Disusun dan diberi pengenalan oleh Mawar Safei dan Nisah Haji Haron.
Buku Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpenmenelusuri pengalaman 17 penulis karya kreatif dalam menghasilkan karya mereka. Menerusi sebuah cerpen terpilih yang dijadikan paksi perbincangan, setiap penulis menghuraikan tentang proses kreatif mereka terutama dari segi latar, pengalaman peribadi, pelukisan watak dan perwatakan hingga memungkinkan cerpen mereka dihasilkan dan menjadi sebuah karya yang bermakna.
Ilmu Mengarang Melayu
MYR
45.00
Pengarang Zainal Abidin Ahmad (Za'ba)
ISBN 983-62-7597-5
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2002, Edisi Kedua, 292 muka surat
Harga RM 45.00
Kandungan
ILMU MENGARANG MELAYU merupakan salah satu karya agung yang dihasilkan oleh Za'ba. Buku ini mula diterbitkan dalam versi Jawi pada tahun 1934 dan dicetak semula sebanyak enam kali sehingga tahun 1956. Cetakan kedua yang dibaiki dan dipinda pula diterbitkan dalam versi Rumi pada tahun 1962. Dalam penerbitan edisi baharu pada tahun 2002, buku ini diberi wajah baharu dari segi penggunaan ejaan masa kini tetapi masih mengekalkan identiti dan struktur gaya bahasa yang digunakan oleh penulis asal.
ILMU MENGARANG MELAYU adalah gagasan pemikiran bahasa hasil tulisan Za'ba yang mengandungi panduan dan pengajaran kepada pengguna untuk menghasilkan karangan yang baik berasaskan pengetahuan Bahasa Melayu, tatabahasa, nahu dan sebagainya. Kebijaksanaan Za'ba menghubungjalinkan bahasa dan pemikiran menjadikan karya ini lebih berkesan, menarik dan mudah difahami terutamanya dari segi mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca.
Kandungan buku ini ialah mengenai peraturan untuk karang-mengarang. Buku ini mengandungi dua bahagian utama, iaitu Pokok-pokok Besar dalam Latihan Mengarang dan Cabang-cabang yang Tinggi. Pokok-pokok Besar dalam Latihan Mengarang memuatkan perkara-perkara yang perlu diketahui oleh pengarang untuk menghasilkan karangan seperti bahan-bahan penting dalam karangan, iaitu bahasa dan fikiran. Cabang-cabang yang Tinggi pula menggarap tentang keupayaan seseorang pengarang menggunakan beberapa elemen bahasa dalam karangan seperti bunga-bunga bahasa, peribahasa, bahasa sindiran dan sebagainya.
Buku ini amat berguna kepada ahli-ahli bahasa, pengkaji, pendidik serta pelajar yang ingin mengetahui tentang selok-belok menghasilkan karangan yang baik melalui penggunaan bahasa yang betul, sistematik dan menarik. Buku ini juga menjadi rujukan yang berguna untuk mengkaji keagungan nahu bahasa Melayu sejak zaman 40-an hingga kini.
Kursus Kepenyairan eSastera
MYR
16.00
Pengarang Irwan Abu Bakar dan Hasimah Harun
ISBN 983-2858-00-3
Penerbit eSastera Enterprise
2003, Edisi Ke-1, 105 muka surat
Harga RM 16.00
Kandungan
Apakah ciri-ciri puisi yang baik (dan yang tidak baik)? Apakah bezanya antara sajak prismatis, sajak taksa, dan sajak kabur? Apa yang menjadikan sajak prosaik? Apakah yang dinamai sajak siber? Apakah ciri-ciri sebuah soneta?
Soalan-soalan tersebut, dan banyak soalan-soalan lain tentang puisi, dijawab secara padat dan tepat dalam buku ini.
Proses Kreatif: Satu Pengalaman Rohan
MYR
37.00
Pengarang Sasterawan Negara Abdullah Hussain
ISBN 978-983-46-0600-8
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2010, Edisi Cetakan Pertama, 271 muka surat
Harga RM 37.00
Kandungan
Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain tidak menggurui pembaca dengan segala teori penulisan karya kreatif. Beliau hanya berkisah tentang kembara hidupnya yang bermula dari sebuah kampung di Kedah yang luas dengan sawah sehinggalah menjadi penghuni kota. Kembaranya juga ialah kembara seorang penulis yang mula berjinak dengan penulisan cerpen dan novel sehingga menjadi cerpenis dan novelis penting di tanah air. Idea menghasilkan cerpen dan novel; proses penulisannya; hubungannya dengan teman-teman dalam kalangan penulis dan editor yang bertugas di sesebuah penerbitan digarapkan secara kreatif dan bersahaja. Pendedahan yang memancarkan betapa panjangnya perjalanan hidup dan luasnya pengalaman yang dilalui sangat menarik untuk dikongsi bersama dengan pembaca. Justeru, pelajarilah pengalamanSasterawan Negara ke-8 ini yang berkisah tentang kembara hidupnya dan proses penulisan novel dan cerpen dalamProses Kreatif: Satu Pengalaman Rohani.
Buku ini disediakan khusus buat khalayak mengenali pelbagai kategori cerpen yang wujud dalam khazanah kesusasteraan bangsa serta panduan menulisnya. Menggunakan pendekatan padat dan komunikatif, dengan setiap bab disokong oleh peta minda, Dr. Othman Puteh telah mereka buku ini sebagai rujukan praktis, baik bagi pengarang mahupun calon pengarang.
Buku ini dipenuhi tip dan motivasi buat khalayak tampil sebagai pengarang cerpen yang berdedikasi, berdisiplin, yakin diri, bijak mengurus waktu, seterusnya secara cekal dan tekal mengukir nama di ujana sastera tanah air.