Melihat anak-anak terkurung di dalam rumah tingkat 11 bak sarang merpati, timbul rasa terkilan. Damai yang dikecap sebagai sebahagian hidup semasa di Ireland dulu, janjinya tinggal janji. Bukanlah kerana rumah tidak berjiran dengan taman. Sulitnya adalah pada masa dan kesempatan. Keluar pagi balik malam, suasana kerja mencuri masa pergi begitu sahaja. Hujung minggu pula terpaksa dibahagi antara kerja isteri di hospital, dengan jadual ceramah dan mesyuarat.
Betapa mahalnya setiap hujung minggu untuk anak-anak membesar damai dengan ibu, bapa dan Allah Pencipta melalui damai taman dan alam sekitar sentuhan-Nya. Di mana janji untuk berdamai di taman… mendekati Dia pada ciptaan langsung-Nya yang kaya.
Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.
Alexander Adalah Zulqarnain
MYR
47.00
Pengarang Muhammad Alexander
ISBN 978-967-5137-81-5
Penerbit PTS Islamika
2010, Edisi Terbitan Pertama, 727 muka surat
Harga RM 47.00
Kandungan
Pendahuluan
BAB 1: Alexander The Great Di Dalam Tafsir Al-Quran
BAB 2: Alexander The Great di dalam Teks Yunani-Rom Kuno
BAB 3: Nama Alexander Dicemari
BAB 4: Para Penguasa Dunia (1010 – 330sm) Menjelang Kedatangan Alexander The Great
BAB 5: Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj dan Makjuj
BAB 6: Oasis Monoteisme di Tengah-Tengah Gurun Tandus Paganisme Yunani
BAB 7: Peringkat Awal Kempen Pembebasan Alexander: Yunani Menentang Parsi
BAB 8: Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem
BAB 9: Pengembaraan Alexander Membebaskan Mesir (Barat)
BAB 10: Pembebasan Alexander The Great ke Arah Timur
BAB 11: Alexander Memasuki Lembah Fergana di Asia Tengah
BAB 12: Alexander Bertemu Bangsa Cina Nomad di Lembah Fergana
BAB 13: Konflik Dalaman Alexander dan Penganut Paganisme Yunani 633
BAB 14: Jawapan kepada Tuduhan
Penutup "Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)
Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'
Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.
Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.
Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.
Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem * Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.
Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009).
ARMAGEDDON 2012
MYR
43.00
Pengarang Muhammad Alexander
ISBN 978-967-5137-99-0
Penerbit PTS Islamika
2010, Edisi Pertama, 560 muka surat
Harga RM 43.00
Kandungan
BAB 1: Filem 2012
BAB 2: Kalendar dan Ramalan Kaum Maya
BAB 3: Tompok Matahari, Perubahan Kutub Magnetik Bumi & Konfigurasi Planet
BAB 4: Tarikh Kiamat: Kultus yang Meramal Tarikh Kiamat dan Kejadian Bunuh Diri Beramai-ramai
BAB 5: Rekrontruksi Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat
BAB 6: Kemunculan Dajal dalam Tempoh 40 tahun: Dajal Membuat Kerosakan di Bumi
Bab 7: Hentaman Meteor Besar pada Bulan Ramadan: Asap Tebal Memenuhi Bumi
BAB 8: Tempoh 40 hari Dajjal: Asap itu membuat dahi Dajal tertulis “Kafir”
BAB 9: Nabi Isa Turun Ketika Asap Menyelimuti Bumi
BAB 10: Hentaman Meteor Merosakkan Teknologi: Yakjuj Makjuj Keluar Semula
BAB 11: Matahari Terbit dari Barat: Pintu Taubat Tertutup
BAB 12: Angin Lembut Mencabut Roh Orang Beriman
BAB 13: Kiamat Besar: Kehancuran Alam Semesta
BAB 14: Astronomi dalam al-Quran
BAB 15: Kronologi Kiamat Berdasarkan al-Quran
BAB 16: Kiamat Fasa 1: Sangkakala Pertama Ditiup: Gelombang Dahsyat
BAB 17: Kiamat Fasa 2: Langit Bergoncang dan Terbelah
BAB 18: Kiamat Fasa 3: Supernova Mega
BAB19: Kiamat Fasa 4: Bencana Dahsyat Di Bumi
BAB 20: Kiamat Fasa 5: Kematian Seluruh Manusia
BAB 21: Sangkakala Kedua Ditiup: Seluruh Manusia Berkumpul di Padang Mahsyar
BAB 22: Persamaan dan Perbezaan Antara Filem 2012 dengan kenyataan al-Quran dan Hadis
Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.
Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.
Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).
Info Penulis
Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander lahir pada 13 April 1972 di Bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia hasil perkahwinan pasangan suami isteri Dr. Monadi Rustamadji dan Tampi Sriasturi. Dunia menulis sudah bermula sejak berusia 16 tahun di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 3 Malang dalam bentuk puisi-puisi (1984). Kemudian, pada usia 22 tahun (1994), beliau dilantik menjadi Ketua Umum Majalah Kampus Solid di Universiti Brawijaya yang terletak di Bandar Malang. Kemampuannya dalam bidang penulisan diasah ketika mengikuti pengajian M.A di Institut Teknologi Sepuluh November (ITS), Surabaya. Beliau menyelesaikan pengajian peringkat B.A. dalam bidang Seni Bina daripada Universiti Brawijaya (UniBraw), Malang pada tahun 1996. Kemudian, beliau menyelesaikan pengajian peringkat M.A. dalam bidang Housing & Urban Planning daripada ITS Surabaya pada tahun 2001. Kini, beliau dalam proses dalam menyelesaikan PhD dalam bidang Urban Housing di ITS. Kini, beliau menjadi pensyarah tetap di Universiti Brawijaya. Beliau juga banyak menghasilkan banyak kertas kerja dan buku-buku kajian seperti Armageddon: Antara Petaka dan Rahmat, Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung dan Alexander adalah Zulqarnain.
Belajar Romantis
MYR
30.00
Pengarang Zainuddin Qasim
ISBN 978-967-5515-05-5
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
2010, Edisi Pertama, 208 muka surat
Harga RM 30.00
Kandungan
Wanita memang sering mempesona dengan penampilannya. Namun, apabila seorang lelaki menjadi begitu mempesonakan isterinya, tentu ada banyak kejutan dalam sifat, tingkah laku dan keperibadiannya. Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah kenikmatan dan sebaik-baiknya kenikmatan dunia adalah wanita yang solehah.”
Wanita adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang unik. Lebih sukar menyelami perasaan wanita, dan kedalaman potensi diri mereka berbeza menilai harga emas atau memilih-milih durian yang berkualiti. Sebagaimana perasaannya yang sukar diketahui, wanita juga menyimpan potensi yang boleh membentuk dua kemungkinan berbeza.
Pertama, menjadi manfaat kepada orang yang di sekitarnya. Kedua, menjadi bencana dan malapetaka bagi setiap orang yang hidup berinteraksi dengannya. Apabila seorang wanita menyelimuti dirinya dengan pelbagai perkara yang dapat memelihara potensi dirinya agar tidak berkembang menjadi sumber bencana lalu menghiasi diri dengan pelbagai perkara yang dapat menghalang kemampuannya memberikan yang terbaik, maka dia akan menjadi anugerah kepada sesiapa sahaja terutama kepada suaminya.Ketika itulah, dia dapat disebut sebagai WANITA SOLEHAH. Kesolehannya diukur bukan berdasarkan seberapa khusyuk ketika solatnya atau seberapa banyak ayat al-Quran yang dibaca pada setiap harinya. Tetapi diukur dengan seberapa besar dia mampu mengendalikan diri agar menjadi yang terbaik bagi sesiapa sahaja dan segala itu hanya dapat dicapai dengan berpegang pada aturan dan bimbingan Yang Maha Kuasa melalui penerapan ajaran-ajaran Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW.
Wanita memang sering mempesona dengan penampilannya. Namun, apabila seorang lelaki menjadi begitu mempesonakan isterinya, tentu ada banyak kejutan dalam sifat, tingkah laku dan keperibadiannya. Apabila pesona itu hanya daripada ketampanannya, daya pesonanya tentu akan biasa-biasa sahaja.Dia akan menjadi suami tampan yang membuat kecemburuan kawan-kawan wanita isterinya. Tidak lebih daripada itu. Sekiranya lebih, hanya ada pada kecemasan seorang isteri apabila seorang suami membuat maksiat. Tetapi apabila pesona itu lahir daripada keperibadian yang ditempa dengan didikan Ilahiyyah dengan petunjuk wahyu, dia akan menjadi suami yang luar biasa. Kesempurnaan memang hanya milik Allah SWT. Walaupun mustahil untuk sempurna, suami dengan daya yang mempersona seperti itu pasti akan membuatkan isterinya tidak keruan, ingin selalu berdampingan dengannya, rindu ketika berjauhan, mengharapkan suami sentiasa di sampingnya dan berhasrat seandainya mereka berdua boleh bergandingan bersama sebagai suami isteri di akhirat kelak.
Aduhai suami, aduhai isteri, melangkahlah ke alam rumah tangga dengan romatis, gapailah reda Allah sebanyak-banyaknya mudah-mudahan kalian akan terus bahagia hingga ke alam sana.
Bercinta Sampai Ke Syurga
MYR
39.00
Pengarang Hasrizal Abdul Jamil
ISBN 978-983-097-230-5
Penerbit GALERI ILMU SDN BHD
2009, 286 muka surat
Harga RM 39.00
Kandungan
Mengandungi kisah alam rumah tangga dan nasihat yang tersendiri - menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah; kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap!
1 Baju Pengantin Fatimah 2 Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan Anting-anting Puterinya 3 Hadiah Mahal Nabi Muhammad untuk Yahudi 4 Nabi Muhammad dengan Doktor Kristian 5 Nabi Muhammad dengan Yahudi Gunung 6 Khalifah Abu Bakar dengan Wangnya 7 Khalifah Umar dengan Aduan Yahudi 8 Khalifah Umar dengan Teguran Rakyat 9 Roti Khalifah Umar bin Khatab 10 Khalifah Umar bin Aziz dengan Pelitanya 11 Khalifah Umar bin Aziz dengan Jubahnya 12 Khalifah Harun al-Rasyid dengan Gurunya 13 Bilik Tidur Nabi Muhammad 14 Baju Khalifah Abu Bakar 15 Menantu Khalifah Muawiyah 16 Khalifah Usman bin Affan dengan Hutangnya 17 Kalung Wanita Pertama 18 Khalifah Harun al-Rasyid dengan Sedekahnya 19 Khalifah Umar bin Khatab Mengejar Lembu 20 Etika Menyambut Ketua Negara 21 Gaji Khalifah Umar bin Khatab 22 Nabi Muhammad dengan Tenteranya 23 Pinjaman Orang Israel 24 Khalifah Makmun dengan Pengkritiknya 25 Jubah Wanita Pertama 26 Nabi Muhammad dengan Dosa Pengikutnya 27 Khalifah Umar bin Aziz dan Dasar Sosialnya 28 Janji Khalifah Malik bin Marwan 29 Khalifah Umar bin Khatab dengan Duta Iraq 30 Nabi Muhammad Memilih Idea 31 Nabi Muhammad dengan Ali 32 Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan Janjinya 33 Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan Sebiji Epal 34 Gabenor Hamid bin Saad dengan Hutangnya 35 Nabi Muhammad sebagai Panglima Perang 36 Gabenor Amru bin Ash dengan Tanah Yahudi 37 Junaid dengan Hartawan 38 Sultan al-Khadawi dengan Perdana Menterinya 39 Gabenor Salman dengan Peniaga Syam 40 Laith bin Saad dengan Madunya 41 Nabi Muhammad dengan Tilamnya 42 Gabenor Said bin Amir dengan Bajunya 43 Mufti Sultan Salim Khan 44 Hadiah Abdullah bin Jaafar kepada Hamba 45 Nabi Muhammad Meminang Wanita Cemburu 46 Khalid al-Walid adalah Si Pedang Allah 47 Menu Harian Khalifah Umar bin Abdul Azizi 48 Wanita Pertama 49 Nabi Muhammad dengan Kaum Buruh 50 Sulaiman bin Mehran dengan Kambing Sakitnya 51 Nabi Muhammad dengan Hak Kanak-kanak 52 Qais bin Saad dengan Hutang Sahabatnya 53 Talhah bin Ubaidullah dengan Saudaranya 54 Abu Umar Membeli Kambing 55 Kasih Tuhan 56 Nabi Muhammad dengan Tetamunya 57 Sejengkal Lebih Dekat ke Syurga 58 Nabi Muhammad sebagai Peniaga 59 Telinga Gabenor Yasir bin Amar 60 Gabenor Salman Farisi dengan Rumah Barunya 61 Khalifah Uthman bin Affan dengan Hakimnya 62 Anak Lelaki Khalifah Umar bin Khatab 63 Gabenor Miqdad bin Amru 64 Gabenor Muaz bin Jabal 65 Gabenor Said bin Amir dengan Elaunnya 66 Isteri Khalifah Menjadi Bidan 67 Nabi Muhammad dengan Orang Hulu 68 Khalifah Umar bin Khatab dengan Peminum Arak 69 Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan Kertas Kerajaan 70 Genius Khalifah Umar bin Khatab 71 Baju Khalifah Umar bin Khatab
Fauzul Na’im Ishak dilahirkan di Batu Gajah, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Telok Kechai, Kuala Kedah, Kedah Darul Aman sebelum ke Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan.
Kemudian melanjutkan pelajaran ke Pusat Asasi Sains Hayat Universiti Malaya. Seterusnya keu sarjana Muda Kejuruteraan Letrik, Universiti Malaya.
Seorang yang bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan semasa di peringkat universiti.
Sekarang memegang jawatan sebagai pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd, ahli Kumpulan Syarikat PTS.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sg. Pinang, Klang. Beliau adalah pengarah urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan ketua pengarah di ETC Communications Sdn. Bhd.
Engkau Memang Cantik
MYR
25.00
Pengarang Burhan Sodiq
ISBN 978-983-44746-9-0
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
Harga RM 25.00
Kandungan
Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya. Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.
Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.
Hal itu tentu saja menggelisahkan hati dan mengundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk member kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.
Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak professional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik lainnya.
Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah islam pada masa yang akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, ditangan siapakah kejayaan islam ini akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.
I Love You Too
MYR
32.00
Pengarang Hj Badrul Hisham Shari
ISBN 978-983-097-223-7
Penerbit GALERI ILMU SDN BHD
2009, 200 muka surat
Harga RM 31.00
Kandungan
TENTANG PEREMPUAN
SKETSA 1 Kenapa Tak Kahwin-kahwin Lagi?
SKETSA 2 Sukarnya Mencari Khadijah!
SKETSA 3 ‘Audition’ Calon Suami
SKETSA 4 Wanita Super
SKETSA 5 Penghargaan Buat Ibu dan Isteri
TENTANG LELAKI
SKETSA 6 Yang Bernama Lelaki a.k.a Suami
SKETSA 7 PANBUSEN Panaskan Rumah Tangga
SKETSA 8 If Anything Happen to Me …
SKETSA 9 Sporting Si Luncai Moden
TENTANG ZURIAT
SKETSA 10 Transfer Tanggungjawab Tak Semudah Transfer Akaun
SKETSA 11 Mari Cermin Muka Kita
SKETSA 12 Kenalah Jadi Role Model
SKETSA 13 Cerita 2 x 5 = 10
SKETSA 14 Melaburlah Demi Akhirat
SKETSA 15 Pendidikan Seks di Rumah
SKETSA 16 Anak Kita Buat Apa Tu?
SKETSA 17 Penyakit ‘Kerenah Budak Besar’ Sudah Mari!
SKETSA 18 Episod Kejar-Mengejar
SKETSA 19 Ikan Masak Fried Chicken
SKETSA 20 Budak-budak Inilah Harapan Kita
SKETSA 21 Duty Ibu Bapa Tak Pernah Ada Off
SKETSA 22 Harga Rindu Orang Tua
IKLIM RUMAH TANGGA
SKETSA 23 Suami-suami Hebat Akhir Zaman
SKETSA 24 Dia Tenang, Engkau Pun Tenang
SEKTSA 25 Ragam Romantis Emak dan Ayah
SKETSA 26 Perang di Rumah: Siapa Nak Menang dan Siapa Menang?
SKETSA 27 Wang Besar Wang Haram
SKETSA 28 Ke Mana Hilang Special Service Isteri?
MENCARIK ADAT
SKETSA 29 Terbalik Pula Jadinya!
SKETSA 30 Kenapa Lelaki Patut Suka Pada Aku?
SKETSA 31 Bikin Bakal Mentua Cair
SKETSA 32 The Making of … ‘Cerita Tentang Kahwin’
SKETSA 32 Nak Sebut Sayang Pun Malu
MEMAKNAKAN IBADAH
SKETSA 34 Jalan Short Cut ke Syurga
SKETSA 35 Post-mortem Amalan
SKETSA 36 Aduh! Macam Mana Kita?
SKETSA 37 Cincai Dalam Taubat
SKETSA 38 Ada Hati Nak Masuk Syurga
SKETSA 39 Mengejar ‘Mata Ganjaran’ Manusia
SKETSA 40 Score Penalty Semasa Ramadan
SKETSA 41 Pergi Mungkin Tak Kembali
SKETSA 42 Jangan Usung Guni Bocor, Pahala Tak Dapat Dosa Berterabur! Merupakan sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu!
Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan.
Keagungan Tamadun Islam
MYR
27.00
Pengarang Ahmad Yahya
ISBN 078-967-5249-04-4
Penerbit Anbakri Publika
2009, Edisi Pertama, 192 muka surat
Harga RM 27.00
Kandungan
Pandangan Sisi oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Buku ini menyorot penggelapan fakta yang dibikin oleh musuh-musuh Islam demi memadamkan kegemilangan jasa tokoh-tokoh intelektual dan pejuang Islam. Ini adalah sebuah jenayah intelektual.
Buku ini merakam semula sebuah penulisan yang meminda rekod-rekod lampau yang telah dikhianati. Buku ini telah membuktikan jasa dan komitmen para cendekiawan Islam terhadap penciptaan tamadun mulia.
Rupa-rupanya terlalu banyak ketidakjujuran yang tercetus sepanjang tempoh mendokumentasikan sejarah dunia.
Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat
MYR
25.00
Pengarang Abdul Shukur Haron & Annual Bakri Haron
ISBN 978-967-5249-06-8
Penerbit Anbakri Publika
2009, Edisi Pertama, 122 muka surat
Harga RM 25.00
Kandungan
Buku ini bebas merdeka dari sebarang hal-hal keduniaan. Ia cuma bertolak dari kesedaran untuk membelek rekod lama demi membuat penilaian prestasi ke atas seorang ulama.
Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia
MYR
30.00
Pengarang Danny Lim
ISBN 9789834359652
Penerbit Tak berkenaan
Harga RM 30.00
Kandungan
Tajuk asal: The Malaysian Book of The Undead
Penterjemah: Ahmad Kamal Abu Bakar Penerbit: Matahari Books
Buku berfakta ini merupakan 'ensaiklopedia kecil' mengenai hantu-hantu dan roh-roh yang dipercayai oleh semua kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli.
Antara hantu dan makhluk yang dibincang ialah Pontianak, Bunian, Churel, Datuk Gong dan Moyang Katak. Termasuk ilustrasi.
Komunikasi Intim
MYR
23.00
Pengarang Abdullah Hassan & Ainon Mohd.
ISBN 983-192-004-X
Penerbit PTS Paperback
2005, 204 muka surat
Harga RM 23.00
Kandungan
Panduan interpersonal untuk menjalin hubungan persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang yang memuaskan.
Daripada Pengarang
1. Cinta Daripada Kaca Mata Lelaki 2. Cara Lelaki Menyatakan Cintanya 3. Menambat Hati Lelaki 4. Lelaki Mementingkan Kedamaian 5. Mengurut Ego Lelaki 6. Memuji Lelaki 7. Menghormati Lelaki 8. Erti Cinta Lelaki 9. Keselamatan Emosi 10. Mencipta Iklim Bahagia 11. Sikap Mengatasi Kerupawanan 12. Kejelitaan Sosial 13. Mencipta Komunikasi Positif 14. Memuaskan Pasangan 15. Bergosip-gosip Tanda Bahagia 16. Menilai Pasangan 17. Memahami Jiwa 18. Pasangan yang Puas 19. Pengakuan Jujur boleh Menikam 20. Bersahabat dengan Pasangan 21. Cinta Romantis 22. Perubahan Cinta Lelaki 23. Mengubah Sikap 24. Kualiti Berkomunikasi 25. Memuaskan Hati Pasangan 26. Mengubah Tingkah Laku 27. Hadiah Ulang Tahun 28. Merajuk 29. Mengongkong Lelaki 30. Komunikasi Masalah 31. Konflik yang Tidak Mungkin Selesai 32. Isu-isu yang Tidak Ketara 33. Menghukum Perangai Buruk 34. Apabila Lelaki Mendiamkan Diri 35. Teknik Bertengkar 36. Bahaya Suka Menang 37. Menyimpan Dendam 38. Bahaya Sindiran 39. Berleter 40. Menasihati Lelaki 41. Menegur Kesilapan 42. Tunjuk Pandai 43. Bersungut dan Merungut 44. Kata-kata Kejam 45. Komplen dan Kritik 46. Penafian Halus 47. Menegur Kesilapan Lelaki 48. Keganasan Mulut 49. Panduan Bertengkar 50. Mengapa Lelaki Membisu 51. Panduan Berdamai 52. Apabila Suami Berkahwin Lagi 53. Tanda Awal Tidak Puas Hati
Buku ini ditulis dengan tujuan khusus iaitu bagi menerangkan aspek-aspek yang penting dalam komunikasi perhubungan yang rapat atau intim, seperti komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak, suami dengan isteri, rakan-rakan dengan rakan, juga antara kekasih dengan kekasih. Peri pentingnya kemahiran berkomunikasi sudah lama dibuktikan melalui pelbagai kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar-pakar psikologi perhubungan di mana masalah komunikasi menjadi salah satu daripada faktor-faktor utama yang menyebabkan perpisahan dan perceraian. Dalam konteks perkahwinan dua faktor lain yang penting ialah wang dan seks. Bagi wanita pula faktor komunikasi menjadi punca paling utama yang menyebabkan mereka berasa tidak puas hati dengan perkahwinan mereka.
Berdasarkan perkara inilah buku ini ditulis dengan cara yang mudah dibaca dan difahami oleh pembaca awam supaya isi kandungan mudah dijadikan panduan dalam kehidupan sehari-hari. Mudah-mudahan buku ini dapat dimanfaatkan dengan mudah oleh pembaca.
Kumpulan Esei Budayawan Bertindak
MYR
40.00
Pengarang Penyusun: Dinsman, Hasni Abas, A. Samad Said
Penerbit Seniman Paksi Rakyat
2010, Edisi Pertama, 217 muka surat
Harga RM 40.00
Kandungan
Apakah saudara sekelian percaya bahawa jika tiada gerakan menentang PPSMI itu, yang dilancarkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), tidak mengadakan perarakan yang disertai oleh puluhan ribu, dan ada yang mengatakan ratusan ribu jumlah pesertanya, PPSMI akan dimansuhkan? Ingat peristiwa dulu, setelah didesak oleh KPGMS dan setelah berlaku Peristiwa 13 Mei, baru kerajaan bertindak melaksanakan dasar pro-Perlembagaan, pro-Akta Bahasa, dan pro-bahasa kebangsaan.
L.I.N.E.
MYR
60.00
Pengarang Latiff Mohidin
ISBN 983-62-3837-9
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
1993, Edisi Bahasa Inggeris, 234 muka surat
Harga RM 60.00
Kandungan
Koleksi lukisan Latiff Mohidin berserta penerangan terperinci mengenai proses penciptaannya.
Amat sesuai untuk semua pencinta, peminat dan penggiat seni lukis tempatan dan antarabangsa. Edisi Bahasa Inggeris
(Harga Asal RM 75)
LANGIT ILAHI: Tuhan Tidak Lupakan Kita
MYR
36.00
Pengarang Hilal Asyraf
ISBN 978-983-097-215-2
Penerbit GALERI ILMU SDN BHD
2009, 224 muka surat
Harga RM 36.00
Kandungan
Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah yang ditempuh bagaikan badai yang bisa membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah.
Pernah juga terfikir betapa malangya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-Nya.
Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini mudah dihadam dan dihayati satu-persatu. Buku ini mengajak kita untuk kembali meraih kehebatan hamba bersama Tuhan, Pencipta Yang Maha Agung, kerana kita yakin Tuhan tidak pernah sesekali pun lupakan kita!
KANDUNGAN
Kita Makhluk Mulia Hidup Itu Anugerah Allah Kita Akan Kembali Bertemu-Nya Bertanam Di Dunia, Menuai Di Akhirat Matlamat Hidup Kita Ialah Ibadah Hidup Itu Seluruhnya Ibadah Hidup Ini Perlu Diisi Dengan Ibadah Untuk Kembali Ke Syurga Kita Punya Tempat Mengadu
Hamba Itu Perlukan Tuannya Allah Maha Mengetahui Apa Yang Baik Untuk Ciptaan-Nya Kita Lebih Kecil Daripada Kuman Hati Yang Hidup Mendorong Anggota Melakukan Kebaikan Hati Yang Hidup Mendorong Kita Ringan Beribadah Penyakit-Penyakit Hati Meragut Ketenangan Hati Yang Sakit Akan Membuahkan Penyakit Penyakit Hati Dapat Dirawat Dengan Amal Dugaan Hidup Menguji Iman
Syukur Dan Qana’ah Kunci Bahagia Marah Menyebabkan Akal Tidak Waras Kenal Allah Menjadikan Hati Lembut Ketenangan Itu Natijah Hubungan Baik Dengan Allah Nyahkan Kegelisahan Untuk Mengundang Ketenangan Kejahilan Memusnahkan Kebahagiaan Matlamat Yang Jelas Menghalang Putus Asa Carilah Bantuan Allah! Limit Manusia Masih Jauh Dunia Akhirat Tagihkan Ilmu 10 Sifat Peribadi Mukmin
Peribadi Dibentuk Dengan Membinaan Iman Iman Yang Benar Buahnya Amal Soleh Orang Beriman Tahu Nilaian Dunia Solat, Tapi Belum Bersolat? Cari Perisai Dengan Solat Solat Itu Lambang Ketaatan Ukhuwah Yang Benar Bawa Ingatan Kepada Allah Sahabat, Lidahnya Ringan Memberi Nasihat Kegagalan Akan Menambah Ilmu Untuk Lebih Berjaya Waktu Ialah Ubat Penyembuh Dan Racun Pembunuh Ayuh, Rancang Kematian!
Realistik Vs Idealisitik Dengarkanlah Bicara Orang Yang Telah Mati Inspirasi Dari Kisah Terdahulu Motivasi Dalam Sirah Sirah Mencorak Kehidupan Bermaruah Mencungkil Sirah Agar Bermakna Hidup Rasulullah Cerminan Wahyu Allah Mereka Telah Mentaati Allah Dan Berjaya Kisah Derhaka Buat Iktibar Islam: Kunci Kebahagiaan
Islam: Rahmat Sekalian Alam Islam: Mengangkat Martabat Manusiawi Islam Bermula Dengan Usul, Bukan Dengan Furuk Islam: Penyelasai Masalah Penyelesaian Islam Memberi Manfaat Kepada Seluruh Alam Jadikan Nilai Syarak Sebagai Neraca Petunjuk Pengalaman Bersama “Abang Besar” Pengalaman Bersama “Ayah” Dia Menyinarkan Qudwah Pengalaman Bersama Murabbi Pengalaman Bersama Veteran
Murabbi Cinta
MYR
36.00
Pengarang Hasrizal Abdul Jamil
ISBN 978-983-097-259-6
Penerbit GALERI ILMU SDN BHD
2010, Edisi Cetakan Pertama, 278 muka surat
Harga RM 36.00
Kandungan
Andai cinta ingin di bawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya? Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.
Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta.
Lautan api sanggup diranangi ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya.
Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.
Justeru dalam medan yang pelbagai itu, ustaz ini memperjuangkan cinta.
Cinta yang diteladani oleh seorang Nabi.
Seorang Murabbi, MURABBI CINTA.
Perkahwinan Melayu (Kulit Keras)
MYR
150.00
Pengarang Amran Kasimin
ISBN 983-62-3964-2
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
2002, Edisi Cetakan Pertama, 95 muka surat
Harga RM 150.00
Kandungan
Prakata Pendahuluan Penghargaan
1. Perkahwinan Melayu 2. Merisik dan Meninjau 3. Merasi 4. Melamar dan Meminang 5. Persiapan Menjelang Hari Perkahwinan 6. Gotong-royong Sebelum Hari Perkahwinan/Rewang 7. Bacaan Berzanji dan Persediaan Jamuan 8. Persiapan Sebelum Bersanding 9. Persandingan dan Upacara-upacara Selepasnya 10. Penutup
Senarai Ilustrasi Bibliografi Indeks Sebuah buku yang berkualiti tinggi, dalam edisi mewah (kulit keras dengan kertas berkualiti tinggi), lengkap dengan pelbagai ilustrasi menarik serta penerangan terperinci tentang Adat Perkahwinan Melayu.
Sesuai untuk semua yang berminat untuk mendalami adat resam orang Melayu serta menambah pengetahuan tentang adat dan budaya Melayu yang unik dan tersendiri.
Selembut Bicara
MYR
29.00
Pengarang Saridah Hamid
ISBN 978-983-192-138-8
Penerbit PTS Islamika
2006, 176 muka surat
Harga RM 29.00
Kandungan
Prakata Cerita 1 : Takut Seorang Wanita Cerita 2 : Wanita Miskin yang Kental Iman Cerita 3 : Dosa Besar Diampunkan Cerita 4 : Pelbagai sedekah Cerita 5 : Sedekah wanita Cerita 6 : Terima kematian anaknya Cerita 7 : Sabar Mengharungi Ujian Hidup Cerita 8 : Calon Isteri Idaman Cerita 9 : Balasan Orang Kedekut Cerita 10 : Tidak Harap Diampunkan Cerita 11 : Puisi Menghukum Pesalah Cerita 12 : Dayang yang Jahat Cerita 13 : Utamakan yang Memerlukan Cerita 14 : Peristiwa Menarik Cerita 15 : Tuah kerana Amanah Cerita 16 : Untung Berlipat Ganda Cerita 17 : Penjual Kain Berbau Harum Cerita 18 : Tahu Ajalnya Cerita 19 : Didiklah Anak Sembahyang Cerita 20 : Akibat Dengki Cerita 21 : Tidak Ada yang Mustahil Cerita 22 : Buhaisah yang Bijak Cerita 23 : Dengki Seorang Permaisuri Cerita 24 : Sederhana dalam Hidup Cerita 25 : Yukabid Ibu Penyayang Cerita 26 : Mata Berwarna Putih Cerita 27 : Wanita Tua Tidak Masuk Syurga Cerita 28 : Dosa Diampunkan Apabila Menyesal Cerita 29 : Seksaan Terhapus Berkat Selawat Cerita 30 : Sedekah kerana Allah Cerita 31 : Asiah yang Kuat Iman Cerita 32 : Akibat Sebar Fitnah Cerita 33 : Akibat Doa Ibu Cerita 34 : Balasan Sedekah Wanita Cerita 35 : Isteri Pekak, Buta dan Cacat Cerita 36 : Jadilah Orang Pemurah Cerita 37 : Jadi Anak yang Taat Cerita 38 : Pilih Suami Sendiri Cerita 39 : Asiah yang Penyayang Cerita 40 : Keteguhan Iman Sumaiyah Cerita 41 : Gadis Kecil dengan Raja Cerita 42 : Fatimah binti Khattab Merahsiakan Islamnya Cerita 43 : Jasa Seutas Rantai Cerita 44 : Si Dua Ikat Pinggang Cerita 45 : Syair Barirah Cerita 46 : Aishah Sabar Hadapi Tuduhan Palsu Cerita 47 : Ummu Sulaim yang Lantang Cerita 48 : Anak sedang tidur Cerita 49 : Siti Hajar Taat kepada Perintah Tuhan Cerita 50 : Ratu Balqis Akhirnya Islam Cerita 51 : Rabi'ah Anak Yatim Piatu Cerita 52 : Jodoh Safura dengan Musa
Melihat Asiah yang berdegil, Firaun mengarahkan pengawalnya mengikat Asiah pada beberapa pancang kayu kecil. Firaun berkata lagi kepada Asiah dengan nada amaran, Keluar kamu daripada agamamu! Asiah tetap dengan pendiriannya. Dia berkata tanpa rasa takut, Adakah kamu tahu nyawa saya dalam jagaan Allah? Sekiranya kamu potong tubuhku ini kepada beberapa bahagian, ia tidak menghilangkan cintaku kepada Allah.
U-TURN KE JALAN LURUS
MYR
36.00
Pengarang Zul Ramli M. Razali
ISBN 978-983-097-214-5
Penerbit GALERI ILMU SDN BHD
2009, 232 muka surat
Harga RM 36.00
Kandungan
Mencungkil rahsia di sebalik kitab himpunan Hadis Qudsi karangan Imam al-Ghazali, al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Buku ini menterjemahkan mutiara peninggalan Rasul itu dengan mengaitkan kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada mereka yang kadang-kala alpa tentang agama. Kealpaan yang mengheret kita ke jalan yang ‘mungkin’ lurus tetapi sebenarnya tidak betul!
“Penulis bijak menggabungkan unsur psikologi dan budaya beragama dalam bentuk penceritaan, nukilan dan kisah serta peringatan.” - DR ROBIAH K. HAMZAH Pakar Motivasi Dan Kaunseling Keluarga.
KANDUNGAN
PRAKATA MUKADIMAH
Mutiara 1: Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.
Mutiara 2: Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Mutiara 3: Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Tuhan.
Mutiara 4: Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.
Mutiara 5: Orang dungu hanya tahu setelah terkena.
Mutiara 6: Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.
Mutiara 7: Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.
Mutiara 8: Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.
Mutiara 9: Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.
Mutiara 10: Musuh ketat bagi terbaik adalah baik. Buat betul biar betul-betul.
Mutiara 11: Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!
Mutiara 12: Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.
Mutiara 13: Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.
Mutiara 14: Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.
Mutiara 15: Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.
Mutiara 16: Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun; tanpanya kita terus lena.
Mutiara 17: Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.
Mutiara 18: Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.
Mutiara 19: Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.
Mutiara 20: Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.
Mutiara 21: Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas !
Mutiara 22: Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.
Mutiara 23: Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.
Mutiara 24: Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.
Mutiara 25: Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah? Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.
Mutiara 26: Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal? Jawapannya: Sudut Pandangan!
Mutiara 27: Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.
Mutiara 28: Syukur andainya kita boleh bersyukur.
Mutiara 29: Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.
Mutiara 30: Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu, yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini; yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!
Mutiara 31: Puppet digerakkan oleh tali. Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup!
Mutiara 32: Seorang pendita menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat, ia menemuinya di puncak faham.
Mutiara 33: Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernah menipu.
Mutiara 34: Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.
Mutiara 35: Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.
Mutiara 36: Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.
Mutiara 37: Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil, anak benih dengan tanah, perancangan dengan menuliskannya.
Mutiara 38: Sedetik menoleh kepada Allah, baru tersedar bahawa selama- lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.
Mutiara 39: Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberian Tuhan.
Mutiara 40: Inginkan Tuhan adalah naluri terindah.