Pengarang Irwan Abu Bakar, Hasimah Harun (Penyelenggara)
ISBN 983-2858-04-6
Penerbit kAPAS Enterprise
2003, Edisi pertama, 164 muka surat
Harga RM 15.00
Kandungan
99 buah puisi yang telah dinilai dan disaring oleh penyair mapan untuk ke peringkat akhir Anugerah Penyair Alam Siber 2003.
Ditulis oleh 38 orang penyair mapan dan baru, termasuk Irwan Abu Bakar, Hasimah Harun, Arisel Ba, Amaruszati Noor Rahim, Anbakri, Ida Munira Abu Bakar, Jimadie Shah, Lutfi Ishak, Mohd Dahri Zakaria, Nilamsuri, Nimoiz T.Y, Raja Rajeswari, dan Uthaya Sankar.
Doa Penyair
MYR
10.00
Pengarang Mohd. Dahri Zakaria (Penyelenggara)
ISBN 983-41715-5-2
Penerbit eSastera Enterprise
Harga RM 10.00
Kandungan
Mengandungi 23 puisi pilihan yang dijadikan teks majlis baca puisi. Termasuk "Suara Dari Dinding Madrasah" oleh SN A. Samad Said dan teks penuh "Gurindam 12" oleh Raja Ali Haji.
Antara penulis lain yang karyanya terdapat dalam antologi ini ialah Dinsman, Irwan Abu Bakar, Anbakri, Ahkarim, Airmas SZ, dan Mohd. Dahri Zakaria.
Ekstasi Cinta
MYR
32.00
Pengarang S. Iqram
ISBN 978-967-5043-30-7
Penerbit eSastera Enterprise
2012, Edisi Pertama, 120 muka surat
Harga RM 32.00
Fosil
MYR
21.00
Pengarang Amirul Fakir
ISBN 983-43022-1-5
Penerbit Penerbitan Suarasuara
2006, Edisi pertama, 51 muka surat
Harga RM 21.00
Gelodak
MYR
18.00
Pengarang Dinsman, Razali Endun (Penyelenggara)
Penerbit Pikir
2003, Edisi pertama
Harga RM 18.00
Jalan Baru
MYR
27.00
Pengarang Nimoiz T.Y.
ISBN 983-41715-3-9
Penerbit eSastera Enterprise
2005, Edisi Pertama, 160 muka surat
Harga RM 27.00
Kandungan
100 buah puisi Nimoiz T.Y, termasuk puisi "Jalan Baru" yang memenangkan penulisnya Anugerah Penyair Alam Siber 2003.
Jalan Baru ialah koleksi puisi oleh penulis remaja Nimoiz T.Y, 23 tahun. Judul buku ini diasaskan kepada salah sebuah puisi di dalamnya yang telah memenangkan penulisnya anugerah Penyair Alam Siber 2003 dalam Hadiah eSastera.com pada tahun itu. Nimoiz T.Y juga merupakan pemenang anugerah Penyair Alam Siber 2004.
Puisi di dalam buku ini didahului oleh Kata Pengantar yang ditulis oleh penyair Irwan Abu Bakar selaku Penasihat kepada penerbit Esastera Enterprise. Irwan berpendapat bahawa buku ini ialah satu permulaan ke arah karier yang gemilang untuk penulisnya dalam arena kesusasteraan Melayu baru.
Prakata buku ini ditulis oleh sarjana Rusia, Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev. Pogadaev menyatakan bahawa melalui buku ini, Nimoiz menampilkan diri sebagai sasterawan yang cukup matang dengan visi dan intonasi sendiri. Menurutnya, Nimoiz ialah sasterawan yang tidak puas dengan apa yang telah dicapainya dan mencari jalan baru. Tambahnya lagi, kemunculan buku ini mengetengahkan Nimoiz sebagai penyair Malaysia berbakat baru.
Kumpulan ini merupakan koleksi 100 buah puisi pilihan daripada lebih 500 buah sajak yang telah dihasilkan oleh Nimoiz T.Y sejak berumur 17 tahun hingga kini, termasuk sajak patriotisme dan sajak jenaka. Antara sajak-sajak ini ada yang pernah dimuatkan dalam antologi bersama, pernah tersiar di pelbagai penerbitan media cetak arus perdana, dan di alam siber. Ada yang pernah memenangi hadiah di peringkat nasional, misalnya sajak "PC, IT, dan Penyair Siber" yang telah menang hadiah dalam Peraduan Puisi Sains KaryaNet 2004 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kasmaran Cinta dan Sepotong Roti Bakar
MYR
32.00
Pengarang Marzuki Ali
ISBN 978-983-46-0707-4
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2011, Edisi Cetakan Pertama, 212 muka surat
Harga RM 32.00
Kandungan
Kumpulan puisi Kasmaran Cinta dan Sepotong Roti Bakar menghimpunkan sejumlah 138 buah puisi Marzuki Ali yang merupakan hasil rakaman rasanya terhadap kehidupan yang dilaluinya sepanjang pengembaraannya ke luar negara.
Puisi-puisinya memancarkan ekspresi penyair yang pelbagai dalam melahirkan perasaannya tentang cinta, kehidupan, kasih sayang dan keindahan budi sesama manusia.
Perasaan tulus yang wujud dalam diri seseorang tidak mungkin sama indahnya dengan ranjau kehidupan yang harus diharungi. Kasmaran Cinta dan Sepotong Roti Bakar menyajikan kisah yang biasa dilalui oleh sesiapa saja yang mencari erti ketulusan cinta dan kemanisan sebuah kehidupan.
Kata Kata Hati
MYR
18.00
Pengarang Raja Ahmad Aminullah (Ed.)
ISBN 983-43022-4-X
Penerbit Penerbitan Suarasuara
2006, Edisi pertama, 50 muka surat
Harga RM 18.00
Katahati
MYR
28.00
Pengarang Raja Ahmad Aminullah (Ed.)
ISBN 983-43022-3-1
Penerbit Penerbitan Suarasuara
2006, Edisi pertama, 134 muka surat
Harga RM 28.00
Kotak-Kotak Demokrasi
MYR
29.00
Pengarang N. Faizal Ghazali
ISBN 978-967-5043-19-2
Penerbit eSastera Enterprise
2011, Edisi Pertama, 101 muka surat
Harga RM 29.00
Menyarung Jiwa
MYR
120.00
Pengarang Raja Ahmad Aminullah
ISBN 983-1010-63-9
Penerbit Pustaka Cipta
2004, Edisi pertama, kulit keras, 261 muka surat
Harga RM 120.00
Kandungan
Penulis mula menulis pada tahun 1972, tetapi kerana beberapa sebab, sajak-sajak yang ditulis sejak itu disimpan, dipendamkan di bawah kulit waktu yang pandai menutup semuanya dari pandangan. Sajak-sajak ini melakarkan suatu ruang perjalanan yang luas, dan rangka waktu yang tidak pula sempit. Satu lagi keistimewaan penulis ialah hakikat bahawa beliau dapat melahirkan kata hati dalam dua bahasa. Kadang-kadang suatu bahasa itu lebih lancar pada suatu masa, dan penyair cepat meraih bahasa itu sebagai alat terdalamnya. Dalam keadaan begini, bahasa itu mengalir dengan lebih alamiah. Sajak-sajak ini juga adalah kata-kata langsung dari hati dan jiwa penyair. Penyair bukan sahaja menyemak masyarakat dan umat manusia, tetapi beliau juga penyemak diri-pembaca mengikut liku desakan diri dalaman penyair supaya mendefinisi diri dalam dunia yang kacau dan huru-hara.
Pendatang Malam
MYR
12.00
Pengarang Ida Munira Abu Bakar
ISBN 983-41715-0-1
Penerbit eSastera Enterprise
2004, Edisi pertama, 76 muka surat
Harga RM 12.00
Puisi Melayu Puisi Dunia
MYR
42.00
Pengarang Ahmad Kamal Abdullah (Penerima S.E.A. Write Award)
ISBN 978-983-46-0638-1
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2011, Edisi Cetakan Pertama, 357 muka surat
Harga RM 42.00
Kandungan
Prakata Simbol Alam dalam Puisi Kabir, Tagore dan Penyair Melayu
Puisi Melayu Mutakhir di Tengah-tengah Puisi Dunia: Sebuah Landskap Bisu?
Usman Awang dan Faiz Ahmed Faiz: Antara Romantisme dan Vitalisme
A.S. Amin dan Pablo Neruda: Sang Imagis Menggapai Damai
A. Samad Said dan G.P. Vimal: Mengunyah Kepedihan Hidup
Muhammad Haji Salleh dan Ai Qing: Realisme, Citra Kerakyatan dan Kebijaksanaan
Latiff Mohidin dan F. Garica Lorca: Menghadapi Sepi, Sang Maut, dan Puitika
Baha Zain dan Wole Soyinka: Antara Seni, Perlawanan dan Futirisme
T. Alias Taib dan W.S. Merwin: Surealisme, Alam, dan Jiwa Ketimuran
Anis Sabirin dan Chamnongsri L. Rutnin: Dimensi Keindahan dan Akliah Wanita Baru
Siti Zainon Ismail dan Kazuko Shiraishi: Cinta Berahi Wanita Asia
Zurinah Hassan, Rasiah Halil dan Dorothea Rosa Herliany: Kewanitaan, Tradisi dan Moden
Tentang Penulis Indeks
Sajen
MYR
26.00
Pengarang Irwan Abu Bakar, Hasimah Harun (Penyelenggara)
ISBN 983-2858-03-8
Penerbit kAPAS Enterprise
2003, Edisi Ke-1, 118 muka surat
Harga RM 26.00
Kandungan
Contoh sajen:
SIAPA PERDANA MENTERI
Suatu hari, mengikut cerita, PM melawat hospital orang gila
tidak tahulah pula saya PM Malaysia yang mana
seorang pesakit mendekati PM lalu PM bertanya, "Siapakah anda?"
dijawab oleh pesakit itu, "Saya orang gila dan anda pula siapa?"
"Saya PM Malaysia," jawab PM dan tiba-tiba
orang gila itu merapati PM dan berbisik ke telinganya
"Jangan kata begitu tuan, takut didengar orang.
Begitulah dahulu yang saya kata
maka saya ditangkap dan dipaksa
tinggal di sini."
Satu-satunya buku sajak jenaka dalam bahasa Melayu setakat ini. Karya penulis mapan dan baru. Mendapat sambutan hangat pembaca.
Semelar
MYR
17.00
Pengarang Irwan Abu Bakar
ISBN 983-2858-02-X
Penerbit kAPAS Enterprise
2003, Edisi kedua, 143 muka surat
Harga RM 17.00
Taman Percakapan
MYR
27.00
Pengarang Shamsudin Othman
ISBN 983-62-9247-0
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2006, Edisi Cetakan Pertama, 140 muka surat
Harga RM 27.00
Tanah dan Darah
MYR
32.00
Pengarang Arbak Othman
ISBN 978-967-5521-18-8
Penerbit Nusabuku Enterprise
2011, Edisi Cetakan Pertama, 137 muka surat
Harga RM 32.00
Kandungan
KANDUNGAN
Warkah Penyair
bahasa melayu di sini bertuah suasana perempuan hujan dan angin perempuan ii bahasa kata orang itu hujan malam kisah gadis setia tanah sisi-sisi lain dari adam dan hawa sepi sumur hutan kayu pohon dan manusia kuntum-kuntum bunga sepah anak: apakah boleh tidak sengaja? air, angin dan api selekohan matahari harimau tak'kan termampu bahumu menanggung? kelemahan sendiri