Melanggar Melaka? Portugis menempah maut! 1511 tarikh keramat bagi bangsa melayu, bukannya untuk benggali putih. Alfonso de Albuquerque, wizurai perkasa yang telah menumpahkan darah puluhan ribu manusia di Ormuz dan Goa, akhirnya bertemu ajal di hujung mata pedang srikandi Melaka.
Nyemah, Tun Nyemah Mulya, perawan usia 15 panglima laksamana Melaka -- luar biasa handal, licik, penuh makar, berbudi, tegar -- memimpin armada Nusantara dengan kekuatan 100 bahtera perang berisi lebih 60 000 tentera, membelah laut segara dengan 2 misi: Pertama, mengotakan janji kepada Albuquerque mengebumikan jasadnya di Lisbon; dan kedua, menakluk Portugal. 1515 tarikh yang digelapkan oleh sejarawan Barat -- tumbangnya kerajaan Portugal dan tegaklah kesultanan Melayu di Eropah, dekad demi dekad!
1515 -- kisah sejarawan mencai hakikat sejarah, menjejak keagungan bangsa yang dipadam secara terancang; mengungkap getir gemuruhnya medan tempur; melukis filsafat cinta aneh, bahagia cinta sehala; menjulang luhur pengorbanan perempuan srikandi, perempuan isteri.
Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan; emm, cita rasa, cita rasa!
40 remaja berwajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar apiCinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta: Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi: Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.
Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.
Arvayuna
MYR
26.00
PengarangRiannawati
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM26.00
Atas Nama Cinta
MYR
29.00
Pengarang Wahyu Sujani
ISBN 978-983-3892-58-7
Penerbit PTS Litera Sdn. Bhd.
2009, Edisi Pertama, 400 muka surat
Harga RM 29.00
Kandungan
Adakah nikmat kehidupan yang lebih mulia dan indah daripada cinta yang direstui Allah dan Rasul-Nya? Seisi alam semesta turut bahagia menyaksikan kebahagiaan mereka. Ini baru setitik nikmat yang berasal dari satu Asma Allah yang diturunkan untuk dunia. Atas nama cinta, dengan gementar, Mustafa menempelkan bibirnya ke ubun-ubun Laila.
Ayat-Ayat Cinta
MYR
36.00
Pengarang Habiburrahman El Shirazy
ISBN 983-2672-36-8
Penerbit Ar-Risalah Product Sdn. Bhd.
Harga RM 36.00
Kandungan
Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-Ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar.
"Ayat-Ayat Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki –– malah menghidu –– perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.
Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib.
Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya.
A. Samad Said Sasterawan Negara
Berbeza rentak dan nada dengan Harry Potter, akhirnya Ayat Ayat Cinta terpilih sebagai The Most Favorite Book…”
MAJALAH MUSLIMAH, Edisi Januari 2006
“Penulis novel ini berjaya menggambarkan latar (setting) sosiobudaya Timur Tengah dengan begitu hidup tanpa perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Arab. Bahasanya yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat, dan gambaran latar yang begitu hidup, menjadikan kisah dalam novel ini terasa seolah-olah ianya benar-benar terjadi. Ini adalah contoh novel karya penulis muda yang sangat baik!”
AHMADUN YOSI HERFANDA Sasterawan dan Redaksi Budaya Republika
“Jarang ada buku seperti ini. Saya tidak yakin akan ada novel seumpama ini daripada penulis muda Indonesia yang lain, bukan sahaja pada ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun di masa hadapan. Begitu menyentuh. Begitu dalam. Dan begitu dewasa!”
MOHAMMAD FAUZIL ADHIM
Pakar Psikologi dan Penulis Buku-buku Best Seller
“Jika Naquib Mahfuz menulis Mesir dari pandangan orang Mesir, maka Mesir kali ini ditulis dalam pandangan orang Indonesia. Novel ini ditulis oleh orang Indonesia yang betul-betul faham selokbelok negeri itu, hingga kepada perincian-perincian yang paling kecil. Ianya hidup, berbaur dan berinteraksi dalam kehidupan sehari-hari; lalu menyerap roh dan pengetahuan darinya, dan dituangkan dengan sepenuh hati ke dalam bentuk novel yang kaya. Ditulis dengan bahasa yang lancar, dengan tokoh-tokoh yang “hidup” dan bersekilas pandang dalam pelbagai perwatakan. Membaca novel ini adalah seperti membuka cermin cakerawala yang terbuka…
JONI ARIADINATA Penulis Cerpen, Redaksi Jurnal Cerpen Indonesia
PEMENANG PENA AWARD NOVEL TERPUJI NASIONAL 2005
PEMENANG ANUGERAH PENGHARGAAN THE MOST FAVORITE BOOK 2005
"Sebuah buku hanya bernilai kepada kita apabila kita membacanya."
Apakah yang membuatkan Ayat-ayat Cinta berkesan? Aku rasa sebab utamanya ialah kerana novel itu, sama ada disedari atau tidak oleh penulisnya, telah ditulis berkonsepkan sebuah puisi, iaitu (a) pemilihan sudut yang paling menarik dan (b) penceritaan yang padat/terfokus (tidak ada subplot atau watak tambahan yang tidak relevan dengan cerita utama). Mungkin engkau berasa bahawa aku "ketinggalan kereta api" kerana Ayat-ayat Cinta telah lama berada di pasaran dan engkau telahpun membacanya lama dulu. Tak apa. Aku hanya mahu menyatakan bahawa aku tidak menghargai novel itu sehingga aku mula membacanya... dan terus tidak mahu berhenti (walaupun aku mempunyai dua buah tesis PhD kejuruteraan yang perlu dibaca dan dinilai segera). --- Irwan Abu Bakar ---
Bait-bait Cinta
MYR
30.00
Pengarang Geidurrahman El-Mishry
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 30.00
Kandungan
Mengisahkan seorang pemuda bernama Jaka Suganda, seorang budak kampung yang dapatbelajar di Universiti Al-Azhar, Mesir disebabkan jasa Haji Ismail, ayah Fatimah. Haji Ismail hendak menjodohkan Jaka dengan Fatimah kerana berharap Jaka akan menguruskan sekolah agama pondoknya. Jaka sebenarnya telah jatuh cinta kepada Amira, seorang gadis Palestin yang yatim piatu yang telah menyedarkannya tentang kekejaman Zionis serta penderitaan rakyat Palestin. Jaka terperangkap dalam cinta tiga segi. Ketika keluarga Haji Ismail membuat persiapan untuk menikahkan Fatimah dengan Jaka di Tanah Suci Mekah, Jaka menerima khabar sedih tentang Amira yang kehilangan keluarga angkatnya akibat dibom oleh tentera Israel. Jaka akhirnya membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan Fatimah. Dia sebaliknya memutuskan untuk mengikut Amira pulang ke Palestin untuk membantu rakyat Palestin.
Berpetualang Ke Aceh 1: Mencari Diri Dan Erti
MYR
100.00
Pengarang Radzi Sapiee
ISBN 983-42031-0-1
Penerbit Wasilah Merah Silu Enterprise
2006, Edisi Pertama, 304 muka surat
Harga RM 36.00
Kandungan
“Sepeninggal aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu,serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah. Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama”
- Sabda Nabi Muhammad SAW seperti yang tersebut di dalam Hikayat Raja-raja Pasai Buku “Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti” mengupas banyak persoalan kehidupan melalui pengalaman sebenar penulis dalam memahami liku-liku kehidupan diri sendiri yang membawanya untuk mencari salasilah keturunan keluarga sehingga berjaya menemukan banyak cerita-cerita lama Melayu tersembunyi melibatkan raja-raja dan para wali. Maka terciptalah satu olahan kata-kata yang InsyaAllah boleh jadi berguna untuk semua. Segala jerit-payah yang dilalui dinukilkan kembali dalam bentuk fiksyen bercampur travel-log melalui kacamata watak pengembara yang diberikan nama Muhammad al-Aminul Rasyid.
Berpetualang Ke Aceh 2: Membela Syiar yang Asal
MYR
36.00
Pengarang Radzi Sapiee
ISBN 983-42031-1-x
Penerbit Wasilah Merah Silu Enterprise
2006, Edisi Pertama, 304 muka surat
Harga RM 36.00
Kandungan
“Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkau lah segala kebajikan. Sesungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” - Surah Ali Imran, ayat 26. Buku pertama penulis, Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan.
Berpetualang ke Aceh 3: Sirih Pulang ke Gagang?
MYR
39.00
Pengarang Radzi Sapiee
ISBN 978-983-42031-2-2
Penerbit Wasilah Merah Silu Enterprise
2006, Edisi Pertama, 320 muka surat
Harga RM 39.00
Kandungan
“Akan datang Panji-Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka umpama kepingan-kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.”- Sabda Rasulullah SAW mengenai akhir zaman! Jika buku satu “Berpetualang ke Aceh” dengan tajuk kecil “Mencari Diri dan Erti” boleh diibaratkan sebagai perjalanan permulaan masuk ke hutan tebal untuk mendaki sebuah gunung yang tinggi lagi mencabar dalam keadaan teraba-raba mencari jalan, buku kedua yang menyusul hampir setahun kemudian dengan tajuk kecil “Membela Syiar yang Asal” pula boleh diibaratkan sebagai tanda kejayaan si pengembara menawan puncak gunung idaman setelah lama berhempas-pulas mencuba sedaya-upaya. Tetapi ini tidak akan bermakna jika dia tidak dapat kembali dengan selamat ke kampung halaman...
Bumi Cinta
MYR
36.00
Pengarang Habiburrahman El Shirazy
ISBN 9879832672937
Penerbit Ar-Risalah Product Sdn. Bhd.
2010, Edisi Pertama, 722 muka surat
Harga RM 36.00
Kandungan
Humanis, cerdas, mengharukan dan memuatkan nilai-nilai universal... - LILI WONG, Pengulas & Pengkritik Novel Keturunan Tionghua
Superb, amazing, exciting and real... - DANI SAPAWIE, Pengarah Perfileman Indonesia
Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada taranya?
Bunga Padi
MYR
27.00
Pengarang Ahjab
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 27.00
Sebuah novel tentang kisah cinta siswa pusat pengajian tinggi, Hasyim dan Nuraini dan isu kekeluargaan. Kemelut hidup masyarakat petani di desa. Selain memaparkan kuatnya hubungan kekeluargaan sehingga mengatasi hubungan cinta, novel ini turut memaparkan kesukaran dan kemelut hidup masyarakat petani di kampung-kampung.
Catatan Cinta Seorang Isteri
MYR
26.00
Pengarang Meidya Derni
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 26.00
Kandungan
Buku tentang pengalaman rumah tangga seorang perempuan. Diceritakan bahawa pengalaman sebenar dalam alam rumah tangga tidak sama dengan yang disangka sebelum berkahwin. Apabila berlaku masalah rumah tangga, pasangan yang berkahwin biasanya membuat kesimpulan bahawa mereka telah berkahwin dengan pasangan yang salah. Buku pengalaman rumah tangga seorang isteri ini memberikan kesedaran kepada kita bahawa banyak masalah yang akan kita hadapi selepas berumah tangga. Kita harus berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut supaya kita dapat hidup bahagia. Diberikan juga panduan dan tip tentang cara menyelesaikan masalah rumah tangga.
Cinta Di Telaga Nabi
MYR
32.00
Pengarang Abdillah F Hassan
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 32.00
Kandungan
Hanif, seorang pemuda miskin dan anak yatim piatu. Dia tinggal dengan ibu dan ayah angkatnya yang miskin. Jiwa Hanif selalu memberontak kerana dia menganggap Tuhan tidak adil dalam menentukan takdir seseorang. Dia kemudian pergi ke bandar untuk mencari nafkah. Dunia asing yang dianggapnya bagai syurga itu akhirnya menyebabkan dia terjebak dalam jenayah. Diceritakan juga tentang banyak rintangan yang perlu dihadapi oleh Hanif dalam mencari jati diri. Selepas kematian orang yang dikasihinya, Hanif akhirnya pulang ke kampung untuk memulakan hidup baru dengan keinsafan diri.
Cinta E'wan
MYR
32.00
Pengarang Md. Nazire Ibrahim
ISBN 978-967-5730-00-9
Penerbit Penerbit Sophia
2010, Edisi Pertama, 480 muka surat
Harga RM 32.00
Kandungan
Eh Chuan, seorang pemuda berbangsa Siam yang jatuh cinta dengan Kartini, perempuan yang dalam satu desa di kawasan pendalaman. Cinta yang lahir sejak bangku sekolah dianggap sebagai cinta monyet oleh sebilangan kawan-kawan. Namun Eh Chuan tidak pedulikan kata-kata itu kerana dengan Kartini Eh Chuan dapat rasakan hidupnya lebih terarah di samping mula berjinak-jinak dengan agama Islam.
Sewaktu cinta mereka mula mekar, Eh Chuan dan Kartini menghadapi tentangan terutama daripada keluarga Kartini. Ayah Kartini merupakan seorang imam yang disegani ramai, lalu memisahkan Kartini dengan Eh Chuan. Ketiadaan Kartini di desa menyebabkan Eh Chuan lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan yang menjadikan Eh Chuan lebih bebas dan nakal.
Walaupun Kartini jauh dan Eh Chuan leka dengan aktiviti bebasnya tetapi ketiadaan Kartini di desa sangat-sangat dirasakan Eh Chuan. Terasa hidupnya tidak lengkap bila berjauhan dengan Kartini. Dalam diam-diam Eh Chuan menjejaki Kartini di bandar dan akhirnya mereka bertemu kembali serta menautkan cinta baru yang lebih matang dan segar tetapi secara sembunyi.
Kehidupan Eh Chuan menjadi lebih teratur dan bermotivasi selepas cintanya kembali didakap Kartini sehingga berjaya menjejakkan kaki ke IPTA. Di kampus Eh Chuan nekad menukar agama kepada Islam dan namanya kepada Izwan walaupun mendapat tentangan yang hebat dari keluarga terutama ibunya. Sebelum itu, keluarga Eh Chuan dan keluarga Kartini berperang besar kerana seekor anjing.
Lama berjauhan dengan Kartini menyebabkan Izwan terperangkap dengan cinta seorang siswi, Mashitah. Hari demi hari bersama Mashitah menyebabkan dirinya semakin melupakan Kartini. Kartini pula tetap setia dengan cinta Izwan walaupun masih menghadapi tentangan keluarga. Kartini dipaksa kahwin oleh abangnya, dan Izwan pula mula terpengaruh dengan dadah.
Apakah yang berlaku? Bagaimanakah pengakhiran cinta mereka?
Yang diucap dalam bahasa terindah, Jawapan yang bertanya didengar nabi, Antara kagum dan kyusuk setiap ayatnya, Lereng gunung menjadi amat sunyi, Suara sajak tegas bergema, Disampai arah berkias maksud serentak, Tapi jelas intinya, Tidak sedetikpun Allah menghindar, Atau mencemuh nabi disisi segala didoa, Dipenuhi segala yang dipinta dan, Penuh baraqah, Yatim ia tak berlindung, Tidakkah tersedia juga bumbung baginya. Awal begitu bergantung, Kini tidakkah merdeka, Bebas hidupnya.
(Dato' A. Samad Said)
Dalam Sujud Cinta
MYR
26.00
Pengarang Yunita Tri Damanyati
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 26.00
Kandungan
Mengisahkan konflik rumah tangga seorang perempuan bernama Tiara. Disebabkan tidak mempunyai anak, dia dan suaminya Aldi menghadapi masalah rumah tangga yang merenggangkan hubungan mereka. Pada masa itulah Tiara berkenalan dengan Adtiya, seorang pensyarah yang telah jatuh cinta kepadanya. Tiara kemudian terpaksa memilih antara Aldi dengan Aditya, dan Tiara akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan suaminya. Bagaimanapun belum sempat dia berbuat demikian, dia telah terbunuh dalam satu kejadian letupan bom di Hotel Marriot di Jakarta.
Dari bangsa yang dirundung duka bangkit jiwa pejuang mempertahankan pusaka Dan hak dalam dunia tadbiran si maharajalela perkasa hanyalah di bawah takluk kehendaknya.
Biar puluhan tahun, biar ratusan tahun darah tumpah mengalir menjadi sungai derita, jiwa pejuang tak kan kering-kering kerana selagi ada hujan yang melebat pasti gilir gerimis dan sidangnya suasana.
Mereka super. IQ luar biasa dan deria keenam menjadikan mereka detektif indigo. Cheng-chung yang hafiz, Faruk "Si Tahukah Anda" dan Mihrimah pakar sains forensik si perawan tembun dianugerah kuasa telepati -- pelengkap radas saintifik. Bersama-sama Ruzbihan yang tajam deria baunya, Zaitun si ahli kimia dan Isamu Nakamura yang mahir entomologi, mereka menyelesaikan kes rumit mengelirukan: Pencerobohan, bom, letupan ...
Dalam lingkungan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat. Ya, keamanan adalah hak sejagat. Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik.
Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi bahkan menjelmakan adab dan akhlak diterasi iman dan takwa.
Di Bawah Pohon Hawthorn
MYR
30.00
Pengarang Marita Conlon-Mckenna
ISBN 978-983-46-0625-1
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2010, Edisi Cetakan Pertama, 208 muka surat
Harga RM 30.00
Kandungan
Penterjemah: Ramlah Muhamad
Edisi Kulit Keras
Cerita tentang pengembaraan Elly, Michael dan Peggy merupakan kisah hidup sebenar tentang zaman kebuluran di Ireland yang diceritakan semula dengan jelas dan jujur. Di Bawah Pohon Hawthorn menggambarkan keazaman untuk hidup dan kekuatan serta kasih sayang tiga orang kanak-kanak pada zaman sukar ini.
Peristiwa ini berlaku pada akhir 1880-an, dan menyebabkan kebuluran yang teruk yang memusnahkan Ireland. Kentang bertukar menjadi hitam dan busuk, dan rakyat tiada apa-apa untuk dimakan.
Elly, Michael dan Peggy bersendirian di rumah kecil mereka. Tidak beberapa lama sebelum itu, ibu bapa mereka keluar mencari kerja dan makanan, tetapi tidak kunjung pulang. Kini, mereka terpaksa berjuang untuk diri mereka sendiri. Setelah terdesak dan untuk mengelakkan daripada dihantar ke rumah perlindungan untuk orang miskin, mereka keluar untuk pergi mencari nenek saudara mereka yang belum pernah ditemui sebelum ini tetapi pernah mendengar tentang mereka melalui cerita emak mereka.
Dalam pengembaraan itu mereka menyaksikan kemusnahan yang disebabkan oleh kebuluran -- orang ramai berebut-rebut makanan, kanak-kanak terbiar, orang ramai berbaris panjang di dapur sup untuk orang miskin, peminta sedekah, kematian dan anjing liar. Diketuai oleh Elly yang berumur dua belas tahun, mereka terpaksa mencari makanan untuk mengalas perut, melindungi diri mereka dan mencari jalan untuk ke Castletaggart.
Edensor
MYR
37.00
Pengarang Andrea Hirata
ISBN 978-983-3892-02-0
Penerbit PTS Litera Sdn. Bhd.
2007, 272 muka surat
Harga RM 37.00
Kandungan
Edensor: sebuah gambaran dalam desa khayalan Kisah anak muda yang ingin mendaki puncak cabaran, menerjang batu granit kesulitan, menggoda marabahaya, dan memecahkan misteri dengan sains. Dia ingin menghirup pelbagai pengalaman lalu terjun bebas menyelami labyrinth liku-liku hidup yang hujungnya tak dapat disangka. Dia dambakan kehidupan dengan kemungkinan-kemungkinan yang bertentangan antara satu sama lain seperti perlanggaran molekul-molekul uranium: meletup tak terduga, menyerap, mengikat, berganda, berkembang, terurai, dan berserakan ke arah yang tak terduga. Dia ingin ke tempat-tempat yang jauh, menemui beragam-ragam bahasa dan berbagai-bagai bangsa. Mengembara, dan menemukan arah dengan membaca bintang-bintang di langit. Mengharungi padang dan gurun-gurun, melepuh dibakar matahari, terolang-aling dihentam angin, dan menciut dicengkam dingin. Impikan kehidupan yang menggetar dan penuh dengan penaklukan. Aku ingin hidup! Ingin merasakan sari pati hidup!!
Flamida
MYR
27.00
Pengarang Roidah
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 27.00
Galau
MYR
27.00
Pengarang Indarpati
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 27.00
Kandungan
Kisah seorang gadis bernama Nur yang mempunyai perwatakan seperti lelaki atau tomboi, sehingga dianggap ‘lesbian’. Nur kemudian jatuh cinta kepada kenalan lamanya sejak di bangku sekolah bernama Awan. Kegalauan timbul apabila Nur mencintai Awan, sementara Awan yang rupa-rupanya seorang ‘gay’, mencintai Huda,kawan lelakinya. Huda pula sebenarnya sudah jatuh cinta kepada Nur sejak mereka di bangku sekolah. Nur akhirnya berjaya membawa Awan dan Huda keluar daripada konflik diri masing- masing. Nur dan Awan kemudian nekad untuk berkahwin walaupun lelaki itu mungkin sudah dijangkiti AIDS.
Hati Qasandra
MYR
29.00
Pengarang Hanna
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1, 320 muka surat
Harga RM 29.00
Kandungan
Mengisahkan seorang gadis bernama Qasandra yang ragu-ragu untuk menerima cinta seorang lelaki bernama Hendra selepas kekasih pertamanya mati dalam kemalangan kapal terbang. Hendra sangat mencintai Qasandra sehingga dia sanggup mendermakan hatinya kepada Qasandra. Bagaimanapun dia meninggal dunia selepas pemindahan hati tersebut. Qasandra kemudian jatuh cinta kepada suami sahabat baiknya yang kemudian memutuskan untuk menyerahkan anak perempuannya untuk dijaga oleh Qasandra.
Hostel: Debaran Kedua
MYR
30.00
Pengarang Penulis-penulis eSastera
ISBN 983-41715-1-X
Penerbit eSastera Enterprise
2004, Edisi Ke-1, 3349 muka surat
Harga RM 30.00
Kandungan
Kisah suka duka kehidupan warga kampus. Dibentangkan dalam 50 episod yang mengancam perasaan.
Hostel: Memento Cinta
MYR
30.00
Pengarang Penulis-penulis eSastera.com
ISBN 978-967-5943-16-1
Penerbit eSastera Enterprise
2010, Edisi Ke-1, 399 muka surat
Harga RM 30.00
Membaca novel ini adalah membaca kehidupan yang nyata.
Hanya pembaca yang berani mencabar dan menggugah selera konvensional sahaja yang akan berani mencuba membaca novel gaya baharu seperti ini.
-Aidil Khalid
(Sedang diedarkan di kedai-kedai buku konvensional oleh MPH).
Izinkan Aku Bersujud
MYR
27.00
Pengarang Tyas Affendi
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 27.00
Kandungan
Mengisahkan hubungan kasih sayang antara dua orang yang berlainan bangsa, antara Zevrin, seorang jururawat dengan seorang lelaki berbangsa Palestin bernama Fahiya. Fahiya menyedarkan Zevrin tentang penderitaan rakyat Palestin melalui hasil tulisannya sementara Zevrin pula telah menemukan Fahiya dengan abangnya yang hilang semasa perang.
Jalan Seribu Liku
MYR
31.00
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 31.00
Kandungan
Mengisahkan konflik kejiwaan seorang gadis bernama Christina Sita Dewi. Bapanya, Edward Tan merupakan penganut agama Kristian sementara ibunya, Natasha Carl Ferdinand, merupakan penganut agama Hindu. Dengan latar belakang keluarga sedemikian, Christina Sita Dewi mengalami pergolakan jiwa, sehingga akhirnya melenyapkan keyakinannya terhadap agama. Selepas suatu kemalangan jalan raya, minda bawah sedarnya telah membawanya kepada suatu perubahan rohani. Dia akhirnya memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Khairun Nadia, yang bermaksud sebaik-baik yang mulia.
Jodoh Cinta
MYR
26.00
Pengarang Kinoyson
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 26.00
Kandungan
Buku tentang pengalaman cinta seseorang dan usaha mereka untuk mencari jodoh mereka. Disertakan panduan dan tips tentang cara untuk mencari jodoh, sesuai dengan tuntutan agama Islam.
Kala Cinta & Wahyu Bersatu
MYR
28.00
Pengarang A. Ubaidillah Alias
ISBN 978-983-3892-81-5
Penerbit PTS Litera Sdn. Bhd.
2010, Edisi Pertama, 480 muka surat
Harga RM 28.00
Kandungan
"Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya."
Karipap-karipap Cinta
MYR
24.00
Pengarang Nazri M. Annuar
ISBN 978-967-5136-52-8
Penerbit PTS Fortuna
2010, Edisi Cetakan Pertama, 254 muka surat
Harga RM 24.00
Kandungan
Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.
Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).
Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.
Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.
Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.
Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.
Kasih Adinda
MYR
28.00
Pengarang Afifah Afra
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 28.00
Kandungan
Mengisahkan seorang doktor pakar sakit jiwa bernama Dr Irham, yang kacak, kaya, dan bijak, tetapi sering gagal dalam percintaan. Kehadiran seorang jururawat bernama Adinda membuat Dr Irham jatuh cinta lagi. Bagaimanapun Adinda sebenarnya memerlukan bantuan Dr Irham untuk menyelamatkan seorang pesakit jiwa yang sangat dikasihinya. Pesakit jiwa yang kaya-raya itu yang dahulu merupakan majikan Adinda, sebenarnya adalah ayah kandung jururawat itu. Dengan bantuan Dr Irham, Adinda akhirnya berjaya menyelamatkan ayahnya daripada dibunuh oleh anak-anak lelaki itu yang tamakkan harta. Bagaimanapun Adinda telah menolak cinta Dr Irham kerana merasakan bahawa dia tidak sesuai dengan doktor itu.
Kuhapuskan Namumu Dengan Nama-Nya
MYR
30.00
Pengarang Taufiqurrahman Al-Azizy
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 30.00
Kandungan
Novel ini mengisahkan bagaimana seorang lelaki terpelajar bernama Naufal, yang bijak, alim, dan berharta masih tidak dapat bahagia hidup. Selain tampan dan kaya, Naufal merupakan anak tunggal seorang ulama yang terkenal. Kerana merasakan dirinya sempurna, lebih-lebih lagi selepas berkahwin dengan seorang perempuan cantik bernama Nauri, Naufal mulai bersikap angkuh dan sombong. Sifat-sifat inilah yang membawa bencana dalam hidupnya.
Syarikatnya muflis, isterinya pula terlibat dengan penyalahgunaan dadah sementara anak kecilnya pula meninggal dunia di pangkuannya.
Novel ini mengajak kita merenung diri dan insaf bahawa bukan harta dan agama yang menjamin kita hidup bahagia, tetapi sifat sentiasa bersyukur dan ikhlas.
Laila Majnun
MYR
40.00
Pengarang Othman Haji Zainuddin
ISBN 978-983-46-0339-7
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2009, Edisi Pertama, 481 muka surat
Harga RM 40.00
Kandungan
Mereka berdua ibarat dua jasad satu jiwa. Ibarat lagu dan irama. Andai rosak lagu, rosaklah irama. Mereka berkongsi satu rasa, satu perasaan. Andai seorang disakiti, seorang lagi tetap merasai. Mereka tidak pernah dipertemukan, namun takdir Tuhan telah mengatur segala-galanya. Qaisy dan Laila, satu watak yang diciptakan untuk melihat kewajaran antara kehendak manusia dengan kehendak Tuhan.
Laila dan Qaisy adalah lambang cinta abadi yang menjadi buah mulut manusia zaman-berzaman. Mereka bukan sekadar watak dalam cerita, yang lebih penting ialah mereka menjadi contoh dan pengajaran. Sesungguhnya setiap kejadian itu mempunyai hikmah yang tinggi kepada sesiapa yang merenung mengagumi kebesaran tuhan.
Langit Mekah Berkabut Merah
MYR
29.00
Pengarang Geidurrahman El-Mishry
Penerbit Pelangi Novel
2010, Edisi Ke-1
Harga RM 29.00
Kandungan
Midah Hamidah, pembantu rumah dari Jaa Barat, Indonesia, telah melarikan diri dari rumah majikannya di Mekah kerana tidak tahan dengan seksaan dan gangguan seksual oleh majikannya. Dia mengharapkan seorang pemuda bernama Firdaus untuk menyelamatkannya. Bagaimanapun, Firdaus sendiri ditimpa masalah apabila dia dipenjarakan atas tuduhan merogol. Harapan Midah untuk kembali ke tanah airnya tidak kesampaian apabila dia akhirnya dihukum sebat atas kesalahan yang tidak dilakukannya, yang menyebabkan dia meninggal dunia.
Tema: Penderitaan pekerja asing di Arab Saudi. Maklumat: Novel yang diadaptasi daripada sebuah novel yang diminati di Indonesia. Ditulis penulis terkenal Indonesia. Akan dipindahkan ke filem. Novel ini memaparkan kisah benar tentang pengalaman seorang pembantu rumah yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia. Diceritakan juga tentang pengalaman bekerja sebagai buruh di Arab Saudi, selain sikap lepas tangan pihak pemerintah Indonesia atas nasib yang menimpa rakyatnya di luar negara.
Lasykar Pelangi
MYR
40.00
Pengarang Andrea Hirata
ISBN 978-983-3892-45-7
Penerbit PTS Litera Sdn. Bhd.
2009, Edisi Pertama, 470 muka surat
Harga RM 40.00
Kandungan
Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman kecil para anggota Lasykar Pelangi. Sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka. Lintang, si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang-alik sejauh 20 kilometer untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hanya sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah. Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa untuk biaya keluarganya, adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan sahabat-sahabatnya. Tetapi, dia berjaya mengangkat darjat sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Begitu juga kisah sembilan orang teman-temannya yang lain bersemangat menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.
Maryamah Karpov
MYR
100.00
Pengarang Andrea Hirata
ISBN 978-983-3892-40-2
Penerbit PTS Litera Sdn. Bhd.
Harga RM 38.00
Kandungan
Lanjutan kisah ‘Lasykar Pelangi’.
Kisah ilmu yang mengilhamkan di tengah ilmuwan yang menyedarkan. Selepas Lasykar Pelangi,Maryamah Karpov ini sangat disambut. - Dato’ A Samad Said.
Mengintai Cinta Khalifah
MYR
27.00
Pengarang A. Ubaidillah Alias
ISBN 978-983-3892-37-2
Penerbit PTS Litera Sdn. Bhd.
2009, Edisi Pertama, 400 muka surat
Harga RM 27.00
Kandungan
Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya. Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang Gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imrantekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda. Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imranakan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?
Negeri 5 Menara
MYR
30.00
Pengarang A. Fuadi
ISBN 978-983-3892-94-5
Penerbit PTS Litera Sdn. Bhd.
2010, Edisi Pertama
Harga RM 30.00
Kandungan
A.Fuadi lahir di Bayur, kampung kecil di pinggir Danau Maninjau pada tahun 1972, tidak jauh dari kampung Buya Hamka. Fuadi merantau ke Jawa, memenuhi permintaan ibunya supaya masuk ke sekolah agama. Di Pondok Modern Gontor dia bertemu dengan kiai dan ustaz yang diberkahi keikhlasan mengajarkan ilmu kehidupan dan ilmu akhirat. Gontor pula yang membukakan hatinya kepada rumus sederhana tetapi kuat, ‘Man Jadda Wajada’, siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya. Lulus kuliah Hubungan Internasional, UNPAD, dia menjadi wartawan di akhbar TEMPO. Pada tahun 1998, A. Fuadi mendapat biasiswa Fulbright bagi melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di School of Media and Public Affairs, George Washington University. Tahun 2004, jendela dunia lain terbuka lagi dan dia mendapat pula biasiswa Chevening bagi melanjutkan pelajarannya di Royal Holloway, University of London dalam bidang dokumentari filem. A.Fuadi bersama isterinya Yayi tinggal di Bintaro, Jakarta.
Seumur hidupnya Alif tidak pernah menginjak tanah di luar ranah Minangkabau. Masa kecilnya dilalui dengan berburu durian runtuh di rimba Bukit Barisan, main bola di sawah dan mandi air biru di Danau Maninjau. Tiba-tiba dia perlu melintasi selatan Sumatera menuju sebuha desa di pelosok Jawa Timur. Ibunya mahu Alif menjadi Buya Hamka tetapi dia mahu menjadi Habibie. Dengan setengah hati, dia menurut permintaan ibunya, belajar di pondok.
Pada hari pertama di Pondok Madani (PM), Alif terkesima dengan 'mantera' sakti man jadda wajada. Siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya. Disatukan akibat hukuman tidak menepati masa di asrama, Alif bersahabat dengan Raja, Said, Dulmajid, Atang dan Baso. Di bawah menara masjid, mereka menunggu Maghrib sambil menatap awan lembayung yang berarak ke ufuk. Awan-awan itu menjelma menjadi negara dan benua impian masing-masing. Ke manakah impian membawa mereka? Mereka tidak tahu. Yang mereka tahu adalah jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar.
Planet-Planet Cinta
MYR
35.00
Pengarang Maria Kajiwa
ISBN 978-967-5136-62-7
Penerbit PTS Fortuna
2010, Edisi Pertama, 484 muka surat
Harga RM 35.00
Kandungan
Sebuah kisah cinta yang tidak terbendung luasnya cakerawala.
Hidup Puteri Elara mula berubah sejak kali pertama mengenali seorang jejaka dari Bumi, Prof. Ananke. Namun, Ratu Jupiter mahu menyatukan sang puteri dengan Putera Andrastea, anak pemimpin tertinggi suku Andala.
Rahsia Sebuah Manuskrip
MYR
27.00
Pengarang Naimisa Yusof
ISBN 978-967-5515-09-5
Penerbit Rijal Media
2010, Edisi Pertama, 246 muka surat
Harga RM 27.00
Kandungan
Di sebalik deretan kertas kuning dan berhabuk. Tidak ada siapa peduli. Sebuah manuskrip yang sukar ditafsirkan, kompleks dan penuh dengan nada-nada cinta. Setiap helaian padat dengan catatan cerita suka dan duka.
Setelah sekian lama manuskrip itu dipandang sepi, baru detik ini ada yang menyedari hadiran manuskrip tersebut. Sebuah manuskip yang bakal mengungkai rahsia sekian lama terpendam. Mungkinkah hajat Munisa Kamil terlaksana? Adakah cinta berputik di hati Munir dan Hannan mekar atau gugur sebelum berkembang? Bersama-sama kta menyelami kemelut cinta yang melanda dalam RAHSIA SEBUAH MANUSKRIP.
"Dibeleknya beberapa halaman. Sekeping poskad lama jatuh. Imej Jabal Nur tersergam indah melatari sisi bergambar. Tulisan jawinya cantik. - Selamat maju jaya. Aku akan terus di sini. Impianku menjadi pensyarah Bahasa Arab semakin pasti. Doakan keamananku."
Salju Sakinah
MYR
36.00
Pengarang Zaid Akhtar
ISBN 978-983-3604-41-8
Penerbit PTS Millennia Sdn Bhd
2008, 576 muka surat
Harga RM 36.00
Kandungan
Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.
(Salju Sakinah adalah novel bersiri yang pernah tersiar di Ruangan Agama Utusan Malaysia setiap Isnin-Rabu sepanjang tahun 2005).
KISAH cinta memang enak dibaca. Namun tidak banyak kisah cinta yang dinovelkan menyuguh batas-batas cinta menurut Islam apalagi menyuntik wacana pemikiran yang seharusnya menjadi bekal sekaligus memperkaya jiwa pembaca. Lantas Salju Sakinah cuba menawarkan apa yang jarang-jarang ditawarkan selama ini.
Meskipun Salju Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan mengambil dua latar tempat yang jauh berbeza iaitu Jordan dan Malaysia, novel ini dengan sengaja mengetengahkan suasana kehidupan pelajar Malaysia di Timur Tengah selain konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat.
Berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar sebelumnya seperti Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus yang padat dan bertempo pantas, Salju Sakinah yang mendapat banyak feedback pembaca ketika disiarkan dahulu dirasakan lebih tenang, damai dan agak membuai – sesuai dengan judulnya yang bermaksud salju yang mendamaikan.
Sang Pemimpi
MYR
36.00
Pengarang Andrea Hirata
ISBN 978-983-3892-01-3
Penerbit PTS Litera Sdn. Bhd.
2007, 240 muka surat
Harga RM 36.00
Kandungan
Buku Kedua Dari Tetralogi Lasykar Pelangi
Selasa Bersama Profesor Morrie
MYR
28.00
Pengarang Mitch Albom
ISBN 978-967-5783-04-3
Penerbit PTS Litera Sdn. Bhd.
2011, Edisi Cetakan Pertama, 201 muka surat
Harga RM 28.00
Kandungan
International BESTSELLER!
Edisi terjemahan (Bahasa Melayu)
Bagi kita, mungkin datuk, guru ataupun rakan sejawat adalah seseorang yang lebih tua, sabar dan bijak, yang memahami kita sebagai orang muda yang masih tercari-cari mengenai hidup, membantu kita melihat dunia sebagai tempat yang lebih indah serta memberitahu kita cara yang terbaik untuk mengharunginya.
Bagi Mitch Albom, orang itu adalah Morrie Schwartz, sang guru tua yang pernah menjadi profesornya hampir dua puluh tahun yang lampau.
Namun, kesempatan kedua bagi bertemu sang guru ini berlaku pada bulan-bulan terakhir hidup profesor tua itu. Keakraban yang segera hidup kembali di antara sang guru dan murid itu sekaligus menjadi sebuah 'kuliah' bagi menghasilkan sebuah 'tesis terakhir' tentang cara menjalani hidup.
Selasa Bersama Morrie adalah sebuah catatan peristiwa orang-orang yang menakjubkan. Mitch Albom berkongsi 'kuliah' berharga daripada Morrie Schwartz dengan kita semua.
Tautan Hati
MYR
39.00
Pengarang Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Penerbit Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga RM 39.00
Kandungan
Asiah Yusra, namanya seindah peribadinya. Dirinya begitu istimewa terutama di kalangan rakan-rakannya yang begitu memerlukan madu dakwah untuk disajikan sebagai manisan kehidupan mereka.
Berputus asa seakan-akan tidak wujud dalam kamus hidupnya. Begitulah tingginya tahap keimanan serta kecekalan gadis dari Taman Islam ini. Lagaknya seakan-akan pahlawan silam terunggul Solahuddin Al-Ayyubi. Imtisal, Hana, Laiyyinul Harir, Muslimah (Christine), Wildan dan Aisya Bazella ditaklukinya dengan senjata halaqoh beserta keikhlsan yang menggunung dengan harapan sahabat-sahabatnya itu dapat bergerak seiring dengannya ke jalan yang diredhai.
Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.
Titian Nabi
MYR
29.00
Pengarang Muhammad Masykur A.R. Said
ISBN 978-983-3892-55-6
Penerbit PTS Litera Sdn. Bhd.
2009, Edisi Pertama, 384 muka surat
Harga RM 29.00
Novel Islami yang mengangkat perjuangan hati dan suci Zahra dan Attar. Namun cinta mereka tidaklah mulus kerana terdera dengan perasaan disebabkan Attar melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Apakah kukuh cinta suci yang disaksikan pada tiga negeri, Indonesia, Mesir, dan Tanah Suci Mekah itu? Sanggupkah bahtera cinta mereka menahan amukan badai yang menerjang? Akankah cinta mereka selamat berlabuh ke tepi dermaga atau tenggelam di tengah samudera?
VT
MYR
35.00
Pengarang Hilal Asyraf
ISBN 978-983-097-227-5
Penerbit GALERI ILMU SDN BHD
2009, 520 muka surat
Harga RM 35.00
Kandungan
Novel ini menceritakan perihal sebuah kumpulan bola tampar di sebuah sekolah bernama MATRI (Ma’had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah). 10 tahun yang lepas, pasukan bola tampar dari sekolah ini telah mencipta fenomena apabila berjaya menjadi johan dalam kejohanan MSSP’s menewaskan juara terkenal, SSNP(Sekolah Sukan Negeri Perlis).
Namun selepas itu, tiada lagi pasukan bola tampar dari MATRI yang berjaya mengulangi kegemilangan itu, malah prestasi mereka sebentar turun dan sebentar naik tanpa konsisten. Keadaan bertambah parah apabila generasi terkini pasukan bola tampar sekolah itu tidak berada dalam kondisi yang baik, dengan pelbagai masalah melingkari mereka, baik masalah dari segi pelajaran, akhlak, disiplin sekolah mahupun keluarga.
Melihat prestasi buruk pasukan bola tampar sekolah ini, pihak pentadbiran MATRI berhajat untuk membubarkan pasukan yang sudah tenat ini.
Ketika ini, Ketua Warden, merangkap pengurus pasukan bola tampar, bernama Ustaz Mahadzir telah memanggil seseorang untuk menangani masalah ini dengan menjadi jurulatih baru kepada pasukan bola tampar MATRI. Hussam namanya.
Hussam adalah watak yang misteri, nampak mengetahui banyak perkara berkenaan bola tampar, bergerak membawa gagasan sukan sebagai ibadah, dan ISLAM itu tinggi kepada pasukan bola tampar MATRI. Namun dia perlu menghadapi 12 orang pemain yang berbagai ragamnya dan pelbagai pula masalah mereka.
Hussam menggunakan pelbagai strategi untuk menarik hati dan minat serta membina akhlak pemain-pemainnya. Hubungan ukhuwwah antara pemain turut dibina, fizikal ditingkatkan, dan hatta pelajaran turut dijaga. Fikrah disuntik dengan hikmah. Ego dilentur dengan bijaksana. Semuanya berjalan dengan penuh tersusun bawah perancangan Hussam. Hussam bergerak mendidik kumpulan itu, mengatasi segala cabaran.
Masa berjalan, dan Pertandingan Terbuka Bola Tampar Masyarakat Perlis menjengah. Hussam memilih untuk memasukkan pasukan bola tampar MATRI ke dalam pertandingan itu untuk menguji sejauh mana pencapaian mereka. Dalam pertandingan ini, mereka sedar yang mereka masih banyak perkara perlu diperbaiki.
Mereka hampir terkeluar dari pertandingan saat bertandingan PDRM Perlis, namun kemasukan seorang senior bernama Hilal, merangkap pemain senior dalam pasukan bola tampar MATRI telah mengubah keputusan pertandingan.
Pada pertandingan bola tampar terbuka ini jugalah, mereka mengenali seteru mereka yang sebenar, itulah dia SSNP dengan jurulatihnya, Cikgu Senan. Dalam pertandingan itu, MATRI berjaya mencalarkan rekod SSNP dan memberikan impak kepada pasukan raksasa tersebut, dan menimbulkan ketakutan kepada jurulatihnya. Penonton turut terpukau dengan permainan pasukan MATRI.
Selepas pertandingan itu, Hussam terus menggerakkan pasukan MATRI dan melatih mereka. Prestasi pasukan MATRI juga meningkat dengan perubahan akhlak, dan peningkatan dalam keputusan peperiksaan. Masalah dalam keluarga beberapa pemain turut berjaya diselesaikan. Sengketa Hilal dengan bapanya, berjaya diselesaikan oleh Hussam yang bertindak menziarahi rumah Hilal.
Kemudian cabaran tiba. Ada pihak menyuakan rasuah dan cuba bermain kotor. Ada pula pemain lawan yang dengki dan cuba bertindak keji. Konflik pertandingan bermula. Mengetahui yang MATRI masin belum bersedia, ada pihak yang cuba mengawalkan pertandingan.
Namun Hussam dengan bijaksana telah mengatur latihan intensif bagi mempertingkatkan kekuatan pasukan bola tampar MATRI secara pantas. Maka jurulatih itu mengatur pertandingan antara MATRI dan beberapa pasukan dari universiti di Malaysia. Mereka mengembara di sekitar kawasan pantai barat Malaysia, dari Utara ke Selatan menimba ilmu dan pengalaman. Di penghujung kembara, mereka bertemu dengan kumpulan lagenda MATRI, yang telah berjaya menjadi juara MSSP’s 10 tahun yang lepas. Ketika itu, identiti Hussam yang sebenar terbongkar. Dia hakikatnya adalah Saiful Rahman, pemain utama dalam pasukan lagenda MATRI.
Kekuatan pasukan bola tampar MATRI tertingkat. Namun ada pihak yang tdiak menyenangi. Lalu menyusun taktik keji. Pergaduhan berlaku kerana hasad dengki, dokumen hilang kerna tidak mahu MATRI menghalangi, namun Saiful Rahman dengan bijaksana mengatasi semua halangan. Akhirnya, pasukan ini berjaya menumbangkan pasukan SSNP, dan sekali lagi menawan hati masyarakat dengan pembawaan ISLAM dalam syahsiah mereka.
Warkah Cinta Berbau Syurga
MYR
33.00
Pengarang A. Ubaidillah Alias
ISBN 978-983-3603-91-6
Penerbit PTS Millennia Sdn Bhd
2008, Edisi Pertama, 544 muka surat
Harga RM 33.00
Kandungan
LUPAKAN beberapa watak yang tiba-tiba muncul dan tiba-tiba menghilang atau yang tiba-tiba hidup dan tiba-tiba `dimatikan’.Saya bukan `pembaca novel’ yang baik tetapi novel ini `memaksa’ saya untuk membaca pembuka katanya:`Cairo kurasakan sepi tanpa surat-suratmu. Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagai membawa gemersik suaramu…’ Dan, pembuka kata bersurat novel ini `memaksa’ saya untuk terus bersantai hingga kepada penutupnya yang mengusik, `Wardah… Balqis… Maafkan aku’.
-Pyanhabib - Pemuisi
Benar, novel ini dipacui cinta. Namun tampilnya, bukan cinta yang boleh dibeli dengan bayaran biasa. Penulis ingin mengatakan, insan yang punya jati diri dan pegangan agama yang kukuh sahaja yang bisa memiliki cinta seharum wangian syurga. Insan- bisa sahaja mahu mencari cinta insani, namun jika anda memiliki Warkah Cinta Berbau Syurga, ini bermakna anda juga mahu mencari cinta Rabbani dalam masa yang sama.
-Nasriah Abdul Salam, Pemenang Hadiah Utama Sastera Utusan Melayu 2007, Cerpen 2007
“Aku akan terus menulis walaupun kutahu salam daripada warkah bisumu semakin menjauhi realiti. Tetapi aku tidak mampu hentikan semua ini melainkan kematian sahaja yang dapat memisahkan jiwaku daripadamu. Dan aku tahu, kematianku makin menghampiri...”
Cinta seorang lelaki yang ditagih dua gadis. Hebat sangatkah Amir Mukhlis hingga dia sanggup mengecewakan impian Wardah dan menolak harapan Balqis.
Tidak! dia adalah lelaki yang berpendirian. Dia sangat tegas dalam soal hati dan perasaan dan tidak mahu ada di antara mereka hanyut dibuai badai perasaan yang mampu memesongkan akidah manusia.
Amir Mukhlis, seorang penulis dan pemidato. Pertemuannya dengan Wardah berlangsung ketika mereka sama-sama menyertai sidang redaksi majalah sekolah. Pada ketika itu, Wardah turut terkesan dengan perubahan yang dibawa Amir terhadap dirinya.
Wardah Abdul Latif, gadis pintar dan berperawakan menarik, sering menjadi igauan pelajar-pelajar lelaki. Di sebalik personaliti yang memukau, gadis ini sebenarnya menyimpan rahsia kemelut keluarga hingga persepsi negatifnya terhadap kaum Adam bercambah dalam diam. Dia membenci lelaki yang tidak bertanggungjawab dan jahil. Wardah perlukan seorang teman lelaki yang memahami agama dan bertanggungjawab. Kehadiran Amir Mukhlis mengubah segalanya.
Tamat persekolahan menengah. Amir melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, terpisah dengan watak Wardah yang terpaksa berkahwin dengan lelaki bukan pilihannya. Amir tidak mahu dirinya tenggelam dalam kekecewaan yang mampu memakan diri sendiri. Dia pasrah. Dia reda. Bayangan Wardah dilepaskan. Tetapi hidup Wardah tidak bahagia, dia diseksa suami sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Watak Balqis yang buntu dalam menyelesaikan masalah pula muncul dalam hidup Amir di Kaherah. Secara tidak sengaja lelaki itu membantu merungkai masalah si gadis. Ketika itu Balqis melihat Amir sebagai lelaki matang yang mampu membimbing dirinya dan Balqis sedar naluri wanitanya sudah terusik ketika itu.
Izzuddin, teman baik Amir di universiti. Konflik mula tercetus ketika Izzuddin turut menyimpan perasaan terhadap Balqis. Izzuddin sedar bahawa sudah dua kali Amir menyelamatkan Balqis, tetapi teman di sekeliling menganggap Izzuddin sebagai hero sebenar, tidak ada sesiapa yang mengetahui cerita sebenar dan Amir pula senang dengan situasi begitu.
Balqis akhirnya menzahirkan perasaannya terhadap Amir menerusi surat, tetapi Izzuddin yang terlebih dahulu membuka warkah itu tanpa pengetahuan Amir, menyebabkan hatinya sebal dengan luahan perasaan Balqis terhadap Amir. Amir pula tidak mengerti mengapa sahabatnya itu tiba-tiba menjauhkan diri darinya, seakan-akan benci melihat wajahnya. Pada masa yang sama Amir tidak mengerti isyarat yang ditunjukkan Balqis. Balqis kecewa.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Amir disahkan menghidap penyakit barah otak dan tidak mampu meneruskan hidup lebih lama. Ketika itu fikirannya ingin menyelesaikan masalah antara dia dan Izzuddin. Dalam kepayahan itu, Amir berusaha dan terus bangkit menyelesaikan konflik persahabatan dan perasaannya.
“Balqis, jangan mengharapkan sesuatu daripada ana. Ana bukan orang yang dapat menemani enti dalam kehidupan ini. Pasti ada orang lain yang lebih layak. Jika enti mahu memilih, pilihlah orang lain. Bukan ana...”
Amir merupakan seorang pejuang dalam hidupnya, seorang sahabat yang sejati dan khalifah yang hebat di muka bumi Allah. Hingga ke saat-saat akhir dia masih berjuang untuk menyempurnakan misi hidupnya dan tidak meletakkan kematian sebagai alasan untuk berputus asa.
A. Ubaidillah Alias menggunakan latar penceritaan yang menarik dengan penggunaan bahasa yang indah disulami puisi yang mampu menyentuh naluri pembaca. Keteguhan prinsip Amir Mukhlis perlu dicontohi remaja masa kini agar tidak tenggelam dalam arus kontemporari yang mengkhayalkan.