Kegagalan adalah cabaran. Cabaran hendaklah diatasi dengan kebijaksanaan. Kebijaksanaan ditangani dengan sabar.
Badrul Bambi
MYR
30.00
Pengarang Raihani Mohd. Saaid
ISBN 9789834472603
Penerbit Rumah Buku Rania
2009, Edisi Pertama, 161 muka surat
Harga RM 30.00
Kandungan
‘’Raihani Mohd. Saaid merupakan penulis dari angkatan generasi baru yang ditandai oleh kemunculan Zaen Kasturi, Hizairi Othman, Faisal Tehrani, SM Zakir, Mawar Shafei, Nisah Haron, dan beberapa lagi yang lain, yang telah membawa nada baharu yang sesungguhnya diketahui amat segar dalam jalur perkembangan kesusasteraan Malaysia…’’ -Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin-
‘’Yang ada dalam antologi ini semuanya diikat halus oleh satu tema iaitu siasah. Peranan siasah dalam pembangunan seni ada dalam Pentas Kirana, Peran Teraju, Seniman Rajemee dan Mencantum Kolaj, misalnya. Siasah dalam peristiwa sejarah mahupun semasa dalam Sidang Tetamu Pulau, Badrul Bambi, Surat Untuk Ris, Cinta Di Gemalasari, Ideal Cinta Melayu dan Jauhari Si Jebat. Malah dalam cerpen bonus saya, Badrul Bambi II turut saya selitkan perkembangan siasah yang tidak dapat dielakkan dari mengusik kreativiti para sasterawan…’’ -Raihani Mohd. Saaid-
Mengapa kumpulan cerpen ini dipanggil Kumpulan Cerpen 10+1?
Buku ini mengandungi 11 buah cerpen yang ditulis oleh Raihani sejak tahun 1997 di mana 10 buah darinya ialah cerpen yang pernah diterbitkan di beberapa penerbitan besar dan memenangi beberapa sayembara penulisan. Tetapi terdapat sebuah cerpen bonus, eksklusif untuk kumpulan ini sahaja, iaitu Badrul Bambi II.Cerpen Badrul Bambi II belum pernah diterbitkan di mana-mana dan merupakan cerpen mutakhir Raihani.
Kumpulan cerpen ini harus anda miliki kerana tiada kisah kahwin cerai, masak-memasak atau jahit-menjahit dari seorang penulis wanita. Sebaliknya banyak cerpen yang memfokuskan kisah seputar dunia teater, filem dan siasah tanah air.
Di Dadanya Kalam Tuhan
MYR
30.00
Pengarang Ibnu Ahmad Al-Kurauwi
ISBN 9789834602918
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2009, Edisi Pertama
Harga RM 30.00
Kandungan
Tidak sampai lima tahun selepas menyertai bengkel penulisan cerpen anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) awal September 2004, Ibnu Ahmad Al-Kurauwi sudah mampu menghasilkan 20 cerpen yang melayakkannya memiliki kumpulan Di Dadanya Kalam Tuhan. Hal begini diperakui jarang terjadi. Namun bagi penulis muda ini tiada perkara mustahil. Ke bulan pun manusia boleh jejak, inikan pula sekadar melahirkan sebuah kumpulan cerpen dalam waktu yang relatif singkat. Perjalanannya menyusuri aspal kreatif kelihatan begitu mudah; lepas satu, satu batuan dilangkau. Namun demikian sebagai penulis bercita-cita besar; saya yang melihat pertumbuhan dan perkembagan penulis gigih ini, amat berkeyakinan perjalanan yang bakal dilaluinya masih jauh dengan cabaran semakin sengit, sementara Ibnu Ahmad al-Kurauwi akan terus gagah dan gigih menghadapi selagi cita-cita jadi penulis ternama membara dalam dada seninya - Zaharah Nawawi
Jalan Jauh Ke Ramallah
MYR
30.00
Pengarang (Penyelenggara) Fazleen Razali dan Rebecca Ilham
ISBN 078-983-41715-9-9
Penerbit eSastera Enterprise
2007, Edisi Pertama, 232 muka surat
Harga RM 30.00
Mekar Sakura di Mimbar Cinta
MYR
25.00
Pengarang Ilham Hamdani
ISBN 978-983-3603-82-4
Penerbit PTS Millennia Sdn Bhd
2007, 190 muka surat
Harga RM 25.00
Kandungan
Buku ini adalah antologi cerpen yang berlatarbelakangkan negara Matahari Terbit. Peluang melanjutkan pelajaran di negara yang terkenal dengan bunga sakura ini mengukir 1001 kenangan dan pengalaman buat pelajar Malaysia ini. Pelbagai konflik dan pertembungan antara dua budaya berlaku sepanjang kehidupannya di negara Jepun.
1) Air Mata Seorang Gigolo 2) Cinta Maisarah Sufiah 3) Gugurnya Sakura Putih 4) Jalur-jalur Pelangi 5) Kembara Kenangan di Sakura, Kembara Tangisan di al-Quds 6) Mamaku Seorang Jepun 7) Mekar Sakura Di Mimbar Cinta 8) Mencari Pembuka Kota 9) Pada Awan Langit Chiba 10) Sakura, Antara Dua April 11) Segeralah Merdeka 12) Sungai Sakura Mengalir Damai 13) Wardah Ain Salsabila
Buku ini adalah antalogi cerpen yang berlatarbelakangkan negara Matahari Terbit. Peluang melanjutkan pelajaran di negara yang terkenal dengan bunga sakura ini mengukir 1001 kenangan dan pengalaman buat pelajar Malaysia ini. Pelbagai konflik dan pertembungan antara dua budaya berlaku sepanjang kehidupannya di negara Jepun.
"Nur Hana Kimura?" Hati berbicara sendiri. Sudah lama gadis ini tidak mengutusi aku surat, menjadi aku terlalu rindu. Mungkin kesibukan membataskannya, sama seperti aku yang mengharung hari-hari yang sibuk. Solat sudah menjadi sulam; kenangan dan penghambaan.
"Aku tidak suka pada Islam! Islam ganas! Islam terror! Islam jahat! Berambus engkau dari sini, aku tidak suka dengan orang Islam. Kelak nanti, aku pula menjadi mangsa keganasan engkau, berambus engkau!"
Aku diam membungkam. Sepatah pun tidak bersuara, membiarkan gadis itu menang dalam emosi agama. Sedang nasihat mama pantas bergema di cuping selalu menyebut, anak rantau ibarat resmi padi, hidup menunduk dan berbakti. Aku cuma membalas dengan sebuah senyuman!
—Gugurnya Sakura Putih--
"Saya mencari pembuka! Saya mencari penakluk! Saya mencari al-Fatih!" Saya terus menjerit, meluntang-lantung meredah lautan manusia yang duduk tercatuk-catuk di sana sini. Sesekali manusia yang melaut itu menoleh-noleh pada saya. Memandang sinis. Membeliakkan anak mata. Menjuih hujung bibir. Saya tidak kisah — saya mencari seorang pemuda pembuka kota!
KLCC, mercu tanda berkembar negara ini umpama sepasang batu nisan yang berbicara. Kesantunan sudah nazak, kemanusiaan menanti saat untuk ditalkin! KLCC, tubuh berkembar yang pernah mengungguli menara tertinggi dunia ini sedang bercahaya dengan hiasan-hiasan neon, sedang khalayaknya ramai-ramai berlumus dengan onar dan mukah.
"Apakah kalian kenal akan al-Fatih, anakandanya Sultan Murad?"
15 buah cerpen terpilih garapan peulis muda Malaysia yang sedang menuntut di luar negara.
Mou Sumi
MYR
42.00
Pengarang Ahkarim
ISBN 978-967-5043-13-0
Penerbit eSastera Enterprise
2009, Edisi Pertama, 276 muka surat
Harga RM 42.00
Kandungan
"Kumpulan cerpen ini ialah sebuah karya yang kuat. Bahasa dan olahannya kemas dan menarik. Tema dan pemikiran yang dibawa cukup berkesan. Banyak pengalaman tentang dunia kepegawaian yang sangat menarik dan jarang terdapat dalam karya lain. Tahniah kepada eSastera dan Ahkarim."
-- Kata Pengantar oleh S.M. Zakir
Mou Sumi, jika burung di awan tahu apa itu kejelitaan, pasti mereka berhenti terbang dan hinggap di bahumu. Jika angin faham apa itu kecantikan, aku pasti semua berhenti meniup dan datang memuput lembut pipimu. Mou Sumi, jika laut terlihat wajahmu dan faham erti cinta, mereka tidak lagi memadu kasih dengan pantai. Mou Sumi, tahulah secantik-cantik wanita di awan ketika ini adalah kau.
Namaku Epal Kuning
MYR
42.00
Pengarang Roslan Jomel
ISBN 978-983-46-0566-7
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2010, Edisi Cetakan Pertama, 328 muka surat
Harga RM 42.00
Kandungan
1. Namaku Epal Kuning
2. Cerita Tentang Penulis Cerita
3. Apakah Yang Kaucari, Rizal?
4. Puan Magnolia
5. Hari Emak Saya Dinaikkan ke Angkasa
6. Belilah Sebuah Rumah Baharu
7. Lelaki dalam Tin
8. Perkahwinan di Hujung Runcing Bumbung Zink
9. Mengapa Saya Dipanggil Sampah
10. Pencari Syurga
11. Lelaki Ahli Sihir Tua
12. Tuan Presiden Belayar dengan Kapal Hantunya
13. Lelaki Romantik
14. Sambungkan saya ke Langit
15. Jerusalem Baharu
16. Lelaki Tua Berseluar Pendek
17. Lelaki Dengan Sebelah Kepala
18. Lelaki Cantik Tidak Pernah Berpakaian
Biodata
Nasib
MYR
20.00
Pengarang Zaharah Nawawi
ISBN 978-983-62-9868-3
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2009, Edisi Cetakan Ketiga, 126 muka surat
Harga RM 20.00
Kandungan
Nasib merupakan kumpulan 15 buah cerpen pilihan Zaharah Nawawi dengan keragaman tema dan persoalan dan dengan cara penyampaiannya yang menarik. Bahasanya yang mudah difahami dapat menimbulkan kesan yang mendalam kepada pembaca. Nada sindiran dan kritik sosial penulis terhadap masyarakat terserap jelas dalam setiap tindakan watak yang sekali gus mencerminkan ketajaman penanya sebagai sasterawan dan wartawan.
Salju Jabal Musa
MYR
20.00
Pengarang Amiza Khusyri Yusuf, Fahd Razy, Ghafirah Idris, Ida Munira Abu Bakar, Nimoiz T.Y.
ISBN 983-41715-2-8
Penerbit eSastera Enterprise
2005, Edisi pertama
Harga RM 20.00
Kandungan
15 cerpen berkualiti tinggi yang semuanya telah disiarkan di media perdana.