Buku ini adalah merupakan panduan asas ibadat bagi setiap muslim di dalam kehidupan harian. Sebagai penganut Islam kita wajiblah mengetahui asas-asas ajaran Islam bagi memastikan ibadat yang kita lakukan tidak sia-sia. Di dalam buku ini ada menerangkan secara ringkas mengenai Rukun Islam, Rukun Iman dan beberapa perkara yang menjadi asas penting dalam melakukan ibadat sehari seperti bersuci, solat, puasa, zakat, haji , nikah dan beberapa doa yang biasa diamalkan. Adalah harapan penulis sedikit sebanyak buku ini dapat membantu kita memahami dan menghayati ajaran Islam. Buku ini sesuai untuk semua.
Asmaul Husna
MYR
29.00
Pengarang Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
ISBN 978-983-44746-2-1
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
2009, Edisi Pertama, 309 muka surat
Harga RM 29.00
Kandungan
Asma'ul Husna bukan sekadar sebuah irama. Malah, ia mengatasi lirik yang indah sebuah nasyid walaupun ia boleh dilagukan.
Seorang Muslim yang berbakat untuk dididik adalah muslim yang gemar memerhati dan mendalami setiap satu dari bait Nama-nama dan Sifat-sifat yang terakam dari asma'-asma'nya itu.
"Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asma ul-Husna (nama-nama yang baik)."
- Surah Taha: 8
Bawa Hatimu Kepada Tuhan
MYR
35.00
Pengarang Amaluddin Mohd Napiah
ISBN 978-983-097-208-4
Penerbit GALERI ILMU SDN BHD
2009, 216 muka surat
Harga RM 35.00
Kandungan
Buku ini memberi satu dimensi baru penulisan ilmiah yang menggabungkan mutiara-mutiara pengajaran dalam pembentukan HATI yang sejahtera.
Terdapat 60 bab yang membicarakan tentang konsep ketuhanan dan pengabdian yang kudus, dengan huraian yang ringkas, padat dan amat mudah difahami.
Belajar Dari Para Wali
MYR
31.00
Pengarang Wan Ji Wan Husin
ISBN 978-967-5249-05-1
Penerbit Anbakri Publika
2009, Edisi Edisi Pertama, 249 muka surat
Harga RM 31.00
Kandungan
Kisah hidup para wali adalah manifestasi sebuah harapan yang diletak di atas hamparan kisah insan-insan gemilang yang pernah dilahirkan oleh tamadun keinsanan. Mengukur prestasi mereka bukanlah melalui ukuran zahir. Nah! Di sinilah sekali lagi letaknya keistimewaan kitab ini. Ia memberi kesempatan kepada khalayak untuk menilai hidup, dunia dan kehidupan dari suntingan sehimpun wali.
Belajar Dari Perang Badar
MYR
29.00
Pengarang Hepi Andi Bastoni
ISBN 978-967-361-001-3
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
Harga RM 29.00
Kandungan
Umumnya, ketika pasukan perang kembali membawa kemenangan, mereka disambut aneka sanjungan. Berbagai penghargaan dikalungkan dileher mereka. Sungguh berbeza dengan komentar ilahiyah yang turun pasca Perang Badar.
Beberapa ayat yang turun justeru tidak banyak memberikan pujian, tapi sarat dengan kritikan dan saranan bernas.
Di sinilah Allah ingin memberikan pengajaran berharga bagi kaum Muslim. Bahawa, orang yang menang tidak wajar selalu mendapat sanjungan, dan orang yang kalah tidak mestinya dikritik habis-habisan. Ini kerana, sanjungan kerap membuat orang lupa diri, kritikan terkadang membuat orang patah semangat.
Surah al-Anfal merupakan "komentar Ilahi" terhadap Perang Badar. Medan Badar memberikan begitu banyak pengajaran. Bukan hanya bagi Nabi SAW dan para sahabat yang hidup pada masa itu, tapi juga bagi kita masa kini. Pengajaran paling berharga itu adalah: jangan sampai kemenangan menjadi awal kehancuran lantaran kita lupa daratan.
Belajar Dari Perang Uhud
MYR
28.00
Pengarang Hepi Andi Bastoni
ISBN 978-983-44746-6-9
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
2009, Edisi Pertama, 186 muka surat
Harga RM 28.00
Kandungan
Kekalahan. Itulah kalimat yang tepat untuk menggambarkan keadaan umat Islam ketika ini. Nyaris di setiap sudut bumi, umat Islam ditindas. Walaupun tidak boleh disamakan dengan setara, tetapi situasi ini persis keadaan umat Islam pasca perang yang paling mengesankan berbanding siri-siri peperangan yang disertai Rasulullah SAW. Peperangan Uhud bukan sekadar meninggalkan kenangan getir yang pahit, bahkan penyesalan yang menyentak rasa.
Keluh kesah dan sesalan di atas kekalahan tidak memberi apa-apa manfaat. Paling penting, strategi teratur bagi menghadapi kekalahan. Allah SWT punya cara tersendiri mengajarkan hamba-Nya bagaimana menangani kekalahan. Maka, berbicaralah Allah SWT di dalam surah Ali Imran dari ayat 121 hingga 179. Apakah rahsia dan strategi menghadapi kekalahan? Dapatkan jawapan dan hikmahnya dalam naskhah ini. Bagi pembaca yang ingin mengetahui kisah tercetusnya perang Uhud, buku ini memaparkan secara rinci sirah peperangan ini.
KANDUNGAN
BAB I: Pra Perang Uhud Operasi Ketenteraan Sebelum Perang Uhud 1. Perang Bani Sulaim 2. Persekongkolan Membunuh Nabi SAW 3. Perang Melawan Yahudi Bani Qainuqa' 4. Perang Sawiq 5. Perang Ghathafan (Perang Dzi Amar) 6. Perang Bahrain 7. Ekspedisi Zaid Bin Harithah
Tindakan Tegas Terhadap Musuh 1. Pembunuhan Abu Afak 2. Pembunuhan Asma' Binti Marwan 3. Pembunuhan Ibnu Sunainah 4. Pembunuhan Ka'b Bin Al-Asyraf
Kenangan Penting 1. Pernikahan Nabi SAW dengan Aisyah 2. Wafatnya Putri Nabi SAW Ruqayyah 3. Pernikahan Fatimah Dengan Ali 4. Pernikahan Ummu Kulthum Dengan Usman 5. Pernikahan Nabi SAW dengan Hafshah Binti Umar
Riwayat Yahudi
BAB II: Perang Uhud - Gerakan Akbar Untuk Sebuah Dendam - Nabi Mencium Gerakan Musuh - Madinah Bersiap Siaga - Pasukan Makkah Terus Bergerak - Rasulullah SAW Mengetuai Mesyuarat Tentera - Pemeriksaan Pasukan Dan Berangkat Ke Medan Jihad - Kaum Munafik Melakukan Khianat - Mengatur Strategi Perang - Muslihat Politik Musuh - Pemicu Api Peperangan - Pertempuran Mulai Berkobar - Singa Allah SWT Menjemput Syahid - Dari Pelukan Isteri Menuju Ke Medan Jihad - Sumbangan Pasukan Pemanah - Kemenangan Di Ambang Mata - Dari Sini Kekelahan Itu Bermula - Saat-Saat Paling Genting - Berperang Sampai Titisan Darah Penghabisan - Mencari Kepastian Tentang Sikap Kaum Musyrikin - Mencari Korban Perang - Mengumpulkan Dan Mengubur Syuhada' - Jumlah Korban Dari Dua Pasukan - Dari Golongan Muhajirin: - Dari Golongan Anshar: - Rasulullah SAW Berdoa - Kembali Ke Madinah - Perang Hamraul Asad
BAB III: Peristiwa Pasca Perang Uhud 1. Ekspedisi Abu Salamah 2. Ekspedisi Abdullah Bin Unais 3. Pengkhianatan Di Raji' 4. Tragedi Bi'ru Ma'unah 5. Perang Yahudi Bani Nadhir 6. Perang Nejed 7. Perang Badar Kedua 8. Perang Dumatul Jandal
BAB IV: Pengajaran Dan Hikmah Dari Medan Uhud 1. Pentingnya Musyawarah 2. Bahaya Kaum Munafik 3. Tidak Boleh Minta Bantuan Dari Orang Kafir 4. Kecanggihan Strategi Perang Rasulullah SAW 5. Kesalahan Kecil Akibat Buruk
Hikmah Ilahiyah Bagi Kaum Yang Kalah 1. Mengembalikan Rasionaliti Umat 2. Memulihkan Kepercayaan Diri Kaum Muslimin 3. Menghiburkan Kaum Muslimin 4. Menanamkan Kembali Obesiti Utama 5. Bahaya Pergantungan (Figura) 6. Menjelaskan Persepsi Tentang Kematian 7. Mengembalikan Kesedaran Sejarah
Bertemu Janji Allah (Siri 2)
MYR
30.00
Pengarang Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
ISBN 978-967-5-24901-3
Penerbit Anbakri Publika
2009, Edisi Cetakan Kedua, 224 muka surat
Harga RM 30.00
Kandungan
Bagi mereka yang sudah pergi, mereka sudah dan sedang berada sebahagiannya di alam itu. Sekarang, soalnya masih adakah pilihan kita untuk tidak cuba memahaminya sedangkan kita memang perlu ke sana - sememangnya akan ke situ? Dalam gugur hari yang beralih minggu ke minggu, masih adakah khilaf bahawa kita sedang mendekati satu tarikh kematian yang tidak pernah berganjak?
Berubat Dengan Solat
MYR
25.00
Pengarang Fahrur Muis
ISBN 978-967-5137-41-9
Penerbit PTS Islamika
2009, Edisi Pertama, 152 muka surat
Harga RM 25.00
Dahsyatnya Doa Ibu
MYR
27.00
Pengarang Syamsuddin Noor
ISBN 978-983-3603-93-0
Penerbit PTS Millennia Sdn Bhd
2009, 224 muka surat
Harga RM 27.00
Kandungan
Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.
Ibu, doanya adalah penawar, juga racun berbisa...
Dua Umar
MYR
27.00
Pengarang Hepi Andi Bastoni
ISBN 978-983-43748-8-4
Penerbit Anbakri Publika
2008, Edisi Pertama, 130 muka surat
Harga RM 27.00
--Eksklusif pandangan sisi Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat--
Hidayah
MYR
37.00
Pengarang Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
ISBN 078-967-5-24902-0
Penerbit Anbakri Publika
2009, Edisi Pertama, 312 muka surat
Harga RM 37.00
Ingatlah Tempatmu Di Akhirat
MYR
28.00
Pengarang Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
ISBN 978-967-5515-00-2
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
2010
Harga RM 28.00
Kandungan
Peringatan tentang akhirat banyak disebut di dalam Al-Quran. Kerana Al-Quran lah sumber yang paling dekat dengan kita sebagai muslim.
Kesan Dosa Dalam Hidup
MYR
34.00
Pengarang Ibnu Qayyim
ISBN 978-967-5249-09-9
Penerbit Anbakri Publika
2009, Edisi Pertama, 184 muka surat
Harga RM 34.00
Dengan pandangan sisi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Disertai, secara percuma, VCD nasihat Tuan Guru Nik Aziz tentang dosa.
Kisah Cinta Dalam Al-Quran
MYR
34.00
Pengarang Misbah Em Majidy
ISBN 978-967-5-24900-6
Penerbit Anbakri Publika
2008, Edisi Pertama, 242 muka surat
Harga RM 34.00
Kandungan
Kecintaan manusia kepada harta benda dan kemegahan dunia.
Kisah cinta seorang wanita kepada Tuhannya, seperti kisah Maryam a.s. kepada Allah, kisah Rabi'ah al Adawiya juga Fatimah az Zahraa'
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berbicara tentang cinta...
PERCUMA! VCD BICARA CINTA OLEH TG DATO' NIK ABD. AZIZ NIK MAT
Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan.
Ia dihidangkan "live"!
Annual Bakhri Haron
Kisah-kisah Daripada Rasulullah
MYR
22.00
Pengarang Allahyarham Dato' Ishak Baharom
ISBN 978-983-44746-0-7
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
2009, Edisi Pertama, 112 muka surat
Harga RM 22.00
Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
MYR
17.00
Pengarang Muhammad Mokhtar
ISBN 978-983-3372-69-0
Penerbit PTS Millennia Sdn Bhd
2009, 152 muka surat
Harga RM 17.00
Kandungan
Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat.” - Hadis Riwayat Tirmizi.
Prakata
Bab 1 Kisah Kejayaan Orang yang Istiqamah dalam Solat Duha Hakikat dan Tatacara Solat Duha Tirai Rahsia Allah
Bab 2 Hakikat dan Pelaksanaan Solat Duha Pintu dan Kunci Rezeki Memperbaiki Kualiti Solat Kesungguhan dan Kekhusyukan Solat Antara Solat Duha dan Aktiviti Kerja Keseimbangan Diri Rezeki Melimpah, Halal dan Berkat
Bab 3 Solat Duha Menjauhkan Kemiskinan dan Mendatangkan Kemudahan Wasiat Nabi Muhammad tentang Solat Duha Kebahagiaan Dunia dan Akhirat Kemiskinan dan Kekufuran Kesedaran Menuju Perubahan Mendekatkan Diri pada Allah ataupun Mengingkarinya? Mengenali Diri dan Meningkatkan Potensi
Bab 4 Bangkit dan Menjemput Rezeki Arah Datangnya Rezeki Rezeki Umpama Isyarat Pemancar Mencari Rezeki dengan Keinginan yang Besar Mengendalikan Diri dalam Mencari Rezeki
Bab 5 Seni Spiritual Menjemput Rezeki Ritual yang Sesat Ibadah adalah Jalan yang Lurus Spiritual Solat Duha
Bab 6 Solat Duha adalah Roh Rezeki Perang Lahir dan Batin Menggantikan Kekuatan Cahaya Ilahi dengan Gerakan Solat Kekuatan Spiritual Solat Duha dan Hubungannya dengan Rezeki
Bab 7 Penutup Jadikanlah Hidup Saudara Lebih Hidup
Menyeru Kepada Allah
MYR
25.00
Pengarang A. Ubaidillah Alias
ISBN 978-967-5515-07-1
Penerbit Rijal Media
2010, Edisi Pertama
Harga RM 25.00
Kandungan
Selain ilmu, untuk menjadi seorang pendakwah yang efektif, ia memerlukan kesabaran, kesungguhan dan motivasi untuk menghadapi sebarang bentuk karenah serta permasalahan bahkan penentangan daripada kalangan yang didakwahnya. Justeru itu, ia menuntut seseorang pendakwah supaya sentiasa bersiap siaga terhadap apa sahaja kemungkinan yang dihadapinya.
Buku Ini Untuk Siapa?
Buku ini adalah untuk sesiapa sahaja yang mahu memahami prinsip asas seorang pendakwah yang efektif.
Buku ini adalah untuk anak muda yang baru melibatkan diri dalam usaha penyebaran dakwah Islam.
Buku ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang mempersiapkan diri sebagai penceramah dan pentazkirah kepada masyarakat.
Buku ini untuk memberi motivasi dan kefahaman kepada mereka yang merasa sukar untuk berdakwah.
Buku ini adalah sebagai penguat dan pemangkin bagi sesiapa sahaja yang masih kabur dalam membentuk karisma asas seorang pendakwah yang mapan.
Islam boleh disampaikan melalui pelbagai cara dan kaedah sama ada melalui lisan, tulisan atau pun perbuatan. Penyampaian itu perlulah dibuat menggunakan kaedah yang paling baik sesuai dengan khalayak dan audiens yang didepaninya.
Menyukat Solat Diri
MYR
28.00
Pengarang Misbah Em Majidy
ISBN 978-983-44746-4-5
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
2009, Edisi Pertama, 292 muka surat
Harga RM 28.00
Kandungan
Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan "bahagia" solatnya itu dengan kewujudan diri. Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan waktu yang tidak menemui kebahagiaan dengan kediriannya.
Jika solat dan tuannya itu umpama sepasang kekasih, maka buku ini akan cuba mempertemukan pasangan yang selama ini bertemu dan melepaskan rindu tetapi hantaran rindunya itu sering tidak kesampaian. Ia bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab.
Mungkinkah antara mereka dan soatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap?
Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?
Muhammad S.A.W
MYR
33.00
Pengarang Nik Abdul Aziz Nik Mat
ISBN 978-983-43748-6-0
Penerbit Anbakri Publika
2008, Edisi Pertama, 395 muka surat
Harga RM 33.00
Muhammad SAW: Jejak Junjungan Mulia
MYR
26.00
Pengarang Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
ISBN 978-983-44746-5-2
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
2009, Edisi Pertama, 244 muka surat
Harga RM 26
Kandungan
Menilik buku ini samalah seperti kita cuba berpegang kepada makna dan semangat nas untuk memecahkan masalah-masalah kehidupan yang sulit. Hakikatnya seolah-olah kita membelek diari hidup Nabi Muhammad SAW yang siddiq dalam proses menyukat kualiti diri. Kita bagaimana?
Nasihat Ramadan Daripada Orang-orang Soleh
MYR
23.00
Pengarang Sulthan Hadi
ISBN 978-983-44746-3-8
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
2009, Edisi Pertama, 202 muka surat
Harga RM 23.00
Kandungan
Ramadan adalah nikmat yang tidak habis dibicarakan. Lisan para da'ie tidak pernah penat mengulasnya. Telinga para perindu syurga tidak pernah bosan menyemaknya. Pena para ulama tidak pernah kering menulis dan mengupasnya.
Orang-orang soleh yang telah mendahului kita, memberikan teladan yang baik bagaimana memahami dan mengoptimumkan diri di bulan Ramadan.
Mereka teruja dan bersemangat melakukan ibadah di bulan mulia ini.
Semoga buku ini memberikan inspirasi kepada kita semua dan mengubah cara kita melayari Ramadan, agar kita tidak membiarkan Ramadan berlalu tanpa memetik apa-apa, dan tanpa ada perubahan dalam diri.
Qurratul 'Uyun
MYR
25.00
Penerbit eSastera Enterprise
2010, Edisi Pertama
Harga RM 25.00
Bagus untuk diedarkan kepada peserta kursus kahwin. Bagus dihadiahkan kepada mereka yang akan berkahwin dan telah berkahwin.
Sakinah
MYR
27.00
Pengarang A. Ubaidillah Alias
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
2010, Edisi Pertama
Harga RM 27.00
Kandungan
Ramai orang mencari kebahagian dan ketenangan, tetapi tidak mampu menemukannya. Mungkin di sana berlaku kesilapan dalam berfikir, persepsi dan tindakan. Akhirnya mereka ketidak cukupan ilmu dan maklumat. Buntu dan terpenjara dalam kekusaran emosi sendiri. Buku ini akan membantu anda untuk keluar dari pemikiran yang celaru, berfikir secara waras dan sekaligus mengajak anda keluar mencari 'ketenangan' yang anda mahukan.
Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
MYR
29.00
Pengarang Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Ustaz Abdul Ghani Samsudin
ISBN 978-983-44746-1-4
Penerbit Kemilau Publika Sdn. Bhd.
2009, Edisi Pertama, 330 muka surat
Harga RM 29.00
SOLAT & KEAJAIBANNYA
MYR
23.00
Pengarang Dato' Haji Ishak Baharom (Allahyarham), Ustaz Azrul Hakim Suradi
ISBN 978-983-43748-5-3
Penerbit Anbakri Publika
2008, Edisi Pertama, 154 muka surat
Harga RM 23.00
Kandungan
Dalam buku ini kita akan menemukan paparan penulis tentang berbagai-bagai rahsia dan keajaiban solat yang berhasil diungkap para pakar dan tokoh, bahawa solat dapat berfungsi sebagai Pedoman Hidup Sihat, Kunci Sukses Dunia Akhirat, dan Resepi Bahagia.
Solat Empat Mazhab
MYR
33.00
Pengarang Abdul Qadir Rahbawi
ISBN 978-967-367-04-8
Penerbit Berlian Publications Sdn Bhd
2010, Edisi Cetakan Pertama, 444 muka surat
Harga RM 33.00
Kandungan
Penterjemah: H. Muhammad Zuhirsyan, MA
Perbezaan antara taklid dan talfiq adalah; jika taklid, seperti contoh seorang pengikut Imam Asy-Syafi'i yang telah berwuduk menyentuh wanita tanpa sengaja dan kemudian ia ingin berpindah mengikut mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa wuduknya tidak batal. Tanda ia tahu dalilnya. Hal ini boleh dengan syarat cara bersucinya benar menurut Hanafi serta tidak ada sesuatu yang membatalkan wuduk menurut Hanafi sepertikeluar darah.
Taqwa
MYR
100.00
Pengarang Nik Abdul Aziz Nik Mat
ISBN 978-983-43748-3-9
Penerbit Anbakri Publika
2009, Edisi Ketiga, 216 muka surat
Harga RM 28.00
TELAGA BUDI
MYR
28.00
Pengarang Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat; Susunan Oleh: Annual Bakri Haron
ISBN 978-967-5249-03-7
Penerbit Anbakri Publika
2009, Edisi Pertama, 218 muka surat
Harga RM 28.00
Kandungan
"Syurga dan neraka. Kedua-dua projek raksasa ini pun sudah ada. Apabila syurga ini sudah ada, hendak kaji apa lagi. Kewujudannya sudah disahkan sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu peristiwa Israk Mikraj."
-Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Telaga Budi, Bab 7, m.s. 53.
Kalau sudah namanya telaga, pasti tertakung kesegaran air yang menghilangkan dahaga musafir di alam fana. Nah, kitalah musafir itu. Sekalipun tidak boleh melawan keampuhan telaga zam-zam dan kauthar, paling tidak ia mampu menyegarkan minda dan nubari yang kian layu dipanah mentari mazmumah.
-Faizah Herda Mohd Azaman, Ulasan Buku, Februari 2009.
"TELAGA BUDI" adalah sauh tempat diamnya pautan budi. Dalam tenang takung airnya, ada pusar lautan makna. Bagai riak di tasik madu, ia menghantar sebimbing wahyu terkupas dari asuh kata ulama'....
ANNUAL BAKRI HARON
Tundukkan Hati
MYR
25.00
Pengarang Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Annual Bakri Haron
ISBN 978-983-43748-0-8
Penerbit Anbakri Publika
2009, Edisi Cetakan Kelima, 152 muka surat
Harga RM 25.00
Kandungan
Nabi S.A.W. bersabda,"Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama..."
Untukmu Wanita
MYR
27.00
Pengarang Zaharuddin Abd Rahman
ISBN 978-983-097-228-2
Penerbit GALERI ILMU SDN BHD
2009, Edisi Pertama, 216 muka surat
Harga RM 27.00
Kandungan
UNTUKMU WANITA - Hadiah istimewa buat insan bernamawanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita yang merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga.