This book is written for those who wish to embark on a career in selling. It details the pitfalls of taking a basic approach to selling and provides general guidelines towards becoming a successful salesperson.
As an experienced salesperson, the author approaches the subject as an ardent proponent of selling as a proper profession; one with proper guidelines and professional training. He intersperses his writings with anecdital evidence and offers his wide experience in sales to would-be salespersons, which provides an insight into mastering the art of salesmanship such as making friends with your customers; learning to know the company's product; outlining the sales process; acquiring presentation skills; and handling objections and complaints from customers.
Would-be salespersons would find in this book a wealth of experience that would assist them in charting their future in this most challenging but rewarding profession.
Buat Duit Dengan YouTube
MYR
30.00
Pengarang Zamri Mohamad
ISBN 978-967-5226-47-2
Penerbit PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2009, Edisi 216
Harga RM 30.00
Kandungan
Penghargaan Prakata
Bahagian 1
Memilih Bisnes untuk Video Jualan
Bab 01 Youtube bukan pilihan tetapi kemestian dalam bisnes Bab 02 Jenis bisnes yang sesuai dijadikan video jualan Bab 03 Tiga elemen video jualan berpengaruh Bab 04 Strategi pemasaran YouTube cara Nike Bab 05 Penjenamaan berulang melalui YouTube
Bahagian 2
Video jualan yang memikat pelanggan
Bab 06 Jadikan video jualan menambah keuntungan Bab 07 Dari didik kepada menjual Bab 08 Informasi pada video jualan Bab 09 Mencari rakan niaga di YouTube
Bahagian 3
Rancang dan rakam video jualan
Bab 10 Pilihan peralatan yang mahal ataupun murah Bab 11 Menghasilkan storyboard cara mudah Bab 12 Skrip memikat hati pelanggan pada video jualan Bab 13 Paparan visual produk dan perkhidmatan Bab 14 Video jualan cara Robert T Kiyosaki
Bahagian 4
Penyuntingan video jualan
Bab 15 Menukar format video pada kamera digital Bab 16 Suntingan mudah menggunakan Windows Movie Maker
Bahagian 5
Memuat turun video jualan ke Youtube
Bab 17 Memuat turun video jualan ke dalam YouTube Bab 18 Suntingan maklumat video jualan di YouTube Bahagian 6
Promosi Video Jualan dan jana wang
Bab 19 Promosi video jualan melalui blog Bab 20 Promosi video jualan melalui Tubemogul Bab 21 Promosi video jualan menggunakan Facebook Bab 22 Promosi video jualan melalui SMS Bab 23 Promosi video jualan melalui minisite Bab 24 Persembahan video jualan cara Hijrah Water Bab 25 SEO video jualan hari ini
Bahagian 7
Lampiran
Bab 27 Senarai semak bagi video jualan Bab 28 Kit perniagaan untuk perniagaan kecil
Bahagian 8
Biodata Advertorial
Youtube adalah laman web yang keempat paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jadi, adalah satu kerugian besar jika pengusaha bisnes di Malaysia mengabaikannya.
Melalui Youtube, kita boleh membuat duit hanya berbekalkan talian internet dan komputer. Bermula dari melancarkan video jualan, kita mampu meraih perhatian penontonnya. Seterusnya dengan teknik yang berkesan, mereka bertukar menjadi pelanggan pula.
Memuat naik video jualan ke laman Youtube tidaklah sesukar yang disangka. Mudah dan pantas. Namun, cabarannya adalah memastikan video jualan itu benar-benar berkesan, tepat pada sasaran, dan mencapai misi utama.
Melalui buku ini, kita akan didedahkan dengan:
Persediaan untuk merancang dan merakam video jualan. Ciri-ciri video yang paling berkesan untuk promosi. Kaedah penyuntingan video jualan. Cara teknikal menaikkan video ke dalam Youtube. Strategi meningkatkan penonton video jualan.
Oleh itu, usahawan, penyedia servis, penulis blog, malah sesiapa saja yang berminat untuk buat duit dengan Youtube, wajib membaca buku ini.
Zamri Mohamad adalah seorang penulis bebas dan sering menganjurkan seminar teknik penulisan. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau mengaplikasikan Youtube untuk mempromosikan seminar penulisan beliau. Buah fikiran beliau boleh dibaca melalui blog www.ZamriMohamad.com
Nabi Daud pakar bertukang besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh hebat membangun kapal. Manakala Nabi Isa pula pandai ilmu perubatan. Siapa sangka nabi dan rasul utusan terakhir merupakan insan paling unggul dalam pengurusan bisnes, Muhammad bin Abdullah SAW. Berketurunan Quraisy yang bermaksud ‘hartawan’.
Jejak Bisnes Rasul, mengajak kita meneropong sejarah tinggalan Muhammad SAW melalui dimensi bisnes. Kita boleh merenung semula cara mengurus manusia dan bisnes yang klasik dan malar segar sepanjang zaman.
Prakata Resume Muhammad bin Abdullah
BAHAGIAN 1 Segalanya Bermula Di Sini Jejak 1. Pembinaan Diri Nabi Sebagai Usahawan Jejak 2. Bagaimana Nabi Membangun Prospek
BAHAGIAN 2 Pengurusan Cara Nabi Jejak 3. Pengurusan Strategik Rasulullah Jejak 4. Bagaimana Nabi Mengurus Mesyuarat Jejak 5. Mengurus Masa Optimum Jejak 6. Strategi Perjanjian Hudaibiyah
Jejak 7. Pengurusan Hutang Menurut Islam Jejak 8. Nabi Mengurus Risiko Jejak 9. Strategi Penjimatan Semasa Krisis Jejak 10. Nabi Mengurus Tekanan Perasaan (Stress) dan Kesihatan
BAHAGIAN 3. Perhubungan Awam (PR) Gaya Rasulullah Jejak 11. Nabi Mencipta Pengaruh Jejak 12. Komunikasi Mesra Nabi Jejak 13. Nabi Mengurus Perhubungan Awam (PR)
BAHAGIAN 4. Pemasaran Muhammad Jejak 14. Konsep Pemasaran Jejak 15. Segmentasi Pasaran Jejak 16. Berlainan Menurut Islam Jejak 17. Promosi Ala Rasulullah Jejak 18. Nabi Memilih Strategi Menyerang (Offensive Strategy) Jejak 19. Nabi Membina Pertahanan (Defensive Strategy) Jejak 20. Pemasaran Internet Jejak 21. Jualan Kombat (Combating Sale) Jejak 22. Strategi Perang Khalid Al-Walid Jejak 23. Pasaran Global
BAHAGIAN 5. Persaingan Zaman Nabi Jejak 24. Kompetensi Zaman Nabi Jejak 25. Nabi Memilih antara Dua Umar Jejak 26. Khidmat Pelanggan Jejak 27. Nabi Memimpin Inovasi
BAHAGIAN 6. Penjenamaan Menurut Sunah Jejak 28. Muhammad dalam Melakukan Positioning Jenama Jejak 29. Nabi Melakukan Positioning Pemimpin Jejak 30. Penjenamaan Global
BAHAGIAN 7. Nabi dan Sumber Manusia Jejak 31. Nabi Mengurus sumber Manusia Jejak 32. Strategi Penetapan Gaji Jejak 33. Mencipta Identiti dan Budaya Kerja Jejak 34. Memahami Kepelbagaian Budaya
BAHAGIAN 8. Rakan Strategik Pilihan Nabi Jejak 35. Outsourcing cara Rasulullah Jejak 36. Strategi Memilih Rakan Niaga
BAHAGIAN 9. Tanggungjawab Sosial (Corporate Social Responsibility-CSR) Jejak 37. Harta yang Wajib dibelanjakan Jejak 38. Kuasa Seribu Dinar Jejak 39. Halal dan Haram dalam Bisnes Jejak 40. Al-Quran Memerangi Riba
Lebih dari 1400 tahun dahulu telah menjelma seorang pemimpin yang diakui paling unggul dan berwibawa dalam sejarah hidup manusia. Pengaruh pemimpin ini diiktiraf oleh cendekiawan Barat sebagai yang paling terserlah pernah wujud di muka bumi ini.
Pemimpin agung yang dimaksudkan ini ialah Muhammad S.A.W.
Sebagai seorang negarawan, hakim, imam, peniaga, panglima, bapa, pekerja dan pendakwah, personaliti baginda tidak mempunyai tolok bandingnya. Justeru itu, adalah cukup memberangsangkan apabila baginda dijadikan contoh ikutan.
Buku ini membincangkan kepimpinan baginda secara holistik dalam konteks pengurusan dan pentadbiran. Sebagai contoh terpuji, segala aspek perlakuan dan pencapaian baginda harus dipelajari dan diikuti. Aspek akhlak dan sahsiah baginda dikupas dan dibincang.
Buku ini mengandungi beberapa bahan latihan yang menjurus kepada penghayatan dan kefahaman mengenai kepimpinan secara syumul. Buku ini amat berguna sebagai bahan rujukan di dalam bengkel atau seminar pengurusan dan pentadbiran.
Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop
MYR
34.00
Pengarang Zamri Mohamad
ISBN 978-967-369-040-4
Penerbit PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2010, Edisi Pertama, 256 muka surat
Harga RM 34.00
Kandungan
Bahagian1 : Cari idea jadi peniaga di internet 01 Cari idea bisnes blog shop 02 Awal Jana idea bisnes cara Abraham Maslow 03 Pilih dan jual produk
Bahagian 2 : Buka pintu blog shop dengan Google 04 Dapatkan kunci pintu kedai kita sebelum berniaga
Bahagian 3 Bina blog shop, kedai pertama kita 05 Mengapa berblog shop menggunakan Blogger 06 Melihat peta asas blog shop 07 Buka blog shop pertama anda 08 Tulis entri produk 09 Masukkan foto produk ke dalam entri 10 Pilih foto yang sesuai 11 Masukkan video produk ke dalam blog shop 12 Paparkan video yang dapat menjual 13 Ulang pengenalan ringkas pada setiap entri 14 Papar entri blog mengikut tarikh berbeza 15 Label mudahkan carian produk 16 Gantung papan kedai di hadapan pintu masuk blog shop 17 Segerakan kepercayaan pelanggan kepada kita 18 FAQ menaikkan keyakinan pelanggan membeli 19 Agihkan kerja kepada rakan niaga dan pekerja 20 Jadikan pelanggan selesa membeli
Bahagian 4 Mudahkan pesanan produk dan perkhidmatan 21 Beri borang pesanan yang mesra anda mesra pelanggan 22 Hasilkan dan sebarkan borang pesanan pelanggan
Bahagian 5 : Mudahkan paparan imej produk dan perkhidmatan 23 Tambah fungsi imej produk cara slaid
Bahagian 6 Menulis iklan jualan yang mempengaruhi pelanggan 24 Jadikan pelanggan berasa dirinya nombor satu 25 Gunakan testimonial yang menjual dan tidak membunuh
Bahagian 7 Simpan senarai pelanggan setia 26 Mendapat maklumat produk umpama surat daripada posmen 27 Emelkan sekaligus entri blog 28 Emel pengesahan langganan pemikat hati pelanggan 29 Hantar emel blog shop pada waktu menggembirakan 30 Tingkatkan imej emel blog shop 31 Gunakan Feedburner memantau pelanggan 32 Mudahkan pelanggan melihat entri blog shop 33 Khabarkan entri-entri blog yang hangat
Bahagian 8 Promosi blog shop kepada orang ramai 34 Bertukar link blog shop dengan peniaga blog shop lain 35 Capai bakal pelanggan menggunakan Google Blog Search 36 Kekal jadi peniaga blog shop disukai ramai
Bahagian 9 Bicara semangat niaga 47 Cas kuasa fitrah dalam perniagaan
Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagimengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat:
- Tip praktikal memilih bisnes yang sesuai bermodalkan apa di tangan. - Jadikan pelanggan yakin dan suka dengan blog shop yang dihasilkan. - Teknik bina, urus dan kembangkan bisnes pada bila-bila masa.
Rahsia Bisnes Orang Cina
MYR
30.00
Pengarang Ann Wan Seng
ISBN 983-3376-92-4
Penerbit PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2010, 160 muka surat
Harga RM 30.00
Kandungan
Kejayaan bangsa Cina dalam bisnes sering menjadi misteri. Apakah kekuatan bangsa ini? Dari mana sumber ilmu mereka? Ada penulis yang memanggil jaringan bisnes mereka sebagai 'The Bamboo Network'.
Prakata 1. Sejarah Bisnes Orang Cina 2. Dunia Bisnes Orang Cina 3. Falsafah Bisnes Orang Cina 4. Konsep Bisnes Orang Cina 5. Prinsip Bisnes Orang Cina 6. Budaya Bisnes Orang Cina 7. Sistem Bisnes Orang Cina 8. Seni Bisnes Orang Cina 9. Amalan Bisnes Orang Cina 10. Etika Bisnes Orang Cina 11. Rahsia Bisnes Orang Cina 12. Petua Bisnes Orang Cina 13. Kejayaan Bisnes Orang Cina 14. Bakat Bisnes Orang Cina 15. Kemahiran Bisnes Orang Cina 16. Psikologi Bisnes Orang Cina 17. Pemikiran Bisnes Orang Cina 18. Adat Bisnes Orang Cina 19. Pantang Larang Bisnes Orang Cina 20. Lokasi Bisnes Orang Cina 21. Strategi Bisnes Orang Cina 22. Jaringan Bisnes Orang Cina 23. Berniaga Cara Orang Cina 24. Sikap Bisnes Orang Cina 25. Motivasi Bisnes Orang Cina 26. Politik Bisnes Orang Cina 27. Orientasi Bisnes Orang Cina 28. Matlamat Bisnes Orang Cina 29. Wawasan Bisnes Orang Cina 30. Warisan Bisnes Orang Cina 31. Tokoh Bisnes Orang Cina 32. Tip Bisnes Orang Cina Bibliografi Indeks
Buku menarik untuk mereka yang berminat menyingkap rahsia perniagaan cina.
Selama ini kita dihidangkan dengan kisah-kisah kejayaan masyarakat Cina dalam perniagaan. Tetapi kita jarang didedahkan dengan rahsia dan cara mereka berjaya. Rahsia Bisnes Orang Cina mendedahkan realiti, pantang larang, petua dan salah tanggapan masyarakat pada golongan ini. Orang Cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai bangsa Cina. Tetapi cara hidup yang dipraktikkan menjadikan mereka berjaya. Bagaimana?
Bersama kita membongkar rahsia kejayaan mereka melalui buku ini. Banyak teknik dan rahsia mereka dapat dipraktikkan supaya kita berjaya dalam bisnes.
Rumahku Ofisku
MYR
30.00
Pengarang Mazneera Zainal
ISBN 978-983-097-255-8
Penerbit GALERI ILMU SDN BHD
2010, Edisi Cetakan Pertama, 127 muka surat
Harga RM 30.00
Kandungan
Bagi wanita yang mahu menjadikan rumah sebagai 'pejabat', buku ini menawarkan tip dan panduan khusus yang digarap berdasarkan pengalaman penulis bekerja dari rumah semenjak 2003. Pelbagai panduan berguna diberikan dalam gaya bahasa yang santai:
- Tip pengurusan masa - Tip bekerja dikelilingi anak-anak kecil - Tip mengatasi tekanan dan rasa rendah diri -Tip berhadapan dengan cabaran dan kekangan bekerja dari rumah - dan banyak lagi
Bonus untuk pembaca:
Dapatkan idea-idea jenis kerjaya dan perniagaan yang boleh dilakukan di rumah berdasarkan pengalaman sebenar beberapa orang individu, termasuk tip memulakan perniagaan Internet dari rumah yang penulis sendiri ceburi.
Sembuhkan Virus-virus Bisnes
MYR
28.00
Pengarang Md. Ali Berahim
ISBN 978-967-5226-62-5
Penerbit PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2009, 160 muka surat
Harga RM 28.00
Kandungan
Daripada Pengarang
Bahagian 1 : Serba Ringkas Mengenai Perniagaan
Bab 1 Jenis-jenis Perniagaan
Bab 2 Pertumbuhan Perniagaan
Bab 3 Siapakah PKS?
Bahagian 2 : Masalah-masalah Perniagaan PKS
Bab 4 Masalah-masalah Umum
Bab 5 Masalah-masalah Khas
Bab 6 Cara-cara Mendapatkan Idea-idea dan maklumat-maklumat mengenai Masalah-masalah Khas;- 6.1 Pemerahan Otak 6.2 Pertanyaan “Lepas itu?” 6.3 Pertanyaan “Kenapa?”
Bahagian 3 : Menganalisis Masalah-masalah Khas
Bab 7 Analisis Rajah Tulang Ikan
Bab 8 Analisis Risiko-risiko Perniagaan dan Pengurusan
Bab 9 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman
Bab 10 Analisis Politik, Ekonomi, Sosial dan Teknologi
Bab 11 Analisis Campuran Pemasaran
Bab 12 Analisis Teras Kecekapan
Bab 13 Analisis Anjuran Jualan Unik
Bab 14 Analisis 5 Kuasa Pasaran
Bab 15 Analisis Faktor-faktor Kejayaan Kritikal
Bab 16 Analisis 7 Faktor Dalaman
Bab 17 Analisis Hubungan Pegangan Pasaran Dengan Pertumbuhan Pasaran
Bab 18 Analisis Hubungan Barangan Dengan Pasaran
Bab 19 Analisis Apa Yang Dulunya Baik
Bab 20 Kesimpulan
Ada pelbagai jenis masalah yang hadir sepanjang kita melakukan bisnes. Namun, ada satu jenis masalah yang dilihat biasa-biasa, tetapi berbahaya. Ia digelar Virus Bisnes, boleh merebak dengan perlahan dan dalam diam mengangkut masalah-masalah lain. Akibatnya, bisnes semakin tenat. H hingga ke satu peringkat, seluruh empayar menjadi lumpuh. Mujur kami ada penawarnya. Sembuhkan Virus-virus Bisnes, sebuah koleksi 13 teknik terbaik yang WAJIB dicuba oleh usahawan, tidak kira untuk bisnes yang besar, mahupun Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Terperinci, bermula dari mengenal pasti, menganalisis hingga menyelesaikan satu-persatu masalah sepanjang berbisnes. Md. Ali Berahim, namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan usahawan MARA. Sudah ramai usahawan yang berpotensi besar lahir hasil didikan beliau ketika bertugas sebagai pakar runding MARA berkaitan teknik penyelesaian masalah bisnes. Pengalaman beliau yang lalu sebagai Pegawai Pelaburan di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan sebagai Pengurus Cawangan salah satu bank terbesar di Malaysia selama 28 tahun, memantapkan buku ini. Kenali beliau, dengan mengenali pemikirannya.
Skali Lagi
MYR
30.00
Pengarang Tengku Farith Rithauddeen
ISBN 978-983-3586-96-7
Penerbit PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2008, 136 muka surat
Harga RM 30.00
Kandungan
Kandungan
Dedikasi
Pengenalan
Kata-kata Awal
Penghargaan
Prolog
Bab 1 Bertemu Bakal Rakan Kongsi
Bab 2 Bandar Raya Multimedia
Bab 3 Penubuhan SKALI
Bab 4 Masuk ke dalam Api
Bab 5 Menukar Model Perniagaan
Retrospektif
Bab 6 Cara-cara Bertahan dalam Bidang Perniagaan
Bab 7 Mencari Penyelesaian
Bab 8 Projek Mula Diterima
Bab 9 Mempunyai Rangkaian dengan Komuniti
Bab 10 Menggalakkan Keusahawanan Teknologi
Bab 11 Persediaan bagi Disenaraikan
Bab 12 SKALI Lagi...
Epilog
Indeks
Tengku Farith Rithaudden adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) SKALI dan bekas Presiden Persatuan Usahawan Tekno Malaysia ( TeAM).
Beliau memulakan kerjaya dengan menyertai sebuah bank pelaburan. kemudia berpindah ke sektor industri pembinaan sebelum menceburi bidang keusahawanan teknologi pada era 90-an.
Selepas melalui pelbagai pengalaman pahit manis dalam bisnes teknologi, beliau menghasilkan buku ini bagi berkongsi pengalamannya dengan usahawan-usahawan lain. Diharapkan kisah suka duka yang dialami oleh SKALI menjadi panduan dan inspirasi kepada usahawan lain, terutama mereka yang masih bekerja keras untuk berjaya dan juga bercita-cita menceburi bidang keusahawanan.
“… satu renungan yang jujur mengenai perjuangan usahawan tekno dalam perjalanan gila mengejar mimpi dotcom.”
Chris Chan Ketua Pegawai Eksekutif TMS Bhd
“Farith berkongsi pengalaman kumpulannya, kegagalan dan kejayaan dengan gaya yang mudah dan menghiburkan, menunjuk-kan komitmen beliau dalam membantu orang lain.”
Dato’ Nazir Razak Ketua Eksekutif Kumpulan, Kumpulan CIMB
The 21 Indispensable Qualities Of A Leader
MYR
40.00
Pengarang John C. Maxwell
ISBN 978-983-3586-88-2
Penerbit PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2008, Edisi Cetakan Pertama, 160 muka surat
Harga RM 40.00
Kandungan
Apakah yang menyebabkan orang mahu mengikut pemimpin? Apakah yang menyebabkan pengikut pemimpin sanggup bermati-matian untuknya, manakala pengikut pemimpin yang lain merungut-rungut mengikuti arahan pemimpin itu? Jawapan sebenarnya terletak pada sifat-sifat yang ada pada diri pemimpin itu. Buku ini ditulis bagi membantu menyedarkan anda berkenaan nilai-nilai yang perlu ada pada pemimpin, serta membantu anda menanam serta membentuk nilai-nilai itu dalam keperibadian anda. Supaya anda menjadi pemimpin yang lebih efektif dan disanjungi serta disayangi pengikut-pengikut anda.
Penghargaan Penterjemahan
Penghargaan Penulis Asal
Pengenalan
1 KARAKTER: Anda Perlu Cekal Seperti Batu
2 KARISMATIK: Kadangkala Pandangan Pertama Sudah Mencukupi
3 KOMITMEN: Membezakan Antara yang Melakukan dengan yang Hanya Berangan-Angan
4 KOMUNIKASI: Tanpanya, Anda Hanya Bergerak Seorang Diri
5 KECEKAPAN: Jika Anda yang Melakukannya, Mereka Pasti akan Mengikut
6 KEBERANIAN: Satu Orang yang Berani Sama dengan Sebuah Majoriti
7 KEBIJAKSANAAN: Tiada Lagi Misteri yang Tidak Dapat Diselesaikan
8 FOKUS: Semakin Tajam Fokus Anda, Semakin Tajam Kemahiran Anda
9 BERMURAH HATI: Cahaya Lilin Anda Tidak Malap Apabila Menyalakan Lilin yang Lain
10 INISIATIF: Tanpanya Anda Tidak Mungkin Keluar Dari Rumah
11 MENDENGAR: Bagi Menyentuh Perasaan Mereka, Gunakan Telinga Anda
12 KEGHAIRAHAN: Hargai Setiap Hari dalam Hidup Anda
13 SIKAP POSITIF: Jika Anda Percaya Anda Boleh, Anda Pasti Boleh
14 MENYELESAIKAN MASALAH: Jangan Biarkan Masalah Anda Menjadi Masalah
15 HUBUNGAN YANG BAIK: Jika Anda Mempunyai Hubungan yang Baik, Mereka akan Mengikut Anda
16 BERTANGGUNGJAWAB: Jika Anda Tidak Sanggup Memikulnya, Anda Tidak Layak Memimpin
17 BERPENDIRIAN TEGUH: Kecekapan Tidak Mungkin Dapat Menggantikan Keyakinan Diri
18 DISIPLIN: Orang Pertama yang Perlu Anda Pimpin adalah Diri Anda Sendiri
19 SEDIA BERKHIDMAT: Bagi Terus Maju, Dahulukan Orang Lain
20 KEMAHUAN HENDAK BELAJAR: Teruslah Belajar Supaya Dapat Terus Memimpin
21 VISI: Anda Tidak Boleh Kejar Apa yang Anda Tidak Dapat Lihat
Kesimpulan
Profil Penulis
Adakah anda mempunyai ciri-ciri pemimpin yang disayangi dan disanjungi pengikutnya? Apabila difikirkan kembali, adakah anda yakin anda mampu mencapai segala cita-cita dan impian anda? Inilah persoalan utama yang perlu dijawab sebelum anda dapat mencapai potensi diri anda yang sebenar.
Apabila membaca buku ini, anda akan mendapati bahasanya cukup mudah dan idea serta prinsip yang cuba disampaikan logik dan mudah difahami. Mungkin juga anda dapat habiskan membaca buku ini dalam sekali duduk sahaja. Jangan lakukan begitu! Buku 21 Kunci Pemimpin Efektif ini ditulis supaya anda dapat menghayati isi kandungannya dengan pendekatan yang sama seperti diambil oleh Bill Freeman: Secara strategik dan sistematik.
enulis mengesyorkan anda jadikan buku ini sebahagian daripada hidup anda buat seketika. Baca satu bab dan luangkan sedikit masa bagi memikirkannya. Gunakannya bagi mencerminkan diri dan orang sekeliling anda. Jika sifat yang anda sedang kaji itu memang kekurangan pada diri anda, luangkan sedikit masa bagi memperbaikinya sebelum anda beralih ke bab yang baru. Anda mungkin juga dapat mengulangi proses ini beberapa kali dalam setahun supaya sifat-sifat ini lebih sebati dengan peribadi anda.
Edisi Bahasa Melayu (21 Kunci Pemimpin Efektif)
The Art of Closing The Sale (Edisi Bahasa Melayu)
MYR
42.00
Pengarang Brian Tracy
ISBN 978-983-3586-19-6
Penerbit PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2009, Edisi Cetakan Pertama, 224 muka surat
Harga RM 42.00
Kandungan
Pengarang mengemukakan koleksi teknik mengunci jualan yang sudah teruji keberkesanannya. Antara teknik mengunci jualan yang menarik di dalam buku ini adalah teknik ‘lipat maut’, teknik ‘jualan terlepas’ dan teknik ‘angkat kaki’. Teknik mengunci jualan yang digunakan bagi menjual binatang kesayangan (pet) juga amat berkesan. Antara contoh menarik yang dikemukakan adalah bagaimana syarikat Canon menguasai pasaran mesin fotokopi di Amerika Syarikat.
Selain itu, pengarang mendedahkan 11 punca masa jurujual terbuang akibat kelemahan perancangan dan melaksanakan perancangan kerja. Antara cadangan menarik bagi menambah jualan adalah dengan teknik bertemu 100 orang pelanggan. Beliau mengemukakan bukti menarik mengapa teknik ini bertujuan mendengar rungutan dan bebelan pelanggan, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil jualan.
Buku ini mampu menjadi antara bahan rujukan mandatori dalam koleksi perpustakaan jurujual yang cemerlang.
Pengantar Penterjemahan
Pengenalan: Meruntuhkan Tembok Penghalang Kejayaan dalam Jualan
Membina Personaliti Jurujual yang Hebat Psikologi Mengunci Jualan Cara Menangani Bantahan Teknik Mengunci Jualan yang Berjaya 1 Teknik Mengunci Jualan yang Berjaya 2 Gandakan Produktiviti, Gandakan Pendapatan Penutup
Profil Penulis Program Bimbingan Lanjutan dan Mentoring
The Psychology of Selling (Edisi Bahasa Melayu)
MYR
51.00
Pengarang Brian Tracy
ISBN 978-983-3586-87-5
Penerbit PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2008, Edisi Cetakan Pertama, 256 muka surat
Harga RM 51.00
Kandungan
Tingkatkan jualan anda lebih cepat dan mudah daripada apa yang anda sangkakan. Kejayaan pasti menjadi milik anda! Itulah janji yang sentiasa dipenuhi oleh Brian Tracy berulang-ulang kali. Makin ramai wakil jualan menjadi jutawan selepas mendengar dan mempraktikkan idea-idea beliau berbanding mereka yang hadir ke latihan jualan yang dianjurkan oleh pihak lain. Buku ini bertujuan memberi pelbagai idea, kaedah, strategi dan teknik yang dapat anda cuba serta-merta bagi membuat lebih banyak jualan dengan cepat dan mudah.
Prakata Penterjemah Pengantar Penterjemah Pengenalan BAB 1: Rahsia Kerjaya Jurujual BAB 2: Tetapkan dan Capai Sasaran Jualan BAB 3: Sebab apa Pelanggan Membeli BAB 4: Menjual secara Kreatif BAB 5: Dapatkan Lebih Banyak Temu janji BAB 6: Kuatnya Pengaruh Suasana BAB 7: Membuat Jualan BAB 8: 10 Tip Menjual yang Berjaya Program Mentoring dan Bimbingan Lanjutan Menentukan Hala Tuju Utama Profil Penulis
Buku ini bertujuan memberikan panduan mengenai idea, strategi, dan teknik yang dapat digunakan serta-merta bagi meningkatkan jualan dengan lebih cepat dan mudah. Dalam halaman yang berikut ini kita dapat belajar cara menjadi lebih produktif dalam bidang jualan yang kita ceburi. Kita akan belajar cara meningkatkan jualan serta pendapatan dengan dua, tiga malah empat kali ganda, dalam jangka masa beberapa bulan sahaja, malah mungkin beberapa minggu sahaja. Buku ini adalah versi teks yang ditulis daripada program pita rakaman (program audio) mengenai bidang jualan yang bertajuk The Psycholoy of Selling (Psikologi Menjual) yang terbukti berjaya di peringkat antarabangsa. Sejak diterbitkan, program itu diterjemah dalam 16 bahasa dan digunakan oleh 24 negara. Ia adalah program jualan profesional yang paling laris dalam sejarah.
Buku ini ditulis untuk membantu usahawan dan peniaga Melayu agar lebih maju dalam perniagaan. Buku ini perlu dibaca oleh usahawan dan bakal usahawan kerana:
- membincangkan langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan untuk berjaya.
- membincangkan aspek kesalahan dan kelemahan yang perlu diambil berat oleh peniaga.
- memberi idea dan panduan praktik kepada peniaga.
- memberi panduan untuk menjadi usahawan yang cemerlang.
- mendidik usahawan menjadi usahawan yang cemerlang dunia dan akhirat.