengarang Maslina Ngadiman
ISBN 978-967-5406-44-7
Penerbit PTS One Sdn. Bhd.
2010, 128 muka surat
Harga RM 30.00
Kandungan
Bab 1: Gila-gila Tudung Bermanik
Bab 2: Anak Itik Terlolong-lolong
Bab 3: Tupai Melompat, Petir Menyambar
Bab 4: Mutiara Laut Kaspian
Bab 5: Gadis Pengisar Tepung
Bab 6: Tengku Wani
Bab 7: Pesta Hari Jadi yang Malang
Mengisahkan Tengku Alissa yang mempunyai minat pada jenis tudung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis manik. Hinggakan ada kalanya tudung yang dipakainya itu tidak kena pada tempatnya. Manik yang berlebihan kadangkala membuatkan dayang-dayang dan abang-abang Tengku Alissa berasa rimas dengan penampilan si puteri. Tengku Alissa juga tidak boleh melihat ada individu lain yang lebih cantik tudungnya berbanding dia. Dia pasti memastikan tudung yang dipakainya itu adalah yang paling cantik.
Hingga suatu hari pada majlis hari jadinya, Tengku Alissa memakai tudung yang sarat dengan manik-manik berkilauan. Akibatnya sesuatu terjadi pada majlis besar-besaran itu yang membuatkan Tengku Alissa berasa malu di hadapan orang ramai. Selepas peristiwa itu Tenku Alissa tidak lagi bermegah-megah dengan tudung yang dipakainya.
Buku ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun.