Dugong Senyum melakarkan drama hidupnya di blook ini dengan jujur. Kejujuran itulah menjadikan saya antara mereka yang tegar menyusur blognya di internet hampir setiap hari.
Saya menamatkan pembacaan blook ini dengan air mata. (BACA: walaupun sudah membaca entriSelamat Hari Guru itu berkali-kali sebelum ini. Langsung tidak jemu!)
Kita sering mengadu kepada Tuhan yang kita hidup dihimpit susah. Tanpa pernah kita sedari kesukaran yang lebih hebat dihadapi oleh orang lain. Itulah manusia. Syukurnya entah ke mana. Saya mengunjukkan kata-kata ini untuk ingatan diri juga!
Bacalah blook ini dengan mata hati. Kalian tidak akan rugi. Iktibarnya meningkatkan integriti diri.
-Rudy Bluehikari Penulis Kata Pengantar untuk blook Bukan Dugong Biasa
Cendol Blues
MYR
30.00
Pengarang Penyelenggara: Rimanilzah
ISBN 978-967-5043-21-5
Penerbit eSastera Enterprise
2011, Edisi Pertama, 166 muka surat
Harga RM 30.00
Kandungan
"Blook yang anda pegang ini sepatutnya membuat anda tertawa atau sekurang-kurangnya tersenyum atau tersengih. Kalau anda menangis setelah membacanya - anggaplah itu sebagai kekhilafan saya dalam memilih entri."
-RIMANILZAH
Jongkang Jongket
MYR
33.00
Pengarang Mat Jan
ISBN 983-43008-0-8
Penerbit Tak berkenaan
2006, Edisi Pertama, 200 muka surat
Harga RM33.00
Kandungan
Jongkang Jongket adalah himpunan catatan weblog, dengan tajuk yang sama, hasil tulisan Mat Jan. Buku ini merakamkan kisah suka-duka Mat Jan dalam mengharungi hidup sebagai seorang orang.
Boleh dibaca ketika lapang, atau dimakan ketika lapar, bersama-sama teman serumah dan jiran sebelah.
Siapakah manusia pertama membela kucing?
Negara manakah yang mengharamkan susu?
Kenapa tabung uji dibuat daripada kaca?
Ada berapa huruf Y dalam novel SHIT?
Jawapan kepada soalan-soalan di atas, dan banyak lagi, tidak ada di dalam buku ini.
Buku ini harus dimiliki oleh semua orang, tidak kira lelaki dan perempuan, miskin dan kaya, tua dan muda, tinggi dan rendah, kecil dan besar, tebal dan nipis, panjang dan pendek, labu dan labi, romeo dan juliet, laila dan majnun, uda dan dara, benson dan hedges, johnson dan johnson, serta mereka yang tertewas.
Malaysia - Lah
MYR
32.00
Pengarang Farish A Noor
ISBN 9789834479367
Penerbit GERAKBUDAYA
2010, 243 muka surat
Harga RM 32.00
Koleksi tulisan Blog Warung Idea Diskopi adalah hasil dari sembang-sembang selonggok kaki lepak yang diadakan secara konsisten (awalnya sahaja) setiap Rabu malam di warung sekitar Bangi. Isunya sering berpindah dan berjangkit dari politik, budaya, falsafah hingga ke gossip panas artis hiburan! Bauran antara identity kaum – Melayu, Cina dan India – ditambah lagi dengan kerencaman disiplin ilmu – politik, undang-undang, sosiologi, ekonomi dan fasik – menerbitkan wacana yang tetap lumayan meski hanya dengansecawan kopi – bayar sendiri – kerana di sinilah keberagaman idea bertemu dan diraikan!
STINGARDEN
MYR
19.00
Pengarang SINAGANAGA
ISBN 978-967-5136-37-5
Penerbit PTS Fortuna
2009, Edisi Pertama, 170 muka surat
Harga RM 19.00
Kandungan
Dari mana Rashid Bulan mendapat nama?
Siapa Sepiah mata smokey?
Kenapa abah dia buat tandas?
Stingarden adalah himpunan fiksyen dan separa fiksyen juga tidak pasti fiksyen atau bukan fiksyen. Entri-entri yang pernah atau belum pernah disiarkan menerusi blog Sinaganaga, pemenang pelbagai anugerah weblog tempatan. Pandangannya di dalam melihat dunia kadang-kala dari arah yang tidak kita sangka. Dalam duka hidup, dia nampak sinar kelucuan, dalam kelucuan, dia nampak sinar kelucuan.
Stingarden ubat untuk hati-hati yang resah, tidak kisah sesiapapun.