Aku tak mahu wang jadi halangan walaupun aku tak punya wang untuk mengembara. Kalau aku asyik fikirkan tentang wang, sampai bila-bila pun aku takkan keluar mengembara. Aku harus langar semua halangan.
Aku tarik nafas panjang-panjang dan aku berbisik di dalam hati, Rock n' roll!
Akulah Perempuan Muda Itu
MYR
25.00
Pengarang Shaira Amira
ISBN 978-983-43868-2-5
Penerbit Sang Freud Press
2009, Edisi Pertama, 84 muka surat
Harga RM 25.00
Kandungan
Buku Akulah Perempuan Muda itu adalah himpunan puisi seorang perempuan muda, Shaira Amira, yang lahir melalui konsepsi imakulat di sebuah negeri jauh satu waktu dulu. Puisi Poket adalah satu usaha untuk mengambalikan puisi kepada yang hak, yakni kau dan aku. Cukup kacip dan comel untuk disumbat di dalam kocek, ia sesuai dibawa dan dibaca di mana-mana; sewaktu menunggu kawwan karib di elarti, sewaktu naik elarti bersama kawan karib dan selepas menyalakan rokok di belukar bawah landasan elarti setelah habis berbincang bahasa tubuh dengan kawan karib.
Puisi Poket 1: Akulah Perempuan Muda itu oleh Shaira Amira diterbitkan oleh Sang Freud Press.
Buku ini adalah sebuah Puisi Poket...kecil dan comel, bisa muat ke dalam poket anda!
Aweks KL
MYR
25.00
ISBN 983-42555-1-9
Penerbit Stormkitchen
2008, Edisi Pertama, 138 muka surat
Harga RM 25.00
Kandungan
27SX: Untuk Minda Matang Sahaja!
Aweks KL ialah koleksi penulisan bahasa Melayu (dan beberapa kerat puisi bahasa Inggeris) yang majoritinya ditulis perempuan Melayu. Cerpen-cerpen dan puisi-puisi dalam antologi ini mengizinkan kita imbasan selayang pandang minda perempuan Melayu kontemporari yang, seperti sekilas peha, selama ini terpinggir ke belakang masyarakat, seperti anak-anak yang hanya boleh dilihat tapi tak mahu didengari.
Dua Lauk
MYR
30.00
Pengarang D'ianadi & Taf Teh
ISBN 978-983-43868-1-8
Penerbit Sang Freud Press
2009, 79 muka surat
Harga RM 30.00
Kandungan
Aku tiba di hadapan 7Eleven. Budak-budak Melayu beruniform merah bergurau senda gembira di kaunter. Seronok ya, dik, dapat kerja dalam ekon?
ELARTI : Penulisan Suara Baru Kontemporari
MYR
25.00
Pengarang Hasil karya penulis bebas yang rata-rata merupakan nama besar dalam dunia blogger
ISBN 983-44039-0-4
Penerbit Stormkitchen
2008, Edisi Pertama, 96 muka surat
Harga RM 25.00
Kandungan
(27sx: sesuai untuk minda matang sahaja)
Kasut Biru Rubina
MYR
25.00
Pengarang Sufian Abas
ISBN 978-983-43868-0-1
Penerbit Sang Freud Press
2008, Edisi Pertama, 96 muka surat
Harga RM 25.00
Kandungan
Seorang wanita bangun dari tidur tanpa tubuh. Seorang budak lelaki cuba meniti keperitan alam kedewasaan bila haiwan mini mula keluar dari anusnya. Apa yang akan anda lakukan jika malaikat terlupa membawa unikon untuk harijadi anak perempuan anda? Dan apakah semua kasut jahat, atau hanya yang biru saja?
Watak2 dalam Kasut Biru Rubina mahu hidup dalam kehidupan biasa. Tapi yang luar biasa berlaku. Pendek, mengejutkan dan penuh penipuan yang hanya boleh lahir dari akal seorang penipu surat berantai Nigeria, cerpen Sufian Abas adalah snapsyot yang menerangkan keanehan dalam dunia yang wujud dalam mimpi ngeri kita.
Kasut Biru Rubina adalah sebuah himpunan cerpen pop berbahasa Melayu. Diilhamkan dari konsep sastera pakaibuang (disposable literature) yang dipelopori penulis Yahudi kelahiran Vienna, Hermann Broch, ia diharap dapat menghiburkan pembaca dalam beberapa waktu mereka terperangkap di latar urban ini (misalnya ketika di dalam elarti, tatkala menunggu awek/balak, sewaktu menanti azan sebelum berbuka atau menunaikan solat dsb). Selepas dibaca ia bolehlah dibuang atau lebih afdal lagi didermakan kepada mereka yang dahagakan bahan bacaan tapi tak mahu terjerumus dalam pembacaan remeh seperti membaca tanda jalan, kotak konflek, notis dari jawatankuasa kampung, majalah mangga, atau surat pemberhentian kerja.
Apa itu Liberalisme? Kenapa ia merupakan falsafah ekonomi politik terbaik? Mengapa ia lebih dapat menjamin keselamatan warga? Bagaimana ia berperanan dalam pembentukan masyarakat bebas yang kemudiannya membentuk pula Negara makmur dan sejahtera? Bagaimana pula ia membantu membasmi kemiskinan? Buku ini menampilkan jawapan-jawapan ringkas dan padat bagi pertanyaan di atas selain menjernihkan salah faham berleluasa tentang sistem pasaran bebas (sering disebut secara tidak tepat sebagai “ Kapitalisme”).
Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca
MYR
25.00
Pengarang Sufian Abas
Penerbit Sang Freud Press
2009, Edisi Pertama, 82 muka surat
Harga RM 25.00
Kandungan
Manusia dalam himpunan cerita ini dingin-dingin belakakerna hati mereka sudah hangus dek api berani yang meluluh segala isi dalaman diri hingga yang tinggal hanya lohong kosong seluas bima sakti.
Dunia kini gurun, pari-pari rupa-rupanya kertas, si buta memimpin si tempang, inilah apokaliptika perasaan yang paling lazat.
Nyaman Si Puding Roti
MYR
25.00
Pengarang Cikha Sidinaali
ISBN 978-983-43868-5-6
Penerbit Sang Freud Press
2010, Edisi Cetakan Pertama, 85 muka surat
Harga RM 25.00
Kandungan
"Mungkin juga ada debu-debu magik dalam kocek baju..."
Orang Macam Kita
MYR
30.00
Pengarang Azwan Ismail & Diana Dirani
ISBN 9789834484569
Penerbit Matahari
2010, 226 muka surat
Harga RM 30.00
Orang Macam Kita ialah sebuah antologi cerpen dan esei mengenai seksualiti alternatif di Malaysia. Seksualiti alternatif boleh di ertikan sebagai homoseksual, biseksual, transeksual, transgender dan dwikelamin. Ini termasuklah gay, lesbian, tomboy, mak nyah dan khunsa. Label-label sebegini mungkin tampak sensasi atau klinikal. Namun cerita-cerita dan kajian-kajian di dalam buku ini mungkin mendedahkan sisi lain, yakni sisi alternatif, daripada tanggapan yang sedia ada. Orang Macam Kita memuatkan 25 karya dengan gaya dan pendekatan yang berbeza-beza: kisah cinta dan penerimaan yang mencuit, cerita pendedahan yang dramatik, kajian mengenai media, sastera dan filem; dan ada yang melayang jauh ke alam surreal. Kepelbagaian ini turut diraikan; tepuk dada tanyalah selera!